“Kesakitan ini apalah sangat jika dibandingkan dengan
kegembiraan ratusan ribu penyokong yang datang jauh untuk menyokong kami,
kemeriahan yang menakjubkan. kemenangan ini untuk semua peminat TRW, ia tak
mungkin hadir tanpa sokongan mereka.
“masa injured tu saya tak terfikir pun nak keluar, atau akan
digantikan, bagi saya ia cuma kecederaan kecil. semangat saya masih kuat dan
saya fikir mahu teruskan permainan selepas mendapat rawatan, tetapi fisio dah
memberi isyarat kepada coach Bojan agar pertukaran dibuat,”
Demikian reaksi S.Subramaniam, pertahanan tengah Kelantan
yang menerima 4 jahitan di bahagian kening kiri gara-gara disiku ayam tambatan
Sime Darby, Patrick Ronaldinho.
Namun yang membanggakan dalam situasi darah masih mengalir,
dia tetap berupaya melangkah keluar padang dengan gah untuk berjabat tangan
dengan Rizal Fahmi dan menuju ke bilik persalinan.
Jelas, Subra berada di kelasnya tersendiri, membuktikan
mengapa dia layak dilabel antara pertahanan terbaik negara, malah menjadi idola
kebanyakan pemain muda termasuklah pertahanan kebangsaan meningkat naik,
Amiridzwan Taj yang turut menyampaikan simpati + tahniah kepada Subra melalui
laman Facebooknya.
Meskipun hanya beraksi 33 minit, Subra berjaya ‘mengikat’
Ronaldinho dan memastikan pemain dari Liberia itu sekadar menyentuh bola secara
minimal, sekaligus menyaksikan Khairul Fahmi hanya sesekali diuji.
Apapun, pujian buat semua pemain benteng terakhir, yang
turut menunjukkan komitmen penuh – Daudsu Jamaludin, Obinna Nwaneri, Rizal
Fahmi, Zairul Fitri, Farisham Ismail serta Khairul Fahmi, di dalam memastikan
Piala FA singgah pertama kali ke bumi Kelantan – meskipun final kali ini layak
dianggap tiada kualiti final ekoran aksi hambar yang ditunjukkan.
“saya tidak setuju jika anda kata Ronaldinho tidak bermain dengan
baik, sebaliknya pemain pertahanan saya telah menjalankan tugas dengan
berkesan, bermain dengan baik, untuk mengawalnya. Ronaldinho tiada idea
bagaimana untuk melepasi kawalan pertahanan, dan mencari ruang. Itu bezanya
antara pemain terbaik saya dan pemain terbaik Sime Darby..” – Bojan Hodak.
3 comments:
Memang btul jawapan Bojan, benteng pertahanan klate bertindak ngan cemerlang dapat merantai Patrick Ronaldinho, bukannya dia tidak bermain dengan baik. Itulah kualiti yg kita ada berbanding dgn Sime Darby. Krn itulah juga dlm liga super team klate merupakan team yg paling sedikit bolos. Wlaupn game krg menarik tetapi ape yg pasti Klate adalah JUARA PALA FA 2012!!!! Kemenangan melalui penalti tidak ada salahnya kerana klate berhak mendapat penalti tersebut. Apepn thniah TRW!!!!
jangan lupa subra juga smpat bisik tips penting kepada rizal.
NASIB BAIK XLEH NK LIKE KOMEN2 KORANG..KLU DOK GAK..KAWE LIKE BLAKO HOK MANO ADO..HAHAHAHA....TRW TTP YG TERBAIK...
Post a Comment