Gol tunggal jaringan Mahmoud Ghaddar menerusi sepakan
penalti, sudah memadai untuk Kelantan mencatat kemenangan bersejarah 1-0 ke
atas Sime Darby FC seterusnya menjulang Piala FA buat pertama kali di hadapan hampir
90 ribu penyokong yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.
suarasukan |
Selepas dua kali kempunan pada 2009 dan 2011, kemenangan
pada malam ini sekaligus melengkapkan koleksi kejuaraan domestik Kelantan selepas
menjulang Trofi Liga Perdana 2 pada 2000, Piala FAM pada 2005, Piala Malaysia pada
2010, Piala Sumbangsih dan Liga Super pada 2011.
Para pemain mendedikasikan kemenangan ini kepada Presiden
KAFA yang digantung, Tan Sri Annuar Musa yang hadir memberikan sokongan dengan
duduk di tempat penonton, dan lebih manis beliau diberi peluang untuk turut
sama meraikan kemenangan bersama pasukan, apabila dibenar turun padang berarak
bersama piala dan pemain.
suarasukan |
Apapun, final yang dijangka menghiburkan, sekadar
menyaksikan aksi hambar dari kedua-dua pasukan, tidak setanding gimik dan
cakap-cakap sebelum perlawanan. Kelantan mahupun Sime Darby kurang mencipta
peluang atau gerakan merbahaya, malah lebih memilih untuk beraksi dengan tempo
perlahan.
Patrick Ronaldinho yang disebut-sebut bakal menjadi ancaman
besar di kubu Kelantan, umpama tiada fungsi apabila sekadar menyentuh bola dua
atau tiga kali, dan begitu juga al kisahnya Norsharul Idlan di kem Kelantan.
“pemain saya telah memberikan komitmen penuh, memang ada
yang kata hambar, ada yang kata membosankan, saya sendiri kata bosan, tapi pada aksi final ini
selalunya terjadi. Yang penting satu sasaran kita sudah tercapai, ada ketika
saya pening melihat beberapa percaturan saya terjejas dek kecederaan dialami
Subra dan Daudsu, yang penting ini kejayaan berpasukan, semua telah menunjukkan
kesungguhan..” – Bojan Hodak.
“Saya tidak kecewa dengan kekalahan malam ini, pemain saya
telah membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan, kita hanya kalah
tipis, itupun penalti, tiada apa untuk dimalukan, ini akan memberikan mereka
pengalaman berguna, itu yang penting, kredit kepada semua pemain..” – Ismail Zakaria.
Kesebelasan utama :
Kelantan : Khairul Fahmi, Daudsu Jamaludin (Farisham
Ismail), S.Subramaniam (Rizal Fahmi), Zairul Fitri, Indra Putra, Badri Razi,
Shakir Shaari, S.Chanturu (Nurul Azwan), Mahmoud Ghaddar, Norsharul Idlan
suara sukan |
Sime Darby : Azmirul Azmi (Syukur Saidin), Es Lizuan,
Patrick Ronaldinho, Arif Ismail, Fairus Aziz, Shoufiq Khusaini, Leandro Santos
(Razali Umar), Faiz Isa, Mohd Nor Ismail, Shazlan Alias, Redzuan Harun
No comments:
Post a Comment