Wednesday, July 13, 2011

Fulltime : Malaysia 0 – 4 Arsenal

Malaysia              0
Arsenal                4
(Aaron Ramsey 4’, Theo Wallcott 35’, Carlos Vela 59’, Rosicky 90')

Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K.Rajagobal tidak terdaya memberikan saingan kepada Arsenal, apabila tewas 0-4 kepada skuad SEPARA KUAT dibariskan Arsene Wenger dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.


Ringkasan :

Minit 4 : Jack Wilshere meloloskan diri ke dalam kotak penalti, dijatuhkan Aidil Zafuan, PENALTI!! Sepakan disempurnakan Aaron Ramsey menewaskan Nasril Nordin, GOL. 1-0.

Minit 6 : Arsenal melancarkan serangan, gerakan menarik bermula dari gerakan Ryo Miyaichi, sepakan Theo Wallcott melewati palang.

Minit 24 : Sepakan percuma cantik dari jarak hampir 40 meter oleh Safiq Rahim, ditepis keluar penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Minit 31 : Tandukan Marouane Chamakh hasil hantaran Carl Jenkinson sedikit tersasar.

Minit 35 : PERTUKARAN PEMAIN, BADDROL (AMIRULHADI).

Minit 37 : GOL kedua Arsenal, jaringan lambung Theo Wallcott menewaskan Nasril hasil serangan balas pantas.

Minit 42 : PERTUKARAN PEMAIN, MUSLIM (AIDIL ZAFUAN).

Minit 45 : Tamat separuh masa pertama, Arsenal mendahului 2-0.

PERTUKARAN MALAYSIA : KHAIRUL FAHMI (NASRIL), ABDUL HADI (FAKRI).

PERTUKARAN ARSENAL : 8 pertukaran dengan membawa masuk VITO MANNONE, TOMAS ROSICKY, SQUILACCI, CARLOS VELA, DENILSON, EMANUEL FRIMPONG, LAURENT KOSCIELNY, DENILSON.

Minit 46 : Percubaan lemah S.Kunanlan diselamatkan Mannone.

Minit 50 : Percubaan Ramsey melewati palang gol.

Minit 59 : Carlos Vela menjaringkan GOL ketiga, menerusi sepakan lambung menewaskan Apek.

Minit 60 : PERTUKARAN PEMAIN AZMI MUSLIM  (ASRARUDIN), HELMI (MAHALI), SHAHRIZAL (NORSHAHRUL).

Minit 66 : PERTUKARAN PEMAIN VAN PERSIE, ARSHAVIN, NASRI & SAGNA MASUK.

Minit 67 : PERTUKARAN PEMAIN S.CHANTURU (KUNALAN), SHAKIR SHAARI (AMAR).

Minit 68 : Carlos Vela berjaya memperdaya Apek, namun sepakannya terkena kaki pertahanan di garisan gol.

Minit 70 : PERTUKARAN PEMAIN ASHAARI (BADDROL), FARISHAM (FADHLI), GURUSAMY (SAFIQ).

Minit 90 : GOL keempat Arsenal, jaringan Tomas Rosicky.
Kesebelasan Utama Malaysia :
Mohd Nasril Nordin (GK), Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Razak, Asrarudin Putra Omar, Amriulhadi Zainal, Safiq Rahim (Kapten), Amar Rohidan, S.Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha, Fakri Saarani
Jurulatih : Datuk K.Rajagobal

Kesebelasan Utama Arsenal :
Wojciech Szczesny (GK), Carl Jeckinson, Thomas Vermaelen (Kapten), Lauren Koscielny, Kieran Gibbs, Theo Wallcott, Alex Song, Aaron Ramsey, Jack Wilshere, Ryo Miyaichi, Marouane Chamakh
Pengurus : Arsene Wenger

5 comments:

Anonymous said...

Just anggap timba pngalaman dan jgn terlalu kecewa ngan kekalahan ni..

-ZP

Anonymous said...

kalau menang x de manknye...bukan dpt ubah ranking pun

Dunia Baru said...

mlm td napok sgt kelemahan barisna pertahanan malaysia...bola mudah lolos ke dlm kotak penaltie...adusss.....harap dpt perkuatkan sebelum temu singapura nnti...

jem kalu gini...sor guni kena ko jiran nnti kan...

despyan said...

kalu tgk ko gol penalti,ramsey po napok doh nasril nk g alah mano..huhu

tp hk paling kawe sedih gk,apek la..keno aye molek..nate molek arsenal..mujor jupo tim malaysia.kalu ngn kelate,jge hrpla nk lps jocip boncil tu..haha

kalu berani,kelab vs kelab/negeri la wei..apacer lawe negara..negara vs negara la,br adil..

penganjur?berani jwb?shooot lA wei..

Dunia Baru said...

despyan : hehhee... " kalu berani,kelab vs kelab/negeri la wei..apacer lawe negara..negara vs negara la,br adil.."

statment ni kawe sokong..hehehe...sbb liverpool n arsenal pun lwn team kelab masa g main china kn...patut temu juara liga super or naib juara ....tgk lagu mana kn? hehhe...