Tuesday, July 19, 2011

Detik 2003 Segar Dalam Ingatan Hairuddin, Amri Mahu Ulangi Sejarah MU 2009

Meskipun sekadar ‘penyeri’ untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Chelsea, dua bekas kapten skuad kebangsaan, Hairuddin Omar dan Amri Yahyah bersedia membuktikan betapa pemilihan mereka ke dalam skuad Pilihan Malaysia, adalah keputusan tepat oleh jurulatih, Ong Kim Swee.
Hairuddin yang kali terakhir beraksi di pentas antarabangsa ketika Malaysia tewas 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (Januari 2009) dalam saingan Kelayakan Piala Asia, tidak menganggap usia yang sudahpun mencecah 31 tahun sebagai penghalang untuk terus menyumbang khidmat kepada pasukan kebangsaan, dan berjanji tidak akan sesekali mengecewakan jutaan peminat setia HARIMAU MALAYA, dengan tekad menampilkan aksi terbaik dan menghiburkan menentang Chelsea.

Menariknya, perlawanan Khamis ini akan menjadi yang ketiga dalam karier Hairuddin menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris berkenaan selepas 2003 dan 2008, dan penyerang Negeri Sembilan ini bersedia mengulangi aksi sama yang menyaksikannya muncul penjaring gol tunggal skuad negara dalam kekalahan 1-4 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan, lapan tahun lalu.

 “saya masih ingat, masa tu corner Rosdi Talib, saya lompat, John Terry challenge saya, saya outjumped dia dan head masuk gol penyamaan 1-1, memang tak percaya la, keeper masa tu tak silap Cudicini, kenangan yang tak mungkin saya lupa, antara detik terindah sepanjang karier saya. tapi Chelsea sekarang jauh beza dengan Chelsea masa tu, masa tu diorang baru nak naik, tak pernah menang kejuaraan pun, zaman Hasselbaink, Gudjohnsen, Duff, Petit, Makelele, tak macam sekarang, ada Torres, Drogba, Anelka, lebih seronok lah game ada nama2 besar..”.

“untuk game ni nanti saya sendiri sebenarnya takdelah fokus nak skor gol ke ape, itu bukan sasaran saya, tapi main sebagai satu pasukan, buat yang terbaik dan dapatkan keputusan terpuji, kalau dapat skor itu adalah bonus. Game ni satu pentas pendedahan yang baik untuk pemain olimpik, adik-adik kita, boleh belajar, kami sebagai senior boleh membimbing mereka..”. – Hairuddin Omar.

Ditanya sama ada dia masih berhasrat memikat perhatian Ketua Jurulatih Negara, Datuk K.Rajagobal, Hairuddin tidak menolak sekiranya ada rezeki.

Amri pula, kapten yang juga tonggak kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 nyata cukup bersemangat, dan berazam mempamer sentuhan berbisanya sepertimana ketika menjaringkan dua gol menewaskan Edwin van Der Sar pada 2009, perlawanan yang Malaysia tewas melawan 2-3.

“kita main seperti yang coach nak, coach tentukan, memang semua pemain ketika ini semangatnya tinggi, komitmen tinggi, kita harap kalau boleh jangan bolos, gunakan sebaiknya peluang beraksi bersama kelab EPL, pasukan ini kami bergabung dengan pemain muda, so kita kena ikut rentak permainan junior, baru ada keserasian tu, kalau ikutkan training, saya mungkin berganding dengan Hairudin di depan, memang harap dapat skor lah..”. – Amri Yahyah.

7 comments:

Anonymous said...

Xbpayah sumbat byk2 la, Amri segol, hairuddin segol, piya segol..

M'sia seri 3-3 ngan chelsea..haha..
Pe2 pun All the best to Hairuddin & Amri..


-ZP

ibun_jogho said...

Skali tgk Hai-O ni supo Zindane.. Tp bab palo jah - samo licin. Heheh..jange maroh..Gurau jah.

Jgn igt kuda tua xda tenaga. Kali ni Hai-O kena buktikan dia msh lg berbisa.

Hai-O penyerang, Amri & Piya tgh (kalu Kim Swee ltk Amri d bhgn tgh la); ok la tu. Piya dh biasa dgn Hai-O walaupun hanya 1 musim. Harap2 masih berbekas lg keserasian tu. Piya kena pass betul pd Hai-O utk mnjinak Chelse tu. Lbh manis kalu jinakan rakyat MALAYSIA yg MENYOKONG Chelse.

Final Malaysi Cup 2010; Piya & Hai-O lah pnjaring yg mnundukan NS. Mungkin kali ni dua pmain ni blh wat skali lg mcm tu - walaupun lwn kali ni jauh bezanya dgn pasukan2 ngeri/kelab LM.

Amri pun ok lg tu. Blh sgt nk main bagus.

Anonymous said...

kasi gempak itu chelsea..biar gempak 1 dunia..bole ke?

Anonymous said...

sy sokong chelsea...chelsea 4 - 0 mlsia

Dunia Baru said...

sgt2 nk tgk piya main kt pentas antarabangsa.....kasi yg terbaik piya.....kasi kucar kacir sikit pertahanan chelsea tu....tunjukkan demo leh score gol sambil berlari...

gomo piya gomo

Anonymous said...

OKS kata geng veteran ni main 1st. half, olimpik main 2nd. half, mknanya Piya kene gna 45mnit tu dgn sbaiknya, xleh sia2kan pluang..

Sumbat sebutir Piya terr.. Demo ssh dah nak main Kebangsaan mybe sbb faktor umur.. Klau demo smbat gok kawe nak kerat kuku..haha..



-ZP

kasimselamat said...

mari lah rimau gajah pun, kawe tetap sokong Malaysia.... GKG