Saturday, May 19, 2012

Sekuriti Berlagak Samseng, Tunjuk Kurang Ajar


Petugas media menerima layanan kurang ajar daripada petugas keselamatan atau sekuriti yang telah dilantik FAM untuk final Piala FA edisi kali ini – menerima makian dan juga ditolak keluar dari pintu masuk stadium dengan alasan ruang legar hanya untuk pegawai atasan dan sesiapapun tidak dibenarkan masuk tanpa arahan termasuk mereka yang mana pejabatnya terletak di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lebih mengecewakan, saya yang hampir 2 tahun pejabat berlokasi di SNBJ, tidak dibenarkan masuk mengambil barang seperti kamera dan laptop di pejabat saya (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) walaupun selepas menunjukkan Pass Media dengan cara sopan.

Perkara seumpama ini belum pernah lagi berlaku sebelum ini, dan saya berharap pihak yang berkenaan, termasuk Datuk Subahan (Pengerusi Jawatankuasa Media) akan segera mengambil tindakan berhubung perkara ini sekiranya tidak mahu imej FAM terus terjejas ekoran tindakan pihak ketiga.

Apabila saya menghubungi Datuk Subahan untuk memberitahu beliau tentang kejadian ini, dan beliau mahu bercakap dengan pegawai yang mengaku dirinya bekerja untuk FAM itu, tahu pulak dia cuak dan tidak mahu bercakap, malah tidak mahu mendedahkan namanya kepada Datuk Subahan.

Dan setelah diarahkan untuk membenarkan saya dan rakan jurugambar masuk, boleh pula dia berbuat demikian tanpa banyak tanya, tapi mulut macam haram. Saya juga mahu mereka meminta maaf di atas tindakan bodoh dan tidak professional ini.

Memang betul SNBJ telah dibook oleh FAM, tetapi FAM harus peka, tempat yang mereka book, di sekitarnya terdapat ruang pejabat yang banyak seperti Kesatuan Olahraga, Persatuan Bolatampar, Stadium First, YAKEB, dan banyak lagi pejabat-pejabat lain dan FAM tidak mempunyai hak untuk menyekat pekerja keluar masuk menjalankan tugas mereka.

Mereka HANYA BERHAK menghalang sesiapa yang ingin MASUK MENYAKSIKAN perlawanan sahaja!

6 comments:

Anonymous said...

d'org x taw yg nak masuk tuh Aiman :)

Anonymous said...

saman je,jgn banyak soal lagi....

Anonymous said...

ayat last skali tu kemah..

Anonymous said...

kemah doh blogger kita ni.. esk demo tra tanya FAM tu tenket smalam dia jual brapo puluh ribu.. melebihi kapasiti stadium sokmo kalu final gak

aisya ilyana said...

FAM hanya tau kutip duit jah...masalah parking pn sama...parking yg disediakan tuk sime darby mcm xberbaloi jee...bukan penuh pn..penyokong TRW terpaksa parking kete jauh2..nk parking tepi jalan POLIS lak kuarkn saman..mentang2 la org kltn dan2 xleh perking...lau wat jom heboh xde lak POLIS nk saman yg parking tepi jalan tullll...HAMPEH TULLLL.....

Anonymous said...

Saman je! Teruk betul lah security tu.