Tuesday, August 23, 2011

Dilabel Biadap, Timbulkan Kemarahan Devan


Tempoh hari Jurulatih Selangor, K.Devan mengatakan dia tidak peduli akan rekod pertemuan atau lebih tepat statistik 11 pertemuan lalu menentang musuh ketat, Kelantan, serta berpendapat ianya bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan. (baca sini)

Namun dalam diam, rupanya Devan ‘TIDAK LENA TIDUR’ sejak diajukan soalan itu oleh Suara Sukan, apatah lagi reaksi amarahnya menjawab soalan itu selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Kelantan minggu lalu dilabel BIADAP oleh sebuah stesen TV tempatan.

Tidak berpuas hati dengan statistic dipaparkan Suara Sukan tempoh hari, Devan menemui penulis sebentar tadi pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bolasepak Selangor, dan menegaskan Selangor HANYA gagal menewaskan Kelantan 9 kali berturut-turut, bukan 11 kali, dan sekali lagi berpendapat ianya fakta tidak tepat dan sengaja mahu merendahkan kewibawaan Selangor berbanding lawan dari Pantai Timur itu.

“saya dengar Aiman kutuk saya dekat blog, kata saya macam2. sekarang saya nak tanya awak, kalau awak pemberita datang tanya saya dengan fakta salah, saya sebagai coach adalah orang paling sesuai untuk perbetulkan fakta itu, saya ada senaraikan statistic, u nak tengok saya boleh tunjuk, again, kita bukan gagal 11 kali, hanya 9 kali, saya tak boleh terima u cakap 11 perlawanan, seolah-olah u nak cakap Selangor ni memang tak mampu nak tewaskan Kelantan..”.

“saya sekali lagi nak tanya u macam mana u dapat statistic 11 perlawanan? Tahun ni 4 kali kita kalah 3 seri 1, 4 kali tahun lalu seri 3, kalah 1, campur frenly baru 9, 2009 kita last menang FA Cup, memang game tu seri 90 minit, tapi keputusannya kita menang, menang tetap menang la penalti pun. so statistic u patutnya kira selepas game tu..”. – K.Devan.

Kesungguhan Devan mempertahankan reputasi Selangor dengan membuat HOMEWORK tentang rekod pertemuan menentang Kelantan – sesuatu yang disifatkannya tidak menjamin keputusan di masa hadapan, memberi gambaran jelas betapa Devan sebenarnya terganggu dengan kegagalan pasukannya menewaskan Kelantan untuk tempoh 2 tahun (11 perlawanan mengikut statistik 90 minit permainan, atau 9 perlawanan mengikut perkiraan Devan).

Dan berpunca daripada reaksinya menjawab soalan itu Rabu lalu (17 Ogos), mendorong sebuah stesen televisyen swasta, melabelnya BIADAP, yang mana menimbulkan kemarahan Devan yang berpendapat laporan itu sama sekali menjatuhkan air mukanya sebagai Ketua Jurulatih yang dihormati.

“pernah tak saya marah wartawan sebelum ini? tak pernah kan? saya cuma perbetulkan fakta u hari tu, mungkin reaksi saya marah, tapi saya hanya mahu perbetulkan fakta u. itu tak bermakna saya BIADAP. Sampai ada yang call tanya saya apa saya buat hingga laporan berita kata saya BIADAP.  kalau ikutkan saya boleh saman stesen TV tu.  kita sama-sama tolong la, u as wartawan nak berita, tapi tak perlulah sampai burukkan dan jatuhkan imej oranglain..”.

Kepada Devan, sebenarnya perihal berkaitan statistik tidak perlu diperbesarkan dan dijadikan isu, apatah lagi anda sendiri mengatakan ianya tidak membawa apa-apa makna, manakala tentang dilabel BIADAP, SS tiada kena mengena dengan laporan berita tersebut, jangan SS pula yang terkena tempiasnya.

Apapun, professionalisme Devan tetap harus dipuji apatah lagi dia masih mahu bergurau dan melawak dengan penulis dan beberapa rakan pemberita lain, di sebalik laporan negatif mengenainya - tidak seperti jurulatih skuad kebangsaan.

23 comments:

Amir said...

last ayat tu yang terbaik bro Aiman!!!

mdfaizal said...

haha. sempat jugak perli coach raja.

Anonymous said...

blah la wei..kau yg cucuk pasal statistik.. Pastu nak tulis pasal ko plak yg xsalah.. Come on laa blogger oii..

Anonymous said...

anonymous 12:51am : lu apsal bro? nek angin kerrr??? hahaha...kamonlaaa..mesti anak slangor nih...wuahhahahahaha

Anonymous said...

toksoh duk kiro la aiman gapo ore nk goyak,time buleh blasoh kito blasoh parok sikt,tok kiro la dia sapo pn,

Anonymous said...

untuk berita hangat masuk blog ni kahkahkahdevan.blogspot.com

ibun_jogho said...

