Wednesday, July 20, 2011

Farizal Mahu Rampas Kembali Jersi No.1 Apek, Sharbini

Tersisih daripada skuad kebangsaan gara-gara kecederaan, yang memaksanya melupakan dua kejohanan besar – Piala Asia, dan Piala AFF Suzuki 2010, seterusnya kehilangan status penjaga gol nombor satu kepada penjaga gol ‘bidan terjun’ Piala Asia, Khairul Fahmi Che Mat, nyata hakikat sukar diterima bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan, Farizal Marlias.

Namun semangatnya tidak pernah sekalipun luntur untuk kembali bangkit, dan Farizal ada sesuatu untuk dibuktikan kepada peminat dan juga Ketua Jurulatih, Datuk K.Rajagobal andai diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Chelsea malam esok.

“memang tak nafikan lah, sedikit terkilan, cedera pada saat getir kan, rasa takut tu masih ada sebenarnya saya tak nafikan, ambil masa untuk pulihkan keyakinan, kadang bola 50-50 pun takut nak challenge. ni dipanggil untuk lawan Chelsea, saya anggap sebagai satu penghormatan, terima kasih kepada coach kerana masih percaya pada kemampuan saya, saya janji akan buat yang terbaik, memang saya harap still boleh intai tempat dalam skuad utama (senior)..”.

“tapi apa-apa saya kena buktikan saya masih tangkas, sebab Khairul dan Sharbini pun tengah perform, bukan mudah nak cabar mereka. saya kena tunjukkan la saya masih layak menyarung jersi kebangsaan, berdepan penyerang berkelas dunia, Torres, Anelka, Drogba, saya kena prepare, fokus konsentrasi, semua tahu kemampuan diorang, saya kena study cara permainan diorang, saya perlu buktikan kepada coach saya masih bernilai untuk pasukan..”. – Farizal Marlias.

Farizal menganggotai skuad kebangsaan, sejak penghujung 2007, sebagai backup kepada Helmi Eliza Elias, Syamsuri Mustafa, dan Badrulzaman Abdul Halim, dan mengambil alih posisi nombor satu bermula awal 2009.

Dia juga merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan ketika tewas 2-3 dan 0-2 kepada Manchester United pada 2009, tewas kepada empat pemain berbeza – Wayne Rooney, Nani, Micheal Owen dan Federico Macheda.

Musim ini pemain kelahiran Pahang berusia 25 tahun ini berhijrah ke Negeri Sembilan, meninggalkan Perlis, mengikut jejak beberapa pemain HIGH PROFILE lain seperti Hairudin Omar, dan Fakri Saarani.

5 comments:

Naim Marinin said...

kalu ad keyakinan, insyaallah boleh bangkit balik.. gudluck for farizal!!

Anonymous said...

gud luck farizal

Anonymous said...

lebih bnyk keepers yang perform lg bagus..tp kena keje keras la..apa2 pun good luck PM esok lwn chelsea..Hidup Harimau Malaya.

kiki said...

Sekarang terbukti Farizal Lagi bagus.
chelsea x le skor lawan dye.
Apek bolos senang tyme lawan liverpool + Arsenal
Sharbinee kne 5 biji nan Sgpore.
FARIZAL MARLIAS needed.

Nas said...

harap keeper bnyak ja msntsp dlm Malaysia nih..tapi sayang posisi keeper dlm bola cuma satu..kan bagus posisi len mantap gak