Khidmat Ashaari Shamsudin mungkin tidak diperlukan Datuk K.Rajagobal, kehadirannya dalam kem negara hingga sanggup mengetepikan peluang untuk melancong ke London bersama rakan sepasukan lain juga mungkin tidak dihargai, kudratnya tidak sedikitpun dimanfaatkan.
Namun di Terengganu, nama Ashaari tetap menjadi pilihan wajib membarisi kesebelasan utama pada saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri – BUKAN KERANA DIA ANAK EMAS IRFAN BAKTI, sebaliknya berdasarkan prestasi pemain itu sendiri yang terbukti layak diangkat sebagai nadi barisan depan Terengganu.
Ashaari, penjaring terbanyak Liga Super 2010 dengan 19 gol - musim ini lebih bertindak sebagai pemain sayap - berjaya mencipta gandingan hebat bersama penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya serta Abdul Manaf Mamat, di mana kombinasi tiga serangkai ini berjaya mencetak 43 gol, satu rekod yang pastinya sukar diatasi mana-mana gandingan pemain dalam saingan Liga Malaysia.
Rata-rata penyokong Terengganu, pastinya sedar dan mengakui kelebihan Ashaari, yang bukan sahaja dikenali dek kerana kemahiran mengawal bola mengelirukan, tetapi juga hantaran tepat, larian pantas memerangkap pertahanan lawan, selain kebijaksanaannya meloloskan diri ke dalam kotak penalti dan mencipta ruang buat rakan sepasukan.
Malangnya, setiap kelebihan yang disebut tentang pemain kelahiran Marang ini, hanya melayakkannya duduk memanaskan bangku simpanan sepanjang 4 aksi Kelayakan Piala Dunia, di mana Malaysia tersingkir di Pusingan Kedua selepas tewas kepada Singapura, aggregate 4-6.
Manakala Hadi pula yang merangkul Anugerah Kasut Emas Penjaring Terbanyak Liga Super selepas meledak 4 gol pada aksi terakhir menentang Felda United, pastinya mahu membuktikan statusnya selaku penyerang terbaik Liga Malaysia musim ini, bukan hadir secara kebetulan, mahupun kerana nasib, sebaliknya menerusi sentuhan penyudah yang diakui cukup berbisa.
Justeru jika Terengganu berhasrat untuk mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas 10 tahun, maka Irfan Bakti pastinya mengharapkan trio harapannya ini dapat mengekalkan prestasi yang ditunjukkan dalam saingan liga.
Bagi juara Liga Super, Kelantan pula, tidak dinafikan selain keutuhan barisan pertahanan diterajui Farisham Ismail dan S.Subramaniam, pemain yang layak dilabel tonggak pasukan adalah penyerang prolific mereka, Norshahrul Idlan Talaha.
Namun, kekerapan pemain kelahiran Besut itu mengalami kecederaan harmstring sejak kebelakangan ini nyata sedikit sebanyak menimbulkan resah di kalangan peminat The Red Warriors, apatah lagi Kelantan, berbeza dengan Terengganu, tidak mempunyai pilihan penyerang yang banyak mahupun gandingan serangan yang mantap.
foto; kelate.net |
Ramzul Zahini Adnan, Nizad Ayub dan Khalid Jamlus nyata gagal membuktikan mengapa mereka wajar diturunkan di kesebelasan utama, namun dengan usaha untuk memancing beberapa pemain, termasuk penyerang Pahang, Azamudin Akil giat dilakukan, tidak mustahil KAFA dapat mengatasi masalah tersebut menjelang saingan pembuka tirai.
Malah, penyerang Piala Presiden Kelantan, Aris Zaidi juga dilihat sebagai calon berpotensi mengisi satu daripada slot penyerang TRW, namun harapan peminat, mereka tetap mendoakan bintang kesayangan, Norshahrul akan segera kembali pulih dan membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang pertama kali diraih tahun lalu.
14 comments:
""Khidmat Ashaari Shamsudin mungkin tidak diperlukan Datuk K.Rajagobal, kehadirannya dalam kem negara hingga sanggup mengetepikan peluang untuk melancong ke London bersama rakan sepasukan lain juga mungkin tidak dihargai, kudratnya tidak sedikitpun dimanfaatkan."" ------ SEBAK AKU BCA STATEMENT NI BEB.. MMG BETUL.. HAIH..-FESSA
even aku org kelantan aku akui kehebatan penyerang trio tengganu ni. tapi malang rajagopal buta. lebih sayangkan anak emasnya
Hmmmmmmmmmm....kawan2 semua g london meraikn kemenangan ari tu..huhuhu...cian sungguh...
tp mmg kombinasi terengganu mantap giler.....leh tgk table penjaring terbanyak liga super....mmg terbaik gandingan diorg....
patutnye diorg leh berganding dlm skuad kebangsaan..huhu...
nasi dh jadi bubur basi.
Kalu kawe jd ashari kawe xsir doh sarung jersi m'sia, perit kene buat kokre gitu.....
xsabar nk tgk kempen piala malaysia ni....
hekk mung
wey.. oman tak sudi ker nk main ngan hm ?
oman kata buang duit beli tiket kapal terbang jah nk lwn ngan amar,ismail faruki semua tu..hahahha
Mungkin bagi Rajagopal, Fakri tu jauh lebih hebat daripada Ashaari ni walaupun nama Fakri tidak tersenarai langsung dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super. Raja oh Raja.
Sabarlah ya,Ashaari...mungkin ini dugaan buat anda.Ada hikmah disebaliknya.Saya juga hairan kenapa Rajagopal jarang memberi anda peluang untuk beraksi.Adakah beliau dah lupa jasa Ashaari dalam AFF Suzuki Cup.Hmm...maybe Rajagopal masih tidak nampak 'taring' Ashaari sebenarnya.Hanya Allah saje yang tahu.....
raja tu macam org tgh bercinta, kentut pun bau wangi. jangan harap dia nk pandang yg lain.
Sakit hati juga cos lama tak tengok you play Ashaari!!?Well,tiada siapa mampu halang rezeki you untuk you perform ke peringkat lebih tinggi.Disebalik semua itu pasti ada hikmahnya.Percayalah...,I always support you.
Saya harap abang Ashaari dapat tawaran ke kelab Liga Eropah pada suatu hari nanti.(AMIN)Saya mahu abang berhijrah untuk mengembangkan lagi bakat abang.
Aku syorkan ko berhijrahlah Ashaari oi..!Tiada gunanya ko ada dalam skuad kebangsaan skarang ni kalo macam tu lah si RG tu buat kat ko!Slagi dia jadi coach slagi sukarlah ko nak masuk 1st eleven!!Aku bukan apa cuma aku kesian jer kat ko