Monday, August 8, 2011

Yunus Sasar Semi, Pertaruh Gandingan Indra-Farhan


Jurulatih T-Team, Yunus Aliff yakin pengalaman luas dua bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahyuddin dan Norfarhan Muhammad, serta kehadiran penjaring terbanyak Liga Premier, Fitri Omar dapat membantu pasukannya mencapai sasaran layak ke semi final Piala Malaysia tahun ini.

Indra, penjaring terbanyak T-Team musim ini, adalah ketua pasukan yang membimbing Kelantan mencipta sejarah muncul juara buat kali pertama musim lalu, yang mana gandingan sensasinya bersama Norfarhan seorang lagi tonggak The Red Warriors musim lalu, berjaya membawa Kelantan beraksi di tiga aksi final (2 Piala Malaysia, 1 Piala FA) dalam tempoh 2 tahun.

Justeru bagi Yunus, dia tidak mahu sasaran ke semi, sekadar angan Mat Jenin, sebaliknya berteraskan keyakinan gandingan ini akan sekali lagi menyengat, seterusnya membuktikan T-Team mempunyai ramuan yang diperlukan untuk muncul antara 4 pasukan terbaik saingan bolasepak tertua tanah air itu musim ini, di sebalik prestasi ala-kadar dalam saingan liga yang mana mereka sekadar menduduki tangga kelapan.  

“kita tengok saingan setiap kumpulan nampak seimbang, tiada pasukan ada advantage atau disadvantage. Kita pernah jumpa Selangor, menang dua-dua game, minta2 dapat pertahan lah rekod tu. pernah jumpa KL, manakala PDRM tak diketahui kekuatan, so bagi saya kelemahan dan kekuatan lawan tu kita dah tahu..”.

“dengan kekuatan yang kita ada ni, sasaran minima kita separuh akhir. kita ada full skuad, cuma Syamsuri (Mustafa) jer yang tersisih, dia baru lepas operate lutut, tapi kita dapatkan Jibrail (Pos Malaysia), kita juga ada Fitri, saya yakin dia boleh berganding cemerlang dengan Indra di barisan depan, pengalaman Indra dan Norfarhan bersama Kelantan tahun lepas akan berguna buat kita..”. – Yunus Aliff.

Selain Fitri dan Jibrail, T-Team juga berjaya mendapatkan pemain sayap ‘idaman’ ramai, Faiz Subri dari Perlis. Andai dapat merealisasikan sasaran ke semi final, maka lawan yang dijangka menanti pasukan itu sebagai halangan terakhir merebut tiket ke final, adalah juara bertahan, Kelantan, pasukan  yang 2 kali ditewaskan mereka dalam saingan liga musim ini.

Manakala rekod berdepan pencabar dalam Kumpulan D, T-Team menang kedua-dua aksi menentang Selangor (2-0, 2-1) dalam saingan Liga Super manakala tewas kedua-dua aksi menentang Kuala Lumpur (1-3, 2-3). 

Tahun lalu, laluan T-Team tersekat di peringkat kumpulan, apabila menduduki tempat ketiga Kumpulan D, di belakang Selangor dan Perlis.

11 comments:

Anonymous said...

suku akhir xlepas..

bukares said...

giant killer..kelantan selangor jupo t team sakit la haha

player said...

tak rakk mamat nih..ari tu lagi kata target liga super 3 terbaik, 3piala la..pah ralik2 terakkkk liga super..bare nak segar anging mat said jah tu..kalu tak lps msia cup ni mu tahu la nasib mu mat yunuh..aku pong boring doh maing dengan t ting ni,coach tak smart langsung..training method pun style 80an...

Dunia Baru said...

hahhaha..player meluah perasaan dohhhhh..hehehe

Anonymous said...

guano player napok bekeng jah tuh,hahaha gaji tok byar ko,ko keno jd simpanan smpai tuo,pahni kalu dia panggl training toksoh duk g lah,wat sakit urat jah,baik duk tngok tv dumoh,huhuhu

ibun_jogho said...

Sasar ke sasau...?

Yunus bgitu optimis.

Sepak mula blm bmula, xleh nk komen byk. Kadang2 ada pasulan yg lembik dlm MSL tp bangkit dlm Liga Piala Malaysia (LPM). Ada pasukan bangkit dlm MSL tp bengkot dlm LPM.

Sama2lah nantikan sape yg bangkit, sape yg bengkot, sape yg sasar, sape yg sasau..

Wok Yoh said...

kahkah, bunyi budu wei...sek klate mane yg menyamar jadi player tu? kahkahkah10x

nak menyamar pun, belajar dulu cara nak tulis dialek Terengganu..kahkahkah10x

khairul said...

dok duk gege lh kelate...kne malu ngan tteam 2kali..tmpt sendiri pulok tu...dok diam sdh...tteam pn xdok dok kte ke kelantan...ning sibuk dok cre..sasaran dia ikot dia lh...molek klu jupe kelntan suku akhir ke...kenaling la...

Anonymous said...

bodo pasal bola pun duk baloh tengok sudoh la mene gak suko kaloh gak try lagi , tak dok gapo pun mugo bendo hok tok tanyo dale kubur....

Anonymous said...

brexmox mung yunuh! Cakap dap ngat nakang lekung lengkeng main per natam,player reject lakeseme doh mung sambar agy dop rok cetong ar gitu.. Wat malu muke awok ganu iter jah baik set2 abg ganu tulen peteh ganu peteh! tam,player reject lakeseme doh mung sambar agy dop rok cetong ar gitu.. Wat malu muke awok ganu iter jah baik set2 abg ganu tulen peteh ganu peteh!

Anonymous said...

mung letok jawatang lar junuh.. . Player dap2 lake tp taktikal dop rok main per adop tir ate.. Coach bodortp taktikal dop rok main per adop tir ate.. Coach bodor