Saturday, May 5, 2012

Kelantan Ajar Sang Singa Erti Bolasepak Sebenar

Finalis Piala FA, Kelantan membuktikan betapa mereka berada di kelas tersendiri apabila bersahaja menjinakkan pendahulu Liga Super, Lions XII, 3-0 di laman sendiri sebentar tadi.

Nyata, reputasi Lions selaku pendahulu liga dengan kelebihan 5 mata sebelum sepak mula perlawanan bukanlah sesuatu yang bisa menggentarkan pahlawan The Red Warriors yang mengajar anak buah V.Sundramoorthy erti bolasepak sebenar dengan memperaga aksi bolasepak menghiburkan sekaligus menghadiahkan kekalahan ketiga keempat dan terbesar musim ini buat pasukan dari negara jiran itu.

Tiga gol cantik, satu masing-masing jaringan S.Chanturu, Norfarhan Mohd dan pemain pertahanan, Rizal Fahmi Rosid sudah cukup untuk Kelantan berpesta malam ini, seterusnya mengurangkan defisit mata kepada hanya dua, selain memiliki kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.

foto :shazlishamsuddin
Dikenali sebagai pasukan yang cukup ampuh di barisan pertahanan, Lions sebenarnya terjerat dengan taktikal yang memakan diri apabila tersilap menduga akan kekuatan jentera serangan skuad Kelantan yang turun tanpa kelibat Mahmoud Ghaddar – sebaliknya empat serangkai di barisan depan diketuai Norsharul Idlan dan Norfarhan, dibantu aksi lincah Nurul Azwan dan Chanturu bergilir mengucar-kacirkan pertahanan mereka.

Gol Chanturu pastinya layak dinobat antara yang tercantik dalam saingan liga musim ini, sepakan akrobatik selepas menerima hantaran lambung Norsharul, manakala Norfarhan dengan sentuhan penyudah tenang sekaligus menambah pening kepala Bojan Hodak di dalam mencatur kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang. Rembatan bak peluru Rizal, pastinya mengingatkan kita kepada pemain dengan gelaran ‘Keto Keba’ Kelantan suatu masa dahulu, Roslisham Mohd Nor (juga no.17).

Menariknya, tiada seorang pun dari 10 pemain tempatan di atas padang - baik Awe mahupun Chanturu, baik Shakir mahupun Badri Razi, baik Norsharul mahupun Norfarhan, baik S.Subramaniam, Farisham Ismail  mahupun Rizal Fahmi layak untuk dipanggil ke kem kebangsaan (kalau dipanggil pun duduk di bench sahaja), namun mereka berupaya menjinakkan lawan yang skuad Rajagobal tercungap-cungap untuk tundukkan (walaupun ini bukan full skuad Singapura).

Kredit buat Bojan yang mana bertindak bijak menyusun line-up serba menjadi dengan taktikal menyerang yang sebenarnya hampir membuahkan hasil seawal minit keempat menerusi sepakan penalti yang gagal disempurnakan Norsharul – malah rindu peminat TRW untuk menyaksikan kelibat penyerang kesayangan mereka 7 tahun lalu, Azlan Ismail juga terubat apabila pemain itu akhirnya mempamer aksi pada minit akhir permainan.

Apapun, skorline mungkin berbeza jika tidak kerana ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan, sekaligus membuktikan kredibilitinya selaku penjaga gol nombor satu negara. Khairul Fahmi atau Apek, menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan on target lawan, dan meyakinkan ramai betapa dia sudah kembali ke kemuncak prestasi selepas sekian lama tersisih akibat kecederaan.

Kelantan bagaimanapun pastinya sedar dengan aksi konsisten yang ditunjukkan ketika ini, harapan peminat bukan sahaja tertumpu di dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan baki 11 perlawanan untuk diharungi, tetapi juga misi penting menjulang Piala FA dalam percubaan ketiga mereka dalam tempoh empat tahun – selepas gagal pada 2009 dan 2011.

Tatkala lawan yang menanti di final – Sime Darby – boleh dilabel sebagai underdog, Bojan pastinya tidak mahu tersilap menduga kekuatan skuad Giant Killer dari Liga Perdana itu, dan apa yang dituntut pastinya aksi bertenaga dari kesemua pemain, dalam usaha mereka mencatat sejarah baru bolasepak tanah air, sekaligus membuktikan betapa anasir-anasir luar tidak sedikitpun mengugat fenomena bolasepak di Kelantan.  

