Monday, August 15, 2011

MSN Bayar Gaji Harun, Kuartet 4x100 Wanita Berpindah Tangan


Selepas kecoh seketika, isu tunggakan gaji Ketua Jurulatih Olahraga Negara, Harun Rashid boleh dikatakan selesai, apabila majikannya Majlis Sukan Negara, bersetuju menyelesaikan isu berbangkit itu secepat mungkin. 

Cuma untuk berlaku adil, Ketua Pengarah MSN, Dato’ Zolkples Embong dalam sidang media petang tadi berkata jumlah yang akan dibayar bukan sepertimana dituntut Harun iaitu RM32,000, sebaliknya gaji tertunggak dari Januari hingga 23 Mei 2011 (tarikh Harun ‘menghilangkan’ diri ekoran kes anti-doping membabitkan atlet di bawah kendaliannya).

“berkenaan gaji Harun, yang ni untuk satisfy Aiman (blogger Suara Sukan), kita bersetuju untuk bayar gaji Harun, dari Januari hingga 23 Mei iaitu tarikh beliau menghilangkan diri . kita dah minta serahkan geran kepada KOAM untuk setelkan gaji beliau..”. – Dato’ Zolkples Embong.

Selesai memang selesai, tapi rasanya Dato’ Zolkples tidak perlulah menyebut untuk SATISFY Aiman (blogger Suara Sukan) yang sebelum ini ‘menghentam’ dan mempersoalkan profesionalisme beliau kerana isu ini, (baca sini dan sini). 

Pendedahan Suara Sukan sebelum ini, sekadar untuk memperjuangkan hak Harun, bukan hak peribadi dan sudah tentunya apabila isu ini selesai, ia SATISFY semua pihak termasuk media, bukan saya seorang.

Dalam sidang media sama, Zolkples berkata Harun kekal selaku Ketua Jurulatih Olahraga Negara, cuma bezanya kali ini Harun akan memantau perkembangan olahraga secara keseluruhan, bukan lagi spesifik kepada mana-mana atlet.

Ini bermakna kuartet 4x100meter wanita yang memecahkan rekod kebangsaan di Poland tahun lalu akan berpindah tangan kepada Tan Kok Lim, dalam masa sama menyaksikan kombinasi Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah, Norjannah Hafiszah, Yee Ee Ling, dan Nurul Sarah yang berpecah sejak melarikan diri daripada menjalani ujian anti-doping hujung Mei lalu, akan kembali digandingkan selepas lebih dua bulan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KOAM-MSN juga memutus untuk membenarkan KOAM menggunakan Ranau sebagai pusat latihan fasa akhir Sukan Sea Indonesia, manakala beberapa atlet berlatih di luar negara - antaranya atlet veteran, Noraseela Khalid (Afrika Selatan), kuartet 4x100meter, dan beberapa atlet lain yang telah layak, dan berpotensi layak ke temasya dwitahunan itu.

4 comments:

kasimselamat said...

wah... nampaknya Aiman (suara sukan) digeruni oleh org besar2. teruskan memcari maklumat tanpa membodek sesiapa.... imfomasi yang mcm ni sepatutnya kita dapat... tq bro Aiman...

Dunia Baru said...

heheh....

tahniah bro sbb secara tak langsung memperjuangkan nasib org yg teraniaya nih...terbaik la boh...

hehehe....org2 besar ni pun agak gerun dgn suara2 kt internet nih..heheh..tu yg sedap dengar tu....

ni org besar dok borak kt media jek...tunjuk diorg tu jek yg betul..

Anonymous said...

kemah demo aiman.. Pah ko kawe bangga..

Anonymous said...

yes, ni la tugas2 seorg wartawan..tugas utama adalah memberi berita yg tepat & adil kepada smua..dalam pada itu memberi tekanan kepada org2 besar mangkuk cam zHopeless tu...nampak mmg hopeless tu still x puas hati busuk hati dgn head coach.. still nak ckp tiada pelantikan utk head coach..nak selesai kan isu doping pejadah..then serah kuartet 4x100 kepada org lain..xtau ke harun yg naikkan 4x100 meter wanita sampai memecahkan rekod selame 20 thn..even last rekod saja,g.shanti dan 2 lagi ketika itu dibimbing oleh harun.. still nampak zHopeless berdendam dan menjadikan atlit2 kita mangsa politik bodoh dia..busuk hati.. hancusss olahraga dgn ade org macam ni..