Sunday, May 20, 2012

Norfarhan Akui Terkilan

foto : suarasukan
Melihat senarai kesebelasan utama, agak mengejutkan juga apabila tiada nama penyerang prolifik Kelantan, Mohd Norfarhan Mohamad yang tercicir ke barisan simpanan, dengan jurulatih, Bojan Hodak memilih untuk mengandingkan Norsharul Idlan Talaha dan Mahmoud Ghadar di barisan depan. 

Tindakan Bojan itu, pastinya dilihat penyokong sebagai percaturan yang tidak menjadi, dengan Norsharul, yang baru sahaja beraksi beberapa perlawanan selepas kembali dari kecederaan, dilihat tenggelam punca dan masih bergelut mencari prestasi terbaik. 

Sentuhan dan gelecekkannya juga mudah dipatahkan pertahanan lawan, dan tidak keterlaluan jika dikatakan Norsharul off-form dan sekadar menjadi pelengkap kepada senarai kesebelasan utama malam tadi dan ternyata ketiadaan Norfarhan di barisan depan pasukan Kelantan begitu dirasai.

Paling tidak, kalaupun tidak di posisi penyerang, Norfarhan mungkin boleh masuk sebagai pengganti apabila Bojan memilih untuk mengeluarkan S.Chanturu selepas Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-58, sebaliknya pengendali berbangsa Croatia itu memilih memasukkan Nurul Azwan Roya, dan alasannya : 

"semua penyerang saya bagus, setiap mereka saya beri peluang dan saya gemar membuat penggiliran. Norfarhan memang ada dalam perancangan saya untuk dimasukkan pada separuh masa kedua, sepertimana biasa saya perlukan freshlegs, dan saya tahu dia boleh menyumbang sesuatu.

"kita rugi satu pertukaran apabila subra terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, dan pertukaran ketiga saya mahu memasukkan Farhan, tetapi Daudsu pula mengalami kecederaan, ia tidak dijangka, ia menganggu perancangan saya, taktikal saya, memang saya tahu dia (Farhan) pasti kecewa, tapi saya yakin dia seorang yang profesional..".

Manakala Norfarhan, penjaring terbanyak Kelantan dalam saingan Piala FA dengan 5 gol, yang ditemui penulis selepas tamat perlawanan, menganggap apa yang terjadi sebagai lumrah dunia bolasepak, namun dalam masa sama mengakui dia tetap terkilan tidak dapat terlibat sama di dalam membantu kemenangan TRW pada malam ini.


"Tipula kalau saya kata tak terkilan, memang semua pemain nak merasa nikmat beraksi di final, tapi saya tolak ketepi sentimen itu, sebab yang penting kejayaan pasukan, coach ada perancangan dia, ini keputusan dia, sebagai pemain, saya terima dengan hati terbuka. dalam pasukan ni tiada kesebelasan utama, semua pemain adalah terbaik.

"yang penting apabila diberi peluang, saya akan lakukan terbaik untuk membuktikan kemampuan saya. jadi, malam ini bukan rezeki saya, apapun rakan-rakan lain telah menunjukkan semangat berpasukan, dan kesungguhan yang tinggi, walaupun tidak beraksi, kejayaan ini cukup manis bagi saya,"  

5 comments:

Anonymous said...

Kawe Tertunggu-tunggu Kemasukan farhan tapi apakan daya subra injured awal n daudsu juga sama tp Mr Farhan 10 Memey Terbaik!!!!!!!!!!!!

Tukang Kayu said...

Setuju. Saya menjangkakan akan berlaku persembahan menarik sesuai dengan final Piala FA. Tapi, bagi saya, corak permainan pendek ala Barcelona antara Mat Yo, Ghaddar, Piya dan Indra cukup menarik. Cuma perlu tambah lagi persefahaman dan penyudah yang berkesan.

zaza said...

Sabar je la Paan, insyaallah msh ada peluang lg, br satu piala kita dpt, klu ada rezeki piala len nnt adalah 2!!!

zul fahmi 19 said...

jange duk runsing...final pialo malaysia plok...insyaAllah klu MNF10 berusaha anda akan ade kat sane....walau apopun main ko dok demo ttp sbhagian champion piala FA 2012...tahniah sumo

Udinz.com said...

xpolah paan...
demo terbaik skmo..
nnti final ni mesti leh main eh...