Aish... Tiba2 rasa kesian plak kat couch Devan. Hihihi...

Laporan terbaik bro.

Tp ada jg yg x suka laporan SS krn dikatakan bersifat kenegerian Kelantan.

Apa2 pun, msh ramai lg yg menyokong SS.

Gomo SS gomo..

despyan said...

lu pon aiman,ada apa la pada rekod.tgk2 jumpa selangor next game,kita kalah..haa,hambik..wa pom org kelantan,tp tgk pada ayat 'gagal tewaskan kelantan' utk tempoh masa yg lama,cm bangga sgt la plak..dulu time kelantan kena ayam ngn selangor,xdo plok gegey pok2 yo ngn statistik...huhu

Fitri Monsor said...

OK kalau berdasarkan fakta dan stattistik.Ok kalau nak update apa yg berlaku dalam media massa.Tapi kalau dah berulang kali kau cakap benda sama.Pasal statistik,rekod.Orang muak.Ayat ko bangga semacam.Berat sebelah.Blogger apa macam 2?Agak2 kalau tiba2 Kelantan jatuh apa reaksi ko?Ada masa nak gelak2 bangga or kerek?Aku rasa ko pun kecewa.Kalau ye pun kononnya nak jadi blogger bagus.Isi biar neutral.Baru orang sedap nak baca.Bukan dalam hati ada amarah.

Pengunjung Tegar said...

to anon 12:51, betul la apa bro aiman cakap. benda pasal statistik tak perlu diperbesarkan, benda kecik. memangla dia yg cucuk pasal statistik, pastu devan dah jawab cukuplah, dah tanya and dah jawab, so dah setel. yg devan marah org panggil dia biadap apa kena mengena ngn dia, lu nak emo pun pikirlah dulu brader...

dia repeat benda sama, dah devan cakap kat dia benda sama tapi dalam versi lain pulak, to bro aiman, teruskan menulis org macam ni tak faham etika kewartawanan. tak ramai yg jadi blogger di datangnya dari kalangan wartawan. thats why i respek u bro. ramai kat luar tu pandai mengata jer, jadi blogger tapi isi kandungan blog curi orang lain punya ayat. and kepada pengutuk-pengutuk yg suka mengutuk kata SS ni kenegrian, better korang baca dulu entry2 terdahulu. Kelantan pun tidak pernah terlepas dari kena kutuk, so di mana unsur kenegerian tu ?

Pengunjung Tegar said...

bro fitri ni baru baca kot blog SS, kesian. sebelum kata blog ni berunsur kenegerian, baca dulu entry2 terdahulu. baru baca 1,2 entry jer kot. SS pernah UP pasal bola Kedah, Perlis, Terengganu dan Perak sebelum ini, dan masa kelantan jatuh, tetap memberi laporan neutral ttg kejatuhan, tak macam blog bola kelantan yg lain yg pandai tulis pasal benda bagus jer. so, di mana anda nampak unsur kenegerian tu? ttg laporan bolasepak kebangsaan? yg tu semua pun cakap benda sama, even RizalHashim pun cakap benda sama dalam blog dia, so kat mana kenegerian tu? mungkin anda penyokong fanatik selangor so takleh trima selangor dikutuk. atau takleh trima hakikat selangor gagal tewaskan kelantan 9@11 kali?

saya yakin kalau kelantan kalah nanti dalam Piala Malaysia kepada Selangor, bro Aiman tetap akan hadir dgn laporan neutral, bukannya mempertahankan Kelantan, dia pasti akan tulis benda bagus pasal Selangor, betul tak bro?

so, kepada yg melabel ini blog kenegerian, saja nak jatuhkan team2 lain, nasihat saya baca dulu entry terdahulu ;)

Anonymous said...

tgu entry dari aiman kalau team kelantan kalah dengan selangor..

Sapi Dapat Nama said...

Fitri Mansor, awak ni baru lagi kot kat sini. sebelum ni Karathu (jurulatih kelantan) pernah kena hentam di blog ini, bukan Devan, atau Rajagombal, atau individu tertentu sahaja, aku suka baca blog ni sebab dia neutral. aku setuju 100% dgn pndapat pengunjung tegar hahaha. aku rasa mr cesc Aiman ni bukan tulis dgn prasaan marah kot, kalau marah confirm dia bantai cow2, watper dia nak puji lagi k.Devan?? fikir lah wei.

aku tahu stesen TV tu Astro AWANI. dia cakap devan biadap jawap soalan wartawan. itu salah AWANI la, nak sensasi tanggung sendiri. hahaha, Cesc Aiman takyah risau la, bukan kamu yg cakap dia biadap, yg cakap biadap org lain. bro kena sabar banyak, ramai org ambik kesempatan ni nak kutuk and jatuhkan moral u bro..walhal apa u cakap tu dah betul. bila u tulis benda bagus pasal Selangor and team2 lain takde pun nak komen kan? itulah dunia hehehehe

p/s : kadang2 yg mengutuk ni adalah dari kalangan blogger sendiri, biasalah bro masing2 nak hidup, tgk blog SS dapat sambutan, hit tinggi, diorang punya 'tak laku', mulalah cari poin nak jatuhkan kita, yerla diorang punya blog takde isi, asyik cilok orglain punya writeup..

