Sunday, May 20, 2012

Kawalan Keselamatan Longgar, Mana Janji FAM?


Janji FAM hanya tinggal janji. 

Meskipun memberi jaminan akan memperketat kawalan keselamatan selain kemudahan stadium untuk keselesaan penyokong beberapa hari sebelum perlawanan, sebaliknya yang berlaku apabila anggota keselamatan yang ditugaskan LEBIH BERMINAT untuk menyekat penyokong daripada membawa masuk BANNER/KAIN RENTANG yang ada wajah atau nama Tan Sri Annuar Musa, manakala pelbagai objek lain termasuk lampu suluh, minyak wangi, botol air mineral dan mercun tidak pula ditahan dan mudah diseludup masuk ke dalam stadium.

Dan akibat kelalaian anggota keselamatan menjalankan tugas, yang menjadi mangsa adalah petugas media yang ditempatkan di kawasan terbuka yang kurang selamat - terancam dengan balingan pelbagai objek yang datang melayang dari arah atas, manakala anggota keselamatan hanya berdiri kaku tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“saya tak faham dengan penyokong ni, apa perlunya korang semua baling pelbagai macam objek ketika meraikan gol, takde cara yang lebih berhemah ke, kenapa perlu membahayakan orang lain, ingatkan kalah jer perangai camni, menang pun sama jugak? Entah budaya mana dibawa mereka pasukan menang pun masih nak buat hal. FAM pun satu, sembang jer lebih kata sekuriti ketat, entah apa diorang buat pun saya tak tahu, duk menangguk tengok jer apa yang berlaku. Letak sekuriti setakat nak suruh sekat orang bawak masuk banner Annuar Musa, sedangkan objek berbahaya lepas pulak masuk dalam stadium. Sungguh tak relevan,” ujar seorang rakan media yang tidak mahu namanya dipetik.


Tambah mengecewakan ada seorang rakan dari media cetak nyaris terkena balingan objek keras berupa minyak wangi yang masih penuh isi kandungannya. Setahu SS, minyak wangi boleh dilabel sebagai antara punca bahan api, kerana di belakangnya tertulis mudah terbakar/meletup. Ini kira FAM perlu bertanggungjawab la kan?

“kawalan keselamatan terlalu longgar, sangat teruk, kita datang buat kerja, tapi tadi ada botol mineral singgah kat laptop aku, and then botol minyak wangi yg hampir terkena kepala, janganlah esok ada petugas media dilaporkan cedera baru terhegeh nak ambil tindakan,”

Manakala seorang lagi wartawan dari media cetak berkata : “ Inikah yang dimaksudkan sebagai kawalan dipertingkat? FAM penganjur final, takde guna mereka salahkan orang lain kalau mereka sendiri tak reti nak kawal penyokong, kecewa untuk melihat masih berlaku lagi perkara seumpama ini, FAM perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini, bukan letak kesalahan atas orang lain..”.

Yang kelakarnya, apabila pihak polis dapat merampas apa-apa objek seperti mercun atau flare, ataupun menahan mana-mana individu yang buat kecoh, pantas jer mereka nak buat sidang media untuk hebahkan perkara ini, tapi semalam puas juga SS mencari, tiada seorang pun wakil anggota keselamatan yang boleh ditarik untuk dapatkan penjelasan.

Saya juga masih tertanya-tanya tentang sikap kurang ajar sekuriti dan anggota keselamatan diupah FAM, yang bukan sahaja memaki hamun, malah menolak saya keluar dari memasuki Stadium Nasional dengan alasan tempat itu sudah dibook untuk final Piala FA – habis ingat aku datang nak tengok konsert Anuar Zain ke brader? Budi bahasa budaya kita.

10 comments:

Anonymous said...

FAM trauma lg dgn TSAM. Tkut2 banner tu org luar kelih gak, nyayo ko FAM. xleh la nk cr make..

Anonymous said...

aku heran knape aku xleh masuk parking sedangkan ade byk lg parking kosong kt stedium tu... last2 aku kne parking kt bawah lembah yg dkat TPM tu... setahu aku parking kat bukit jalil ade byk.. A,B,C,D,dan E.. tp semua pintu car park d tutup dgn kon haram jadah tuh, siap ade polis jaga lg.. nk kate dah penuh x jugak... masa aku masuk perkarangan stadium aku tgk byk lg tmpt parking yg kosong... time tu gate x bukak lg... ape masalah ni wehh... cer citer sket...

