Thursday, July 7, 2011

Kim Swee Panggil Otai & 4 Lagi Pemain Kelantan Lawan Chelsea


Ketiadaan pasukan utama kebangsaan bimbingan Datuk K.Rajagobal untuk perlawanan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea, nyata membawa tuah kepada 5 bekas pemain kebangsaan, Hairudin Omar, Farizal Marlias (N.Sembilan), Amri Yahyah (Selangor), S.Subramaniam (Kelantan) dan Shahrulnizam Mustapha (Perak) apabila kesemua mereka disenaraikan jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee, untuk menentang pasukan itu 21 Julai depan.

Dengan skuad Rajagobal bertandang ke Singapura untuk perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia menentang tuan rumah yang dijadual pada 23 Julai depan, skuad Olimpik diberi peluang beradu tenaga dengan Chelsea, dan kehadiran pemain-pemain berpengalaman ini pastinya memberi lebih pilihan kepada Kim Swee, untuk membariskan pemain terbaik pada perlawanan itu.

Untuk rekod Hairudin pernah menjaringkan gol bertemu Chelsea, ketika kedua-dua pasukan bertemu di Bukit Jalil pada 25 Julai 2003, manakala Amri dan Farizal beraksi ketika skuad negara menentang Manchester United tahun lalu, di mana Amri menjaringkan 2 gol menewaskan penjaga gol MU, Edwin Van Der Sar.

Selain Subra, 4 lagi pemain Kelantan yang turut mendapat kepercayaan adalah kapten BADRI RAZI, DAUDSU JAMALUDIN, IZUAN SOLAHUDIN, dan RIZAL FAHMI, manakala pemain perancang Terengganu, JOSEPH KALANG TIE turut dipanggil. Berikut senarai penuh pemain dipanggil untuk menentang Chelsea.

Badri Razi, S.Subramaniam, Rizal Fahmi, Izuan Solahudin, Daudsu Jamaludin
Kelantan
Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi Ashaari
Terengganu
Faizal Abu Bakar
Kedah
Hairudin Omar, Farizal Marlias
Negeri Sembilan
Syazwan Roslan, Shahrulnizam Mustapha
Perak
Rozaimi Abdul Rahman
Sabah
Syazwan Zainon, Azrul Azmi
Felda Utd
Ahmad Hazwan Bakri
K.Lumpur
Famirul Asyraf Sayuti
Pahang
Amri Yahyah
Selangor
Mohd Azrif Nasrulhaq, Khairul Akhyar
PKNS Selangor

Manakala selebihnya adalah barisan pemain Harimau Muda yang sedia ada.

16 comments:

Anonymous said...

mmg mantap..sepjg 29 tahun aku hidup..ni first time kot ramai gile player Kelantan wakil Msia..baguh!

mdfaizal said...

cayalah... kasi blasah itu chelsea!

ibun_jogho said...
This comment has been removed by the author.
ibun_jogho said...

Amri, Hairuddin, Farizal bkn asing dlm kem Malaysia. & DAUDSU jg pernah mnayrung jerser Rima Malaya ni. Suatu pkembangn yg mnarik yg cba dipamerkan oleh Kim Swee. Mudah2an player yg otai d ats dpt mnunjukkan aksi yg mantap.

Kwe ckp ttarik utk mperkatakan ttg pmain Kelate;

Utk Badri @ Piya, Solahuddin, Subra & Rizal Fahmi, ini adalah pluang tbaik mnunjukan kmampuan. Cuma ada sdikit prubahan corak pmainan yg perlu diubah olh pmain Kelate ni.

Piya kena kurangkan "bunga" dlm tempo pmainan. Sepakan kena deras, kurangkan tendangn lambung ke pintu gol. Jgn teragak2 utk kejar bola. Yg lain rasanya ok, terutama dr segi sepakan sudut & sepakan percuma.

Izuan Solahuddin pmain muda yg bbakat. Rajin & jg kreatif. Mungkin ini masanya utk dia mmikat Raja & Kim Swee utk lbh lama dlm skuad kbangsaan.

Rizal Fahmi & Subra sering berebut tmpat dlm ksbelasan D.Karathu. Tp dlm kem Kim Swee tiada siapa tahu. Cuma Rizal perlu lbh tnang & peka sbg defend.