14 comments:

mugonopak said...

gangguan anasir-anasir luar tu hok tok tehe nyo..hahahah..agok2 sapo dio anasir-anasir luar tu..hok pasti buke m.nasir la..

Anonymous said...

aiman..ni aku Dayne..ehmm..aku rasa team yang kalahkan Raja tu susah kot nak compare kat sini sebab team national Singapore kekuatannya banyak bergantung kepada pemain2 import seperti Duric, Qiu Li dan Shia jiayi dan ada seorang lagi pemain..pemain2 ni yg buat team Singapore kuat..Lions XII malam ni guna pemain tempatan 100 percent..sorry..just 2 cents opinion,bkn nak sokong Raja tapi itu realiti..

mugotrube said...

namo demo pon x tehe jugok tuh. ado ko buh namo mugonopak

Anonymous said...

dayne, yeap aku setuju, saja jer tuh...memang tu singapore senior full skuad turun, but aku sebenarnya refer to keengganan raja menurunkan apek pada first game yg kita tewas 5-3, baki 6 player termasuk farisham, shakir, chanturu, rizal fahmi, semuanya tak diturunkan langsung.. tak diberi peluang show something....subra first eleven kelantan time tu tak dipanggil, dipanggilnya reserve player ke kem kebangsaan, tak ke pelik? panggil duduk bench baik takyah panggil bro hehehe...

-aiman-

AnakLaut said...

"saya kenal player saya"rajaG.

Anonymous said...

barisan pmain kelantan yg ada ini layak bermain utk malaysia.

daripada fahmi, rizal, farisham, subra, shakir, piya, mat yo, chanturu dan norfarhan.

keegoan rajagobal, itu biasa utk coach stiap coach. namun ego kita biarlah kena pada tempatnya. melihatkan nama pmain kebangsaan yg dipanggil sblm ini, bg sy terlalu awal dan senang utk dipilih.

enuff said.

Anonymous said...

Rajagopal tu bodoh, bengom, gilo...politik semua...sbb tu skuad Malaysia jd bengom macam najib ngn rajagopal...

PM said...

Ambo sokong Klate.........
dulu sokong M'sia juga.......

Anonymous said...

Teringat saya akan komen pengulas AZLAN JOHAR mlm tadi, katanya tiga faktor yang meningkatkan mutu permainan pasukan Kelantan ialah pertama Pengurusan yang baik, pemain yang baik dan berdesiplin serta jurulatih yang berkelibar. Ini satu pandangan yang tepat dan saya sokong seratus peratus

Musa said...

Ketiga2 gol mlm tadi adalah WORLD CLASS

azhar hadi said...

aiman, team raja skrg tgh prepare utk aff 2012 tp artikel kau masih lagi pasal kalah dgn singapore dulu.kalau kau refer frenly baru ni player kelantan tak dpt main malaysia okla jugak, sbb player kelantan byk game, afc, fa etc.Ni mcm recycle artikel kau yg lama2 jer aiman

Anonymous said...

aiman, move on lah..lupakan pasal kalah dengan singapore dulu..artikel ini sangat beremosi..setiap game adalah berlainan tak perlu nak dibandingkan..lagipon lions12 dan NT singapore adalah berlainan skuadnya..peace

prihatin sungguh said...

setuju dengan aiman, kalau peluang untuk menyarung jersi negara susah sangat nak dapat kepada pemain-pemain yang betul2, berupaya.. perasaan sentimen kenalah buang jauh-jauh, lau tak macam mana bolasepak malaysia nak maju.. dan lagi satu rajagopal selalu cakap dia membuka peluang kepada semua pemain,.. tapi hakikatnya buat apa lau pemain dipilih tapi tak diturunkan.. banyak kali dah.. macam nie.. sekadar pandangan

ibun_jogho said...

SingaKura baru ketemu lawan yg sebenar. Sblm ini Lions xii tewas 1-2 kpd Kelantan di kandang mreka, hari ini tewas lebih teruk.

Walaupun Matyo gagal sempurnakan penalti, tp sumbangannya cukup penting. Gol pertama Chanturu berpunca drp hantarannya. Gol kedua jg Matyo terlibat sama apabila duming yg mengelirukan lawan mmbolehkan Piya membuat hantaran baik utk disudahkan oleh Farhan.

Walaupun Kelate didera oleh FAM dgn jadual yg padat, Kelate tdk "mendera" emosi penyokong dgn pmainan yg lemah.