Di atas kertas, mereka dijangka bertemu di pentas final Piala Malaysia. Namun, Selangor dan Kelantan bersedia menghidupkan suasana itu lebih awal apabila bertemu dalam aksi pemanas badan menjelang bermulanya saingan Piala Malaysia malam esok, di Stadium Shah Alam.
Kedua-dua pasukan telahpun bertemu 4 kali musim ini dalam saingan Liga Super dan Piala FA, yang mana Kelantan menang 3 daripadanya, dan 1 berkesudahan seri. Untuk rekod, Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Gergasi Merah Kuning dalam 10 pertemuan lalu, iaitu sejak kali terakhir tewas 0-3 pada 28 Februari 2009 di Stadium Shah Alam.
Malah, Kelantan dilabel sebagai pasukan WAJIB ditewaskan anak buah K.Devan yang dinafikan EMPAT KEJUARAAN oleh The Red Warriors dalam tempoh kurang setahun – Piala Malaysia 2010 (Suku Akhir, 0-3), Piala Sumbangsih 2011 (0-2), Piala FA 2011 (Separuh Akhir, 2-6) dan Liga Super 2011 – justeru Devan tidak mahu melihat barisan bimbingannya diaibkan sekali lagi oleh Kelantan di venue sama yang menjadi saksi kekalahan besar 1-5 pada aksi separuh akhir Piala FA, 13 Mei lalu.
“pasukan kita memang wajar bertemu Kelantan, kerana mereka adalah pasukan yang mempunyai kekuatan yang baik, kita tak akan jumpa mereka hingga aksi final, peluang untuk kita mengetahui gaya permainan mereka. secara tidak langsung dapat menguji kekuatan dan kelemahan team kita sekaligus memberi saya ruang meneliti dan membaiki kelemahan, tengok sama ada kombinasi pemain berkesan atau tidak..”.
“..jika mendapat keputusan positif maka moral dan keyakinan pemain akan bertambah baik, lagipun kali terakhir di Shah Alam kita kalah 1-5 kepada Kelantan, so memang kita tak sabar menanti game ini..”. – K.Devan.
Devan juga memberitahu pasukannya akan beraksi tanpa kelibat tiga pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, dan Asrarudin Putra Omar yang direhatkan kerana baru sahaja pulang dari kem skuad kebangsaan, manakala Khairul Anuar Baharom tersisih kerana kecederaan namun menegaskan pemain yang sedia ada mampu mengisi kekosongan ditinggalkan mereka dengan baik.
Tambahnya ini memberi ruang kepada pemain-pemain simpanan untuk membuktikan keupayaan masing-masing dan mereka yang menyerlah berpotensi diturunkan dalam kesebelasan utama.
Sementara bagi jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu, beliau mahu pemainnya turun ke padang dengan mentality sama seperti perlawanan sebelumnya, dan beraksi tanpa tekanan memandangkan ia hanyalah perlawanan persahabatan.
Fokusnya adalah untuk menyediakan pasukan ini untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia justeru berpendapat menang atau kalah pada perlawanan pemanas badan bukanlah sesuatu yang menunjukkan keupayaan sebenar sesebuah pasukan.
12 comments:
tuan aiman....boleh tolong pastikan tak, tiket game persahabatan kelate vs selangor ni rega tiket berapa..? dgr kata rm10..ye ke?
mahal lajok kalu rm10..hehehe.,...
hajat di hati nk turun tgk game nih...
ok, jap ye...
confirm rm5 jer bro DB. selamat menonton hehehe
best2....rm5 jek ek....kira sedekah la ke team selangor n kelate..heheh....terkejut gak dgr rm10...hehe..tq bro...
p/s: kira hebak la team kelate...tiket game persahabatan RM5..masa game Malaysia vs selangor hari tu free jek..heheh..Hebak kelate lg la nih..heheh
bkn masaloh hebat ko x hebat.. ni garo2 fas nk utung la sbb pyokong kelate hok hebat ni.. pyokong mari ramai bulih kutip buit tiket byk..
super la bro aiman .....
FAS / FAM : JENIS LAPA PITIH
24 Ogos / Ramadhan ni pun ada game friendly, lwn T-Team, pko 10 mlm. Kalu dulu tiket 5 riya, loni x tau la tuh.
Setelah 2 kali tewas thn ni kpd T-Team, Kelate masih lg ingin cuba menewaskan T-Team. Fuh.. kali ni mungkin ada perubahan..
kira ok la tu Rm5, masa klate vs K.L friendly itu ari tiket di caj Rm10, trtipu kawe ngn saing kawe mari jauh2 nk tgk, alang2 mari dh tu gak bayar sudohh, ciss...
Salam,
Game lwn KL hri tu sapa yg buat gate collection? Thun lps puak2 kelate.net. Apa kena mengena ngan puak2 tu. Nk tgk friendly ngan HMA tahun lps rm10 sorang. 5 orng buta2 50 rial.
MYI
apa hal kelate.net yg wat kutipan? hmmm...menaguk di tepi pagar?
Post a Comment