Subramaniam mnjadi pilihan D.Karathu sejak akhir2 ini. Ini mmbuktikan dia yg trbaik utk berada di barisan ptahanan. & Ini lah yg mnjadi cagaran utk mmikat Kim Swee.

Daudsu Jamaluddin, ptahanan yg pernah mnabur bakti utk ngara. Pilihan Kim Swee rasanya ckp tepat. Pngalaman yg ada masih lg berbekas dlm dirinya. Inilah pluang utk DAUDSU mmbuktikan bhw dia masih lg brbisa.. Opsss...andai ada yg mmpertikaikan keupayaan Daudsu - disebabkan jaringkan gol sndiri ktika Piala FA, Kelate vs Ganu - mrk silap; rata2 pnyokong Kelate msh mengangkat Daudsu sbg pertahanan terbaik Kelate stakat ini.

& pmain sprt Faizal Abu Bakar perlu dberi pndedahan yg lbh. Faizal msh muda tp bbakat.

Opss..andai Sharizan Ismail trut dberi pluang ia ssuatu yg mengembirakan. Walaupun hanya 2 kali beraksi utk Kelate thn ini, Mat Cah blm hilang taring. Senior Khairul Fahmi Che Mat ini jg adalah yg tbaik utk mjaga gawang. Tp agak mustahil jg la utk MatCah tersenarai krn Kim Swee harus mengutamakan anak didiknya. Kim msh ada Zamir Selamat, Sasikumar. Pnjaga gol skuad Harimau B jg msti dberi keutamaan yg lbh.

Apa2pun smg yg tpilih ni smua dapt dturunkan ktika mnentang Chelse nanti. Biarlah bkn kesebelasan utama, tp masih blh mnimba pngalaman.

tuttutuuuttt...siapa kwe utk bsuara..? Kwe hnya mlihat dr sdut pndangan pnonton & pminat.. Nk main bola x pndai, tp kalu stakat nk mnonton, mengomen kita ada asasnya walaupun sdikit..

armia said...

kalau bleh biar ar jurulatih turunkan ramai pmain muda supaya pemain2 ini dilihat oleh jurulatih2 asing dan peluang pemain2 muda ini menunjukkan bakat2 yang.. sungguh pun hasil jaringan juga penting, ttapi biar la peluang pemain diutamakn dahulu

Anonymous said...

sayang takdok rezki lagi untuk Nurul Azwan Roya

Anonymous said...

Tercapai jgk hasrat nak tgok piya main kbngsaan.

All the best Piya dan lain2 player..

-ZP

despyan said...

akhirnya piya...haha.
harap2 dia tersenarai dlm kesebelasan utama lawan chelsea nt..n perform giler2.biar buka sikit mata kinggopal nt..haha.

awe roya,xlama jah sero ake serap timnas..insyaALLAH..

egypt85 said...

Kawe masih mnuggu azwan roya..................harap akn ada nama dia 1 ari nnti..

Akif Mazlan said...

nayo kow zairul fitri, dia soghe sek kelate hok x menyarung jersi kebangsaan. huhu

Akif Mazlan said...

sian gop kow nurul azwan roya.

Anonymous said...

Aiman, silap tu, bukan 5 tapi 6 orang bekas pemain kebangsaan , sorang lagi ialah mohd Daudsu Jamaludin, juga bekas pemain kebangsaan..ziarul fitri dah pernah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sebelum ni cuma belum beraksi jah bersama skuad kebangsaan..sila buat sedikit research ye, hehe (gurau jah)

Nik Zulkhairi said...

syabas blako..

Anonymous said...

Rizal Fahmi Dato' Rajagopal nk pakai...dia dh pggl smula.

Dunia Baru said...

bagus kelate loni......coach malaysia baru buko mata...baru napok ada skuad bola dr kelate..selamo nih mata kena tutup ko FAm...sejak TSAM masuk FAM baru ada hok napok ada team kelate nih...huhuhu

cian kelate...selamo nih mcm tk wujud kt malaysia

Anonymous said...

knape.. akmal rizal x trpilih skali??? apa nie.. amri n hairudin dpt.. dia pon mstila dpt gak..