Friday, August 5, 2011

Selangor Idam Jumpa Kelantan, Balas Dendam Kekalahan Lalu


Juara bertahan, Kelantan dan juara 32 kali, Selangor tidak akan bertemu dalam saingan peringkat kumpulan, kerana diletakkan dalam satu balang yang sama sebagai dua daripada 4 pasukan pilihan.

Namun Gergasi Merah Kuning tetap mengidamkan pertemuan menentang gergasi Pantai Timur itu dalam laluan mereka untuk setidak-tidaknya merangkul satu piala musim ini – sebagai misi melunas dendam dinafikan empat piala oleh Kelantan dalam tempoh kurang setahun. 

Cabaran Selangor dalam saingan Piala Malaysia musim lalu, disekat KELANTAN di peringkat suku akhir menerusi kekalahan aggregate 0-3, disusuli kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih, juga kepada KELANTAN, tewas 0-2 di Shah Alam, dinafikan Piala FA, tewas kepada KELANTAN di separuh akhir dengan kekalahan besar 2-6, dan terbaru gagal mempertahankan trofi Liga Super buat tahun ketiga berturut-turut, apabila ianya menjadi milik KELANTAN buat kali pertama.

Dinafikan 4 kali dalam tempoh kurang setahun oleh sebuah pasukan sama, pastinya hakikat yang perit untuk ditelan K.Devan, hingga pada satu ketika kredibilitinya hebat dipertikai, namun jurulatih yang membimbing Selangor sejak hujung 2008 menggantikan Dollah Salleh itu berkeyakinan tinggi Piala Malaysia yang sememangnya sinonim dengan Selangor, akan kembali ke bumi Shah Alam tahun ini.

“ya kita memang mahu menamatkan musim ini dengan menjulang Piala, bukan tradisi Selangor untuk menamatkan musim dengan tangan kosong. Lagi manis kalau kita boleh julang piala dengan tewaskan Kelantan dalam laluan kita, kalau final lagi bagus. Saya tak nafikan Kelantan di kemuncak prestasi, tapi mereka bukan kebal, bukannya tak boleh tewas, memang saya yakin dengan persiapan rapi kita, pengurusan pun menyokong persiapan dengan tolong mendapatkan beberapa pemain pinjaman, itu bukti kita serius nak bawa Piala Malaysia balik ke Selangor..”. – K.Devan.

Gagal melepasi kelompok lapan terakhir (suku akhir) sejak 2 tahun lepas, bagi Devan bukanlah suatu yang harus dibimbangkan kerana itu semua cerita lama, dan beliau percaya dengan adanya barisan pemain bintang dan berpengalaman seperti Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar dan Asrarudin Putra Omar, Selangor akan bergelar juara piala berprestij tanah air itu.

Petang ini akan berlangsung undian Piala Malaysia, membabitkan 16 pasukan iaitu Kelantan, Selangor, Kedah, Terengganu, Perak, Johor Fc, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah, Felda Utd, Kuala Lumpur, PKNS Selangor, Polis Diraja Malaysia, Sarawak, Johor dan Sime Darby.

Sepak mula Piala Malaysia, adalah pada 9hb September 2011.

12 comments:

Anonymous said...

kahkahkahkahkah....

Anonymous said...

Aik...belum ape2 lagi dah perang psikologi......uihhhh...hebatnya

Dunia Baru said...

cian k deban..hehe...ngetap bibir tu

Anonymous said...

xda suara..xda suara..haha

Paul Frank said...

kelin ni x abih2 ckp bsr, slngok dah lekat badi dgn kltn asyik kalah je...
lepas ni jd lauk pulak slngok

Bulove said...

nak share deh boh,,

max said...

diharap karathu tidak akan kecek besar jugok. kita akan turun sebagai underdog supo skalo jah. lah bui la sapo sapo nok kecek besar tu.

Anonymous said...

ayat nk sdap ati dr sndri ni.devan rusing kdudukan dio tlur d hujung tnduk.tkut kna tndang tbik.midin v amaran dh klu xleh pialo thn dpn dio kna brambus.haha..

Anonymous said...

sian ke mung devan.. Wakakakah!

bukares said...

padan doh la kelate nk kene amuk ke red giant.. seram nihh

joemut two4 said...

ooo gedebe napok teh devan kcek gtu,lamo khe sainge kumpln pn tok lepas malu peri la,hahaha

Anonymous said...

bg la chance dia ckp...da ta lama hayat dgn RG!!!