Monday, May 14, 2012

5 Pemain Kelantan Kembali Ke Kem Kebangsaan

subramaniam
Dalam persediaan menghadapi 3 perlawanan antarabangsa berstatus A, bermula dengan perlawanan menentang Filipina awal bulan depan, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menyenaraikan semula 8 pemain dari dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu untuk melapor diri ke kem kebangsaan pada Isnin depan, 21 Mei 2012.

S.Chanturu, S.Subramaniam, Norsharul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari, serta 3 pemain Terengganu, Sharbinee Allawee, Ashaari Shamsudin, dan Faizal Muhammad adalah antara 26 pemain yang disenarai Rajagobal selain Sabre Abu, yang turut dipanggil ekoran aksi ‘kembali-konsisten’nya bersama Kedah.

Berikut senarai penuh pemain yang perlu melapor diri untuk perlawanan latihan, dan perlawanan menentang Filipina (1 Jun), dan Singapura (8 & 12 Jun).
chanturu

Amar Rohidan, Khyril Muhymeen, Sabre Abu (Kedah),  Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Asrarudin Putra, K. Gurusamy (Selangor),  S.Chanturu, S.Subramaniam, Khairul Fahmi, Shakir Shaari, Norsharul Idlan (Kelantan), Faizal Muhamad, Sharbini Allawee, Ashaari Shamsudin (Terengganu), Shahurain Abu Samah, Shakir Ali, Farizal Marlias, S.Kunalan (Negeri Sembilan), Amiridzwan Taj, Aidil Zafuan (ATM), Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal (Harimau Muda), Faiz Subri (T-Team), Safee Sali (Pelita Jaya).

7 comments:

ibun_jogho said...

emmmmm.. Amar Rohidan ada lagi? Hahahahaha.. nk gelak je, sbb kalu tgk Amar mmg kawe x bkenan. Tp jaringan Amar masa lawan Lions XII mmg menarik. Itu kawe akui.

Walaupun kawe x berkenan dgn Amar x bmakna kawe x suka pmain Kedah. Badrol dan Sabree pruduk tbaik dr Kedah.

Teringin jg nk tgh Zairul Anuar Zailani (T-Team) ada dlm skuad Azuddin.. Opss.. Skuad KingGobal. Penggerak bhg tgh T-Team tu mmg berbisa. Tp sayang, KingGobal dh ada pmain yg dia sayang.

Anonymous said...

sharbini ado jgok? x pehe kawe..

GoRinGgO said...

Senang nak agak player King ni...rasanya ramai lg player yg top form dr regular face spt player swak or pkns.

faiz fakhirin said...

Kelate bukey bizi ngn AFC ?? buleh ko agok2?

bukares said...

Amiridzwan Taj ~ shukur adan
Sharbini Allawee ~ mat cah
Amar Rohidan ~ Zairo anuar zailani

Rajagopal ~ ??????

Anonymous said...

AFC tu lagi penting.. tu baru latihan.. better tangguh latihan. lepas AFC boleh laa pegi..

Anonymous said...

amar buleh kiro sikit,kalu xdok lg molek..ni gurusamy betis supo buluh peleting lekat sokmo..main nga selangor pun xtetu halo dok tengoh..dohla xkreatif..