Alexis Aiman said...

i'm neutral, tak perlu nak pertikai. takde unsur BIAS, or unsur kenegerian. tiba masa adalah nanti story2 yg anda semua harapkan. even sebelum ni sudah pernah ada cerita ttg kejatuhan kelantan, so tak perlu saya nak buktikan. tq kepada mereka yg tolong menjawab bg pihak saya, sy hargai anda. yg kutuk pun tq jugak. Selamat Hari Raya kepada anda semua.

Dunia Baru said...

kakkakaka...

lucu pulok sep2 nih.....doh kecoh wat por..

yg mana tk setuju dgn blog ni, sila ke blog lain..yg setuju n tak panas telinga, n nk dpt info masuk la blog ni...

tu pun nk jadi isu ka? ni blog kan personal punya....so nk kenegerian ko, nk BIAS ko....apo ada kes.,...

aku TABIK kt Tan Sri Anuar Musa masa dia di"provok oleh Rizal Hashim dlm rancangan "DENGAN IZIN korok mu"...

masa rizal ajukan soalan psl kenegerian TSAM siap cakap : "ye, saya mengaku saya kenegerian...saya fanatik kelate...byk lg aku dh lupa (lebih kurang mcm ni la dia ckp)" ...dia bangga cakap dia kenegerian....tabik sungguh aku...terkedu rizal hashim...dia nk TSAM melatah kot..sori la....tan sri bukan jenis cepat melatah weh...dia bangga jadi ANOK KELATE..(dr dulu rizal mmg anti kelate...tu yg PASTI)

kawe tetap bui sokongan 100% kt blog SS...sbb apa? sbb info dlm ni..bukan bola sepak jah.,..olahraga dll....

TARBAIKKKKK......!!!

Dunia Baru said...

lupa lak nk komen hok nih :


aku KAgum n puji ayat pemanas line lagu nih sila buat lagi :

"Apapun, professionalisme Devan tetap harus dipuji apatah lagi dia masih mahu bergurau dan melawak dengan penulis dan beberapa rakan pemberita lain, di sebalik laporan negatif mengenainya - tidak seperti jurulatih skuad kebangsaan. "

hahahhaha

pokjik said...

aku x nampak pn bias dalam entry ni...
dah memang statistik mcm tu...xkan Aiman nak ckp lain lak..?
terima jelah kenyataan..
kalu lps ni kelate yg kena ngan selangor ramai lg yg akan kuar ngan stastik masing2.. sbab ramai yg tunggu masa tu...
jadi utk rakyat kelate, org nak ckp bangga ke, sombong ke, riak ke biar lah.. sbab ini la masa kita...

Anonymous said...

klu kenegerian ore mudoh benar pok2 ore lua napok.klu pok2 dio xdok plok kato knegerian..xketik pusat demo pn.hahaa..

Anonymous said...

fitri ni.. Budak kutip bola untuk devan kot? Kalau jarang2 ikuti blog ni baik xpayah nk komen lebih2.. Apa yg bias nya aiman? Bias sb ko terasa krn ko penyokong slangor kan? Wakakaka puikk.!ntuk devan kot? Kalau jarang2 ikuti blog ni baik xpayah nk komen lebih2.. Apa yg bias nya aiman? Bias sb ko terasa krn ko penyokong slangor kan? Wakakaka puikk.!

Nik Zulkhairi said...

aiman ce citer sikit pasal juruletih kebangsaan..

Anonymous said...

kalu nok ikut key,berito tv1,tv3,tv9,sume surat khabar 2 bsifat knegerian.kalu psal kburukan kelate laju je siar kn dlm brita.tpi klu psal kbaikan x pnah pn nk siar kn.cth pyokong kelate smaye dale stadium.xpnah pn siar.kalu keburukn gak smgu duk ule hok tulo lgi.klo ngri laen gak xdok pn wt liputan udoh2.cth n9 bkar dero kelate.xdok pn oyak pyokong n9 x btamadun.kalu pyokong kelate gaduh nga pyokong ngeri laen,perok ko selagor ko,msti napok pykong kelate wt provokasi.

Tokgawa said...

Aiman.. kelate belasah T Team 3-1 semale... aku tengak lpas terawih kat stadium.. kawe kabor ni bab nak pelepah angi dan tkut abe devan tak tahu hehehe..........

Anonymous said...

sy suka dgn sikap penulis..dia sentiasa cool..think positive