Budak Qlate said...

kalau sarawak didenda ttp x leh nk kawal pnyokong, utk final sape yg ptot kne denda klau x leh nk kawal pnyokong? msti ke kafa yg didenda klau pnyokong kelantan buat hal??

yg pasti keselamatan mmg longgar.. dan tahap prkhidmatan mcm bangang!! FAM kata mcm2.. tp diorng ni thu nk cari duit jer sbenarnya.. kata peruntukan tiket xkan melebihi kapasiti stadium.. tp aq tgk smlm brape ramai pnyokong yg x leh nk dduk.. melimpah2 pulak pnyokong!

dah la tandas x de air!! woi tiket RM40 la!!! mcm sial jer.. yg plg aq x puas aty psal banner muka pemain tu laa. x der ke tndkan yg boleh dibuat utk FAM ats kes ni? xkan FAM kebal dlm sume hal?

kesian la UKTRM 7 hari 7 mlm nk siapkn bnda ni.. diorng x tido berkampung d SSMIV nk siapkn sume nie.. tp hasilnya?

Amirul said...

Bro mohon bantu terangkan kepada kawan-kawan media jangan nak letak 100% kesalahan kpada penyokong kelantan. FAM penganjur perlu tanggungjawab keselamatan semua. Pihak keselamatan memang tak pernah nak belajar dan tidak serius.Mcm mana mercun masih boleh lepas. Air dalam botol terlepas masuk siapa bagi jual. Mana janji manis FAM!!!!

Anonymous said...

guna khidmat guaman :) Saman FAM !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

aloh la wartawan tu pn anti klate sbnarnyo..tu dio napok majoriti pnyokog klate jah hok pnuh stadium.sblum ni klate jupo nga tganu ko slangor ko lgu tu jgk dmo ni pekong btol air sorok gol,xdok pn dmo nk gege kna laptop la kn a palo otok la..male tu mmg pnyokong klate mmg jd tumpuan la,media reti cr saloh jah..aiman dmo jgn traso plok,bkn nk kato ko demo,kwe nk kato ko wartawan lain brehi wat crito ngarut ko klate..

Anonymous said...

bro, berapa banyak tiket dijual pasa piala fa? kata fam 80k. tapi nampak gaya lebih 95k. betulke beribur yang bayar 20rm untuk masuuk stadium? fam kau ke? dan datu siva dengan saja yang tahu>

Bual Sukan said...

Penyokong Kelate adalah pengikut yang paling hebat di Malaysia kerana jatuh bangun mereka tetap bersama pasukan.

Sewajarnya pihak PDRM dan FAM harus mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan ke atas stadium kerana tidak mahu akibat segelintir penyokong yang kurang beradab, penyokong negeri yang lain dicop tidak berdisiplin.

Saya baru dalam blog sukan.. Mohon tuan linkkn blog saya dalam blog tuan. Blog saya http://blogbualsukan.blogspot.com/.Mohon izin tuan juga untuk saya linkkn blog tuan dalam blog saya.

Cikgu_Lan said...

Masalah utama ialah parking tak cukup..terpaksa parking atas highway berhampiran tol..tetapi risiko disaman oleh polis..spttnya pihak PDRM bertolak ansur..seperti menangguk di air yg keruh.sepanjang pemerhatian saya byk kereta yg dpt saman atas cermin krana parking..FAM kena teliti perkara ini..final bkn berlaku setiap hujung minggu spt program MANIA

Azremie said...

Bayar RM 40.. banyak parking yg dikhaskan pada org2 yg tak bayaq tiket (ado stiker baru blh masuk).. merata cari tempat parking.. menapak g stadium.. kena saman.. pembahagian kawasan utk penyokong.. SDFC blh menonton dgn selesa.. coz.. peruntukan kawasan yg luas (berpandukan tiket yg dijual oleh mereka..dlm 15 ribu). Kelantan bersesak2..mcm biasa duduk kat tangga.. nasib baik satu kawasan kosong yg ada banner SDFC dibuka dan diberi laluan utk penonton duduk.. Toilet.. memang menyedihkan.. air melimpah.. tidak diselenggarankan dgn baik.. setengah toilet tak ada air.. Surau/ruang solat yg cukup terhad dgn kemudahan tmpt mengambil wuduk yg tiada.. sehingga.. kat surau kat area astaka kekeringan air.. Kita nak salahkan siapa... kalau bukan pihak penganjur..FAM yg hancing.. mendapat keuntungan dari kehadiran penonton diluar jangkaan.. sewa tapak gerai dlm stadium.. sehingga abaikan tempat solat (yg mungkin bagi mereka tak dtgkan pulangan)...