Tuesday, May 15, 2012

FAM Dengar Keluhan Peminat : Hamidin


Keluhan peminat bolasepak Kelantan yang mahukan kemudahan setimpal dengan harga tiket final Piala FA, mendapat perhatian Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Pengerusinya, Datuk Hamidin Amin berkata pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil sedang giat mempersiapkan stadium itu yang sepatutnya ditutup untuk kerja baikpulih, dan kerja penyelenggaraan dijangka siap menjelang aksi final antara Kelantan dan Sime Darby, Sabtu depan.

“Seperti mana final-final yang sebelumnya, perlawanan ini walaupun membabitkan antara negeri dan kelab, kita tidak memandang enteng soal kemudahan dan keselamatan, malah pertingkat lagi. Dalam mesyuarat kita ada bincang idea yang dibawa kelab penyokong Kelantan, dan kita akan pastikan keselamatan, kemudahan tempat solat, tandas diperbaiki. Pengurusan stadium memberi jaminan semua akan selesai sebelum sabtu, kerja sedang diat dijalankan.

“tentang keselamatan, juga seperti tahun sudah, bermula sehari sebelum perlawanan, start daripada tiket dijual di SNBJ pada Jumaat,  hinggalah tamat perlawanan. No compromise. KPI kita sama..”.

Hamidin ditemui media selepas melakukan tinjauan dan pemantauan  di SNBJ tengah hari tadi, dan beliau yakin pengurusan stadium akan mengambil langkah wajar untuk menjaga kualiti padang yang kelihatan agak SUGUL menjelang sepak mula nanti.

Mengenai tiket perlawanan, Hamidin berkata sebanyak 30 ribu tiket diperuntukkan untuk kedua-dua pasukan, dengan Kelantan sudahpun memohon tambahan tiket sebanyak 10 ribu keping, dan beliau menegaskan tiket tidak akan dijual melebihi kapasiti stadium.

Hari tu Aziman, hari ni bagi Dayne n Ajitpal pulak. 
“Peruntukkan asal 30-30, nak lebih boleh pohon, kita luluskan ikut prosedur. Kelantan dah mohon tambahan. Kita jangka penyokong Kelantan ramai, saya tak nafikan. Sime Darby maksima pun 20 ribu jer saya rasa, tapi kita nak beri peluang kepada semua penyokong.

“Di stadium Nasional akan start jual pada Jumaat 10 pagi – 7 petang. Sekurang-kurangnya 10 ribu tiket akan dijual di sini, untuk beri peluang penyokong dari Lembah Kelang, kita jual ikut piawaian dan liabiliti, maksimum yang dibenarkan..”.

Secara peribadi, Hamidin berpendapat Kelantan tidak akan berdepan masalah besar untuk menjulang trofi Piala FA buat kali pertama, selepas kempunan pada 2 percubaan sebelumnya.

3 comments:

Anonymous said...

brader midin ni baru tau ke yg pykg kelantan ni punyai idea yg bernas2....kejayaan trw sejak beberapa musim lepas juga banyak dibantu oleh idea2 pykg trw sendiri yg selalu memberi pendarat terus kpd TSAM, lu tau?lu tau? lu tau??? lu x tau maaa...!!!moralnya pihak pengurusan persatuan mesti lebih banyak berkomunikasi dgn para pykg,bukannya membuat sebarang keputusan secara kuku besi....wake up laa midin n FAM..*sopy dmelo*

Amirul said...

Thank Q bro tolong follow-up dengan midin. Penyokong pun profesional seiring dengan TRW

Anonymous said...

Bila tiket dibahagi sama rata.. peruntukan utk kelantan bagai pisang goreng... peruntukan utk Sime Darby dah tentu penyokong2 kelantan dilembah klang yg membelinya... dgn kiraan mudah penyokong kelantan berlipat2 ganda sendangkan pembahagian kawasan penyokong antara 2 pasukan adalah sama... bukankan ini menyebabkan lebihan penonton dikawasan kelantan sehingga bersesak2... JKT pertandingan perlu mengambil kira.. benda2 asas mcm ni...( sudah beberapa kali menonton game kat tangga.. coz.. limpahan penyokong...)