sesi latihan terakhir petang tadi, foto Suara Sukan |
Andai ada faktor pencetus semangat di kem Kelantan menjelang
aksi final Piala FA menentang Sime Darby malam esok, ia tidak lain sokongan penuh
hampir 60 ribu penyokong The Red Warriors yang bakal menjadi azimat berguna
buat pasukan itu di dalam mengintai permulaan kepada satu lagi sejarah baru
bolasepak tanah air.
Dua kali tumbang di aksi final sebelum ini, termasuk kekecewaan
tahun lalu apabila tewas dua gol lewat permainan kepada Terengganu, Sang Kijang
tidak rela berputih mata sekali lagi dan tekad menoktahkan aksi final ketiga
mereka dalam tempoh empat tahun dengan kejayaan bersejarah mendakap Piala FA
buat kali pertama.
awe & rizal fahmi, foto Suara Sukan |
Bagi penjaring gol tunggal Kelantan pada aksi final tahun lalu,
Nurul Azwan Roya, dia tidak mahu penyokong yang datang dari segenap pelusuk
negara pulang hampa, dan berjanji memastikan Bukit Jalil bergegar sekali lagi
sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia TRW.
“sokongan ditunjukkan peminat begitu menakjubkan. kalah
menang sokongan mereka tidak pernah pudar, mereka selalu bersama kita, inilah
yang lebih membakar semangat saya dan rakan sepasukan, kecewa tahun lalu,
memang perit sebab kita mendahului hingga minit akhir, tapi ia sudah dibuang
jauh dari memori dan kami berjanji tidak mengulangi kesilapan itu.
“ini final kedua saya sejak bersama Kelantan, insyaAllah
piala ini akan menjadi milik kita dan hadiah paling manis untuk penyokong yang
merupakan pemain ke-12 kita,” ujarnya ketika ditemui di Stadium Nasional Bukit
Jalil petang tadi.
Manakala S.Chanturu, pemain yang menunjukkan prestasi meningkat
naik sepanjang musim 2012 ini, cukup teruja untuk melihat Bukit Jalil dipenuhi
lautan merah, dan menyifatkan ia akan menjadi inspirasi untuk membantunya meneruskan
rentetan aksi cemerlang yang ditunjukkan sejak beberapa perlawanan lalu.
“melihat situasi ini, ia umpama beraksi di laman sendiri, di
Kota Bharu, inilah kelebihan penyokong Kelantan, mereka ada di mana sahaja dan
telah memainkan peranan yang sangat penting. Sokongan mereka cukup bermakna. Tiada
cara lain untuk menghargai mereka, selain memberikan aksi terbaik dan menjulang
trofi Piala FA. kalau dapat menjaringkan gol, ia pastinya lebih indah, dan saya
akan cuba untuk melakukannya,”.
Menariknya, jika tahun lalu, hanya Norsharul Idlan Talaha
menjadi sandaran tunggal di barisan depan, tahun ini Kelantan memiliki rangkaian
penyerang berbisa yang sudah cukup untuk menghadirkan gerun pertahanan lawan.
Farhan, penjaring terbanyak Kelantan dalam saingan Piala FA, foto Suara Sukan. |
Justeru Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria pastinya pening
merencana strategi terbaik mengekang asakan menggila barisan serangan Kelantan,
yang turut dibarisi Norfarhan Mohd dan Mahmoud Ghaddar yang berada di prestasi
terbaik mereka ketika ini, selain Indra Putra Mahyudin yang membawa misi
menebus hampa 2009 apabila gagal menyempurnakan penalti ketika bertemu Selangor.
2 comments:
Kekalahan Kelate pd thn lepas kpd Terengganu diiringi spekulasi. Thn ini spekulasi bergema jg tp setakat separuh akhir saja. Kononnya Kedah akan menang dgn Kelate seterusnya mampu mejulang piala di akhir nanti.
Sungguh dramatik perlawanan separuh akhir kedua di Alor Setar. Tewas 0-2 pd separuh masa pertama, bagaikan benar khabar angin yg mengatakan Kedah bakal bergelar juara Piala FA 2012. Akhirnya spekulasi lenyap pd separuh masa kedua setelah Kelantan berjaya menyamakan kedudukan 2-2.
Itu spekulasi dan khabar angin. 19 Mei 2012 Sime Darby dan Kelantan berakhir pd pentas final tanpa spekulasi lg. Cuma...yg bergema kini adalah dendam segelintit orang FAM terhadap TAM.
Apapun spekulasi, apapun khabar angin yg bertiup, penyokong Kelate x ingin kecewa buat kali ketiga. Jika Kelate menang ini menjadi sejarah. Jika tewas, ini jg bakal dicatatkan dlm sejarah "Kelate mencatat hatrik kekalahan"..
so touching..baru sikit diulas...lau panje ag ase ngalir air mato baco gapo gok pemain oyak..mmg pemain betul2 menghargai kami sbg Semangat 12th Warriors...
Post a Comment