Wednesday, May 16, 2012

FAM Semakin Hilang Identiti..



Pelik sungguh apabila ada pihak cuba memprovokasikan kehadiran Tan Sri Annuar Musa menyaksikan perlawanan di stadium, ke event-event berkaitan KAFA mahupun kelab penyokong, terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti bolasepak dan seterusnya yang paling penting, tidak langsung menampakkan beliau tergugat dengan cubaan untuk menjatuhkan dan menyingkirkannya dari arena bolasepak tempatan.

Sebelum mengulas lanjut, this is my opinion yang bersifat terbuka, general view yang langsung tiada kena mengena dengan asal usul saya sebagai anak Kelantan, sepertimana biasa saya tegaskan, saya tidak cenderung kepada mana-mana pihak, saya pernah backup TSAM, saya juga pernah hentam TSAM.

Pertamanya, hukuman FAM tempoh hari, JAWATAN TSAM SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN FAM DAN JUGA PRESIDEN KAFA DIGANTUNG SELAMA 30 BULAN, SEKALIGUS BELIAU TIDAK BOLEH MELIBATKAN DIRI DALAM SEBARANG AKTIVITI BOLASEPAK DI PERINGKAT NASIONAL DAN NEGERI DALAM TEMPOH TERSEBUT.

Apa yang saya faham, TSAM hanya tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti bolasepak sebagai TIMBALAN PRESIDEN FAM atau PRESIDEN KAFA sahaja, tidak pula disebut beliau tidak boleh melibatkan diri atas kapasiti sebagai seorang peminat bolasepak, atau tetamu jemputan. Mana pula salahnya? Atau pemahaman saya kurang jelas? Kalau silap tolong tunjukkan.

Ada yang jemput beliau merasmikan apa-apa majlis atas kapasiti bekas Menteri Belia dan Sukan, atas kapasiti sebagai bapa pembangunan bolasepak Kelantan, atas kapasiti sebagai Pengerusi KADA, atas kapasiti sebagai kenalan rapat - TUN DR M pun masih orang jemput atas kapasiti sebagai bekas perdana menteri, takde pula Najib nak marah.  

Beliau melancarkan apa jua event sekalipun, event tiup belon, event pertandingan melukis, mewarna, mahupun berkaitan bolasepak itu sendiri, SELAGI BUKAN ATAS KAPASITI TIMBALAN PRESIDEN FAM DAN PRESIDEN KAFA, ia tidak menjadi kesalahan. Sekali lagi ini apa yang saya faham, kalau salah tolong tunjukkan, saya akan perbetulkan.


Beliau ke luar negara atas urusan bolasepak, membuat perbincangan kerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun – Brazil ke, Jepun ke, Korea Selatan ke, Angola ke, Tajikistan ke – selagi ianya bukan atas kapasiti sebagai TIMBALAN PRESIDEN FAM dan PRESIDEN KAFA, maka ia tidak melanggar arahan penggantungan yang dikenakan ke atasnya – sebagai contoh, Tony Fernandez pergi beli QPR, Dato’ Chan Tian Ghee beli Cardiff ada apa-apa kapasiti di FAM ke? Atau mereka dapatkan kebenaran diraja FAM dulu sebelum berurusniaga?  Kalau saya silap tolong tunjukkan.

Dan sejak bila pula hendak pergi ke stadium menyaksikan perlawanan memberi sokongan kepada pasukan kesayangan, PERLU DIJEMPUT? Kelakar pula kenyataan dikeluarkan FAM, yang menyebut TSAM tidak dijemput untuk hadir ke final. Tanpa dijemput sepertimana VIP lain pun, TSAM boleh hadir. Tak salah pun.Adakah kesemua 90 ribu penyokong nanti, kehadiran mereka adalah kerana dijemput?  Adakah jutaan peminat yang menyaksikan final di kaca tv, disuruh berbuat demikian then baru mereka nak tengok bola?

Kalau selama ini beliau banyak berhabis keringat, duit dan idea untuk membangunkan bolasepak Kelantan, apa salahnya pada saat mencipta detik bersejarah ini, beliau diberi peluang bersama-sama pasukan merasai kegembiraan itu? (Menang kalah belakang kira). FAM perlu lebih relevan dalam soal ini. 

Kalau KAFA menerusi kuota tiket percuma yang diberi FAM, menjemput TSAM untuk hadir sebagai VIP (bukan atas kapasiti TIM PRESIDEN FAM/PRESIDEN KAFA) menyaksikan perlawanan itu, adakah beliau tidak boleh berbuat demikian? Kalau DEJA MOSS (artis yang juga menantu Datuk Azuddin), NORYN AZIZ, ELLA (artis) pun boleh duduk sekali dengan Tengku Abdullah menerusi tiket/pass percuma menonton perlawanan bolasepak mahupun hoki, inikan pula seorang yang jasanya cukup banyak dalam arena bolasepak? Hebat!!

Apakah rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak sudah kehilangan hak mereka untuk menyokong secara bebas pasukan kegemaran mereka? Kalau situasi ini berlanjutan, tidak mustahil kredibiliti dan identiti FAM selaku badan induk bolasepak tanah air akan semakin terhakis (sekarang dah sedia terhakis). Komen atau pendapat anda dialu-alukan, sesiapa yang nak menyuarakan pendapat, dipersilakan, tetapi dengan nada yang berhemah. Sebarang komen berunsur maki hamun, hina menghina, mempunyai sentiment politik akan diremove.

CC : Datuk Taufek Razak (JK Disiplin FAM), Datuk Subahan (JK Media/Naib Presiden), Datuk Hamidin (JKPT FAM), Datuk Affandi Hamzah (Naib Presiden/Pemangku Presiden KAFA). 

21 comments:

Anonymous said...

saudara aiman..gua nak tanya lu..sejak bila pula FAM ni punya identiti???setahu gua,identiti FAM hanya setakat logo harimau kuning tuu je...hahahhaha...jawab2

TRW Supporter said...

Jangan kita lupa TSAM juga salah sorg penaja Kelantan "Al-Hamra". Apakah beliau juga hilang hak @ kapasiti beliau sbg wakil penaja. Dan jgn lupa juga beliau merasmikan jualan tiket atas jemputan peminat kelab yg tiada lansung kaitan dgn FAM atau ahli gabungan FAM. Jangan kerana dengki Exco dan kepimpinan FAM jadi bangan abadi.

Anonymous said...

ape motif fam wat mcm tu??kenapa perlu dihalang hak TSAM slps p'ggntungan beliau???sy cukup2 xsetuju dgn tindakan badan induk...kalau bkn kerana TSAM,bola sepak negara xakan maju seperti skrg..bagi sy..da tiba msenya utk FAM b'ubah wajah..jgn kerana demi kepentingan diri sendiri,masa dpn bola sepak dipertaruhkan..dh banyak sngt cerita busuk tntg FAM kblkgn nie..knpe FAM xambik port bnda nie sume??tindakan2 yg FAM lakukan menunjukkan betapa tidak matangnya pemikiran org2 FAM..spnjg hidup sy xpenah pn t'bce tntg s'sorg dihalang dr menonton bola sepak hnya disebabkan mengeluarkan kenyataan..bola sepak luar negara pn xde mcmnie..sngt2 teruk pengurusannya..1 lg yg sy nk komen..ape motif artis2 tu dpt free seat sdngkan rmai lagi peminat bola sepak yg kt luar tu berebut2 nak dptkan tiket??ape advantage yg bola sepak dpt dgn bg free seat???diorg xmenyumbangkn pape pn..dntg atas dasar tiket free lps dpt tmpt yg special..baik bagi dkt peminat bola sepak..krn pembeli2 tiket niela,bola sepak negara kita semakin ke hadapan..banyak lagi yg sy nk komen tapi cukupla..TOLONGLA FAM..jaga kepentingan negara bkn kepentingan diri sendiri..

Anonymous said...

Tq Bro sb cc gang2 FAM. I m lost for words for their STUPIDITY.. thinking & behaviour.

Anonymous said...

udin & idin. pakat boo blako bilo sek2 tu masuk stadium pahni..

NoGhaddar said...

Malas nak comment apa-apa, cuma nak kata.

Presiden FAM. Sila Letak Jawatan!

mdfaizal said...

bro, apsal tak cc sekali dkat Presiden FAM? ooo dia takde emel ek.. haha

Unknown said...

FAM cukup2 teruk skrg ni...mmg dengki...

Anonymous said...

bro, tsam kena surat pertuduhan. timbalan presiden sarawak dapat surat tunjuk sebab. kenapa double standard?

Amirul said...

saya juga tertanya-tanya bagaimana FAS boleh diringankan hukuman kerana kalau tak salah hukuman yang dikenakan juga tidak boleh rayu kata JK Disiplin. Begitu juga Timbalan Presiden FAS bukan ke dia dituduh dan djatuhkan hukuman mengikut statut 88 FAm mengeluarkan kenyataan kepada media. Penyokong makin celik dan faham undang2 FAM jangan ingat jadi bodo

Anonymous said...

FAM!! Tolong la jgn BERHATI BUSUK sgt.

Anonymous said...

Cara FAM di takbir skrg ni nmpk sgt byk yg x betul...salah satu isunye adalah hukuman trhadap TSAM...fam mnegaskan hanya presiden dan su agong shj yg di benarkan mmbuat kenyataan d media...lalu apabila TSAM (selaku timb prsdn)mmberikan pndangan beliau tahap prstasi skuad hairmau malaya terus beliau d jatuhkan hukuman prgantungan tnpa mmberi pluang utk mmbela diri...akn tetapi apabila tengku abdullah (selaku timb prsidn 1)mmbuat kenyataan media pula hnya diberi AMARAN SAHAJA...dan yg paling ketara ketidak adilan jawatan kuasa disiplin baru2 ni adalah isu yg mana prsatuan bolasepak sarawak bakal trlepas hukuman beraksi tnpa penonton kerana memukul petugas dan menyerang pengadil..yg mana sblum ini ianya juga kesalahan yg tidak blh d buat rayuan sama sperti TSAM...jika di pikir secara waras...adakah kesalahan mmberi pndangan utk mmbangunkan bola pesak malaysia jauh lebih serius daripada merusuh, memukul dan meyerang pengadil?...tepuk dada tanya selera

Anonymous said...

aklu xpuas ati btol la ngan taufik ni..kes larangan ke ats penonton srwk ditarik balik..aritu kta 4game tanpa pnonton.nk wat hukuman pn acuh x acuh..fam ni pikir untung jualan tket je..mmg bagsat la ini babi

Anonymous said...

JK DB... bawakan Tengku Abdullah Timbalan Presiden FAM ke muka pengadilan, jangan nanti rakyat akan kata Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja di Sanggah

Dunia Baru said...

Bro Aiman :

CC : Datuk Taufek Razak (JK Disiplin FAM), Datuk Subahan (JK Media/Naib Presiden), Datuk Hamidin (JKPT FAM), Datuk Affandi Hamzah (Naib Presiden/Pemangku Presiden KAFA).

tak lengkap senarai ni...Sila cc ke presiden FAm & Setiausaha agong sekali,....& semua media tempatan..

Anonymous said...

Bro,

Please bagi detail pasal Pengerusi JK Tatatertib, Taufik. Di tu dulu bekas cikgu disiplin Sek Henry Gurney ke apa?

Double standard is biasa kat FAM. Kelantan is under PAS, so kena kejam sikit kat KAFA. Sarawak kaya, so kena baik2 sikit. Nanti Presiden FAM dpt konsensi balak kt Sarawak.

And please bagi kat media apa Do's & don'ts untuk TSAM. So, sapa yg nak berurusan dgn TSAM. Sbb saya nak invite TSAM bg hadiah untuk pertandingn bola x-box antar sekolah2 nanti. Nnti tak pasal2, say kena ban tgk bola kat stadium pulak sbb jemput TSAM.

Thanks

Azremie said...

Hmmmmmmmmm.. mengikut kiraan mudah2.. seolah2 ada agenda untuk mentalkin kewujudan TSAM dlm dunia bolasepak NEGARA... Lontar batu sembunyi tangan.. sok sek sok sek.. ngumpat... bacul sungguh yg berada dlm FAM.. samada yg berhati busuk.. samada yg tak berani buat apa2.. samada yg manis mulut buntut masam.. Perlukan Penyokong/penonton/peminat naikkan BANNER2 mengutuk atau menempelak FAM dgn tindakan2 yg tak wajar dan double standak... Perlukan kita mengambil langkah dgn lebih dramatik sehingga membawa pada pengharaman FAM... Utk anda semua kat FAM anda pasti ada jawapan.....

Anonymous said...

Kita join liga thai lg ok lagu nih. Keluar dr liga M musim depan. Sedekah kat team anak emas pahang ke liga superman nih..

Anonymous said...

Undurlah Tuan Presiden, nak bersihkan secara terhormat, jadi penaung pun kira ok, biarkan rakyat jelata yang arif uruskan, Tuanku pun tak rugi, rakyat pun tak kutuk @ meluat dan menyumpah, sebaliknya menghormati Tuanku dan lebih-lebih lagi , jawatan penaung tu seumur hidup Tuanku dan boleh diwarisi kepada anak Tuanku. Patik kesian lihat Tuanku diusia emas begini menjadi kutukan rakyat jelata, Tuanku tidak rugi dan perhormatan rakyat kembali semula.

zaza said...

Nape FAM ni dgki sgt ngn TSAM, saja nak alih tumpuan perlwnan piala FA,nk provoke supaya penyokong mengamuk dpt lg duit dnda KAFA,klu btul knape dh dkt final br nk bg amaran la, ugut la....ntah ape2 prangai si juddin, topek n the gang nih!!!!

Pak Long said...

TSAM diinaya...
kecekapan pengurusan dan pentadbiran KAFA
di bawah TSAM dilihat boleh menggugat kedudukan individu tertentu dlm FAM..,
selain isu rasuah yg tak pernah habis..
FAM juga tidak terkecuali mempolitikkan situasi tertentu..