Thursday, July 28, 2011

Berkuburnya sebuah harapan

Malaysia 1 - 1 Singapura
Singapura layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia, dengan aggregat 6-4.

Malaysia tersingkir dari Kelayakan Piala Dunia, tewas agregat 4-6 kepada Singapura. Meskipun mendapat sokongan 'pecah-rekod' hampir 100,000 penyokong, Harimau Malaya tampil dengan aksi kurang meyakinkan, ditambah pemilihan pemain yang rata-ratanya dibarisi anak emas Rajagobal, serta pengadilan yang boleh dipertikaikan.

Ringkasan :

Minit 2 : Kad kuning kepada Shi Jiayi kerana mengasari S.Kunalan

Minit 3 : Percubaan tersasar daripada Jiayi selepas menerima hantaran Qiu Li.

Minit 4 : Percubaan Kunalan selepas menerima hantaran Safee, diselamatkan.

Minit 6 : Pertahanan, Aidil Zafuan sudah mula menunjukkan tanda-tanda mengalami kecederaan.

Minit 10 : Khairul Fahmi selamatkan percubaan Qiu Li, meskipun kedudukan pemain itu dilihat offsaid.

Minit 14 : Khairul sekali lagi bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan Singapura, linesman gagal mengesan kedudukan dua pemain Singapura yang berada dalam keadaan offsaid.

Minit 22 : Aidil keluar, Muslim Ahmad masuk.

Singapura sudah mula bermain negatif, tiga kali dalam tempoh 2 minit perlawanan dihentikan.

Minit 33 : (1) Keeper mendakwa terkena pancaran laser, (2) keeper cuba melengahkan masa dengan terbaring 'cedera', (3) Jiayi terbaring di dalam kotak penalti Malaysia ketika Malaysia melancarkan serangan balas.

Minit 38 : Freekick Shaiful diselamatkan Khairul Fahmi.

Halftime : 0-0.

Minit 57 : GOL. Safee Sali. 1-0. Agregat 4-5.

Minit 72 : GOL. Shi Jiayi. 1-1. Agregat 4-6.

Minit 90+3 : Fakri kad kuning kedua, keluar padang (kad merah).

Malaysia :
Khairul Fahmi Che Mat (GK), Asrarudin Putra Omar, Aidil Zafuan Radzak (Muslim Ahmad), Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Amar Rohidan, Ismail Faruqi Ashaari (G.Gurusamy), Amirulhadi Zainal, S.Kunanlan, Abdul Hadi Yahya (Fakri Saarani), Safee Sali (Kapten)
Jurulatih Datuk K.Rajagobal

Singapura :
Izuwan Mahbub, Safuwan Baharuddin, Shaiful (Isa Halim), Jumaat Jantan, Harris Harun, Mustafiq Fahrudin, Shahril Ishak (Fazrul Nazwaz), Shi Jiayi, Qiu Li, Aleksandar Duric, Daniel Bennet

Pengadil : HIROYOSHI TAKAYAMA (JEPUN).

20 comments:

Azremiey said...

kepper jer yg cemerlang...lain2 sungguh mengecewakan....1st half...ismail bagai tak berfungsi..amar..terkinjal2...kunalan amirulhadi..abd hadi..yg sungguh mengecewakan fakri..panas baran tak bertempattt..

Anonymous said...

1st of all..t.kasih safee dan apek.

humm..so? macamana gopal? apa anda rasa? igt k teks alasan y nak dluahkan tu??

padan muka..ego anda dilenyek2 hari ni.. anda igt bila anda dh bawa team jd juara aff,,lepas tu anda bleh buat suka ati?? igt team ni dh jd anda y punya? apa anda nak buat org lain xboley halag???

eh..come on laaaa...
aku nak tgok muka ko skrg pom mls tau dok??
dlu KU HORMAT ko sgt..sbb ko xBESAR kepala lg time tu..

apa skrg dh jd datuk..
igt H.MALAYA lu sorag ke pegang?????

man,jgan delete..bia org laen baca

Anonymous said...

Bakpo gak nak sipe aye sakit?? Star sgt ko? tok pasal2 rugi simpane... nyetok sunggoh..

Anonymous said...

mari kito pakat badi teko bilokah rajagopal meletak jawatan atpn dipecat.

Anonymous said...

bersyukur..singapore mng.klu mlysia mng k raja gopal takbur..

Anonymous said...

walaupun kalah tp ini adalah hr yg paling bersejarah dlm sukan bolasepak d mana stadium penuh yg mana biasanya jika perlawanan akhir..satu tanda positif utk masa dpn skuad harimau..n lepas ni kita turun beri sokongan pd skuad olimpik pula..jgn mudah putus asa..teruskan sokongan kita utk kemajuan bolasepak d Tanah Air kita yg tercinta..

Anonymous said...

gopal akan kata tempo dan tekanan game agak kuat sehingga saya terpaksa keluarkan Aidil ini merencatkan taktikal saya..

Anonymous said...

kalau kalah mesti ada ayat (walaupun kalah....)

Anonymous said...

stupid comment!
satu msia nmpk aidil keluarkan sbb injury..taktikal kita sgt lemah!

Anonymous said...

kalah mesti ada alasan

taik itik said...

to kinggobal..pfffttt

Anonymous said...

errmmm..klau nk diikutkan permainan malam nie lg hebat dr hari tu..tp yang pstinyer KHAIRUL FAHMI CHE MAT memg TERRRRBBAAAIIIKK!!! bt0l x?memg hebat sgt APEX mlm nie..x dinafikan lg memg pemain terbaik..klau bab defender plak, sumenye LEMAH!!! nseb baik la mlm nie APEX yang jg g0l..klau x tak tau nk kte laa..entah ape y jd entah..
mlm nie yang menonjol ckit, AMIRUL HADI : percaturan die memg class nmpk rata and teratur tp pengambil b0la 2 x pndai nk ambil peluang..
and ISMAIL FARUQI : budak nie memg rajin x dinafikan nmpak semangat dalam diri die..
AIDIL : ckit2 sakit!! dh tau diri 2 sakit baik xyah masuk trus..
FADHLI SHAS : xde ketenangan langsung!! dh la suke jatuhkn player LIONS..
S.KUNALAN : nie adlh salah s0rg player y sy x puas hati mse lwn ngn TAIWAN ag..mybe ramai 0rg y kte die nie hebat, slh se0rg pemain y rajin sy p0n akui 2 tp mlm nie jelas terlihat die adalah salah se0rng pemain yang SANGAT PENTINGKAN DIRI SENDIRI..klau ble bola ad kat kaki die, asyik cube nk sh0t sendiri jer x pnh nk bg kat 0rg, die bg p0n time die bt0l2 tersekat..memg x salah klau mencuba tp klau dh nmpak ad 0rg len y lbih berp0tensi nk msukkan g0l 2, bg je la kat 0rg lain!!! geram bt0l rse..
lg 1 penyerang plak!! SAFEE SALI ke HADI YAHYA ke sama jer..dua-duanya PEMALAS!!! malas nk kejar b0la..asyik nk tggu b0la smpai kat kaki jer!!! ape nie??? memg la anda berdua nie penyerang tp skurg2nye cube la kejar b0la ckit..nk rebut p0n mls inikan pula nk kejar b0la..asl tgk b0la nk smpai, tggu jgk b0la smpai kaki..bknnyer nk amik, alih2 LIONS y dpt..uummphh!!
entah laa TIGER..peny0k0ng dh x tau nk kte ape dh............

Anonymous said...

dlm hidup ada 2 persimpangan..menang /kalah..gembira/berduka..positif/negatif..itupun kalau kita percaya la pd Qada n Qadar..kita kalah bkn sbb kita tidak bagus tp lwn kita bermain lebih bagus..jd kita kalah pd pasukan yg bagus..think positif la..utk apa kita mengutuk pasukan sendiri..memberi kritikan adalah baik utk kemajuan tp biarlah berasas..sapa yg ta sedih bila kalah..lebih2 lg DR n pemain..

ibun_jogho said...

Amacam sedara? Hebat kan Malaysia..? Hebatlah tu, blh tarik pnonton penuhkan stadium. Tp ...

Utk skian kalinya kawe nk sebut.. Amar..Ismail...Muslim....Fadlis Shas.....

X yah komen banyak..sbb ini adalah team DKR.. Barisan DKR..

"Inilah barisan kita yg ikhlas berjuang, siap sedia bkorban utk ibu pertiwi.." Opss.. Bukan.. "Inilah barisan Rajagobal yg xde kelas berjuang.. Siap sedia jd korban utk dkorbankan.."

Sori..Komen emosional.. Bkn rasional..

Apa2pun trima kasih anak emas Datuk..

Anonymous said...

syakir sepatut masuk bukannya gurusamy...badrol masuk bukannya fakri....rajagobal lain kali dgn sikit idea org lain

Anonymous said...

aku sbnrnye nk tgk shakir main tp tetap..barisan fav DKR jgk yg main..erm waste of talent..DKR ni tgk ke dok liga super/liga malaysia?
game penting mcm ni bukan game utk try2..pls la appreciate sokongan seluruh rakyat malaysia..

ZP said...

Rugi duit, masa, tenaga..

Rajagopal mmg xpaham bhsa melayu, xhabis2 dgn player anak emas gong dia..

Mnyesal giler bila masuk stdium pastu tgok first 11 xberubah..

Anonymous said...

Cuma ada 2 ekor rimau saja atas padang.. Apek & Safee. Lainnya semua kucing jer.. abis kena ratah dengan Singa Tua dan Singa Boroi. ciannyer..

Anonymous said...

bila kena ratah shabini gk je...

Anonymous said...

terlalu ramai watak 'penumpang' dlm team yg xde impact + meaningful contribution. hentikan 'bias'ness dlm line-up, perlu berani keluarkan mana2 player tersebut from 1st 11. byk persoalan yg perlu dijawab:
1) kenapa masuk aidil apabila dia x fully fit?
2) kenapa x add strong general in defend - apa salahnya panggil subra/ norhafiz? ini x akan mengganggu keseluruhan team
3) knp masuk fakri shaarani when his contribution in 1st round was limited?
4) knp gurusamy when we need more offensive strikeforce?
5) dan lain2