Tuesday, July 5, 2011

Kasut Emas Sasaran Utama Abdul Hadi, Harap Gandingan Sensasi Ashaari


Hadi, tajam di depan gol
Sedar hanya keajaiban mampu membantu pasukannya Terengganu muncul juara Liga Super musim ini, penyerang sensasi Terengganu, Abdul Hadi Yahya lebih berminat untuk mencapai sasaran peribadinya iaitu muncul pemenang Kasut Emas (penjaring terbanyak).

Hadi berkata dia tidak akan sesekali lari daripada hakikat betapa kelebihan ketika ini milik mutlak Kelantan yang hanya memerlukan satu mata apabila bertandang ke Sabah, manakala Selangor pula menanti untuk memanfaatkan walau sedikit kesilapan dilakukan The Red Warriors.

Justeru, pemain kelahiran Klang itu, meletakkan sasaran meledak seberapa banyak gol dalam aksi terakhir pasukannya menentang Felda United malam esok, agar dapat memintas Norshahrul Idlan Talaha yang pada ketika ini memimpin carta penjaring terbanyak dengan 17 gol.

“saya dah sedia untuk turun beraksi, walaupun belum lagi join team mate, malam ni (selasa) baru nak join, saya memang target nak menang kasut emas, dan saya yakin saya boleh lakukannya. Saya juga yakin saya boleh skor esok, dan mahu skor banyak gol tapi yang penting saya kena skor lebih dari 2 gol,  Buat masa ni dengan gandingan yang menjadi antara saya, Manaf dan Ashaari, saya yakin ianya tidak mustahil..”. 

Hadi ketika ini mengekori rapat Norshahrul, dengan 16 gol, dan menariknya, musim lepas Kasut Emas Liga Super, menjadi milik rakan sepasukan Hadi, yang lebih dikenali sebagai SILENT KILLER, Ashaari Shamsudin (19 gol).

Malah, Hadi juga tidak sabar untuk kembali bergandingan dengan Ashaari, yang mana disifatkannya cukup memahami gaya permainannya, selain tahu bola sepertimana yang diinginkannya apabila berada di dalam kotak penalti atau posisi menjaringkan gol.

Ashaari
Ashaari musim ini merupakan penjaring ketiga terbanyak skuad Juara Piala FA itu dengan 10 gol, berjaya mencipta rangkaian serangan digeruni pertahanan lawan, dan boleh disifatkan terbaik dalam Liga Malaysia bersama Hadi dan Abdul Manaf Mamat.

Hadi juga berpendapat kegagalan Terengganu menjulang trofi liga bukanlah satu kekecewaan besar, meskipun pada satu ketika dilabel ramai akan berjaya merangkul double buat kali pertama, memandangkan sasaran pengurusan pasukan pada awal musim hanyalah berada dalam kelompok TOP 3.

Untuk rekod, penyerang berusia 26 tahun ini, merupakan graduat Akademi Bolasepak Selangor, pernah mewakili Selangor, Kuala Lumpur dan T-Team sebelum berhijrah ke Terengganu pada musim ini.

8 comments:

ibun_jogho said...

Kalau Hadi mngimpikan Kasut Emas itu x mustahil. Tp jika mngimpikan Juara Liga Super itu ssuatu impian yg mmerlukan keajaiban (mharapkan Kelantan tws & Ganu mndapat lima gol tanpa balas dr Felda).

Gandingan Hadi, manaf & AShaari mmg ssuatu yg manrik utk diperkatakan. X mustahil utk Hadi mnambah koleksi jaringan.

Di kem Kelantan pula MAtyo jg ada impian yg sama. Kali ini Matyo mungkin mharapkan lbh bantuan Chanturu, atau Izuan Salahudin atau Piya utk mmnjaringkan gol. Atau paling kurang Matyo sndiri yg akan berusaha. Atau mharapkan overlap / hantaran Daudsu sprt sblm2 ini. Utk musim ini Daudsu tlh bberapa kali mebuat umpanan utk dsempurnakan oleh Matyo. Paling kawe ingat ktika menentang Kedah di KB(lontaran ke dalam yg ditanduk cantik mnewaskan pnjaga gol Kedah - Hadi) & ktika mnewask Nasril Nordin - Perak, jg di KB (hantaran cantik yg disudahkan dgn rembatan smpurna.

Utk mlm esk segala kmungkinan akan berlaku. Sama ada Hadi berjaya mmintas Matyo, atau Kelantan tpksa bputih mata utk mndakap trofi liga, atau Matyo & Kelate bakal mmberi snyuman gembira buat peminat.

Anonymous said...

Hadi terbukti penggempur hebat utk terengganu tetapi adalah lebih baik kalau beliau dapat membuktikan kehebatan sebagai penggempur Harimau Malaya..Tahniah kpd Hadi seandainya beliau merangkul kasut emas musim ini.

Anonymous said...

RG kena ambik note, Hadi lebih berbisa jika Ashaari main kerana dia lebih memahami permainan Hadi...

kalau dapat letak Manaf Mamat lagi baik sbb dia lebih konsisten berbanding Hadi Yahya...

Anonymous said...

Tahniah hadi dpt kasut emas thun ni..
Potong mat yo last2 mnit..

Kpd Matyo cuba lg thun dpn, anda adalah yg terbaik wlau kkurngan satu gol brbnding hadi..

Gol2 dari anda semuanya high class goal..

Tahniah TRW juaraliga super thun 2011..

-ZP

Akif Mazlan said...

frah weh matyo xleh!

Anonymous said...

aiman,xwat entri sempena kemenangan pasukan klate merangkul liga super ke?????

Dunia Baru said...

aduss....rasa frusss sikit sbb hadi potong time ngonar..huhuhu

Anonymous said...

Alhamdulillah...,tahniah Hadi!!