Hakikat betapa mereka belum pasti akan kekal dalam saingan Liga Super musim depan, MENYALAKAN LAMPU AMARAN di kem Sabah, untuk turun dengan misi mengutip tiga mata pada perlawanan menentang Kelantan malam esok.
Jurulatih Sabah, Justin Ganai, nyata langsung tidak tertarik dengan prospek Kelantan akan muncul juara jika berjaya mengelakkan kekalahan di Likas, sebaliknya fokus utamanya adalah memastikan Sabah terus kekal bersaing dalam saingan elit Liga Malaysia musim depan.
“saya tidak kisah dia juara atau tidak, itu bukan urusan kami. Yang penting ini masa depan kami, sama ada akan kekal atau tidak dalam Liga Super. orang cakap musim depan format berbeza, kami tidak tahu berapa banyak akan tersingkir, berapa banyak kekal so kami perlu menang. 3 mata esok akan bantu kami jarakkan diri dari 4 pasukan di bawah kami, dan kami perlu menang, itu akan menjadikan kedudukan kami selamat..”. – Justin Ganai.
Sabah, pasukan di tangga ke-10, akan melayan kunjungan The Red Warriors dalam perlawanan yang akan menjadi PENENTU KEJUARAAN musim ini, di mana Kelantan perlu mengutip sekurang-kurangnya satu mata untuk bergelar juara, namun Justin menegaskan pasukannya tidak akan memberi laluan mudah untuk finalis Piala FA itu, ditambah pula dengan hakikat mereka kini hanya dipisahkan menerusi defisit jaringan dengan pasukan di tangga ke-11, Felda United.
“moral dan keyakinan pemain cukup tinggi ketika ini, hanya Sumardi Hajalan yang mengalami kemalangan jer yang tersisih, kami bersedia menjadi PENGACAU dan merosakkan pesta Kelantan, tapi itu bukanlah fokus kami..kita pernah menewaskan Perak, Kedah dan Negeri Sembilan di sini sebelum ini, dan kami tidak mahu tewas perlawanan terakhir, kita akan lakukan yang terbaik untuk penyokong kita..”.
Apa sekalipun, meskipun berjaya mengejutkan Kelantan, peluang Sabah memperbaiki kedudukan agak tipis memandangkan pasukan tangga kesembilan, Negeri Sembilan dijangka tidak berdepan masalah apabila berdepan pasukan tangga tercorot, Perlis, manakala jika tewas, Sabah berdepan kemungkinan dipintas Felda United yang melayan kunjungan Terengganu.
4 comments:
Satu keyakinan yg tinggi dr kem Sabah. Kdua2 pasukan mengimpikan yg terbaik utk saingan terakhir liga.
Bua kali kedua Syed Adney (jika dturunkan) akan bertemu dgn rakan lama. Mungkin ada sdikit klebihan buat Adney memahami corak serangan Kelantan. Di mana klebihan Matyo, Chanturu, Piya & lain2. & situasi inilah yg perlu diatasi oleh rakan lamanya.
Tp kelibat Nurul Azwan Roya (tp dikhabar Awe x blh main, 3 kd kuning), Daniel Fadly, K.Soley, blh mngejutkan Adney.
& Kelatan jg ada klbebihan utk bdepan dgn Syed Adney selaku bekas rakan sepelatih. Di mana klebihan dan kkurang Adney akan dimanfaatkan.
Terikat 0-0 (16 April) di KB pd pusingan ptama sdh tntu ingin diubah oeh kdua2 pasukan.
go go kelate. go!!!!
harap2 mene esok
Sabah lawan sukar jika midfield Kelantan mati...
jika Badri Radzi masih gagal menyerlah sepertimana dlm 2 perlawanan terdahulu, Sabah akan menang...
Mat Yo pasti diikat pertahanan Sabah...
tok leh wat gapo dh....juara tetap juara.....
Post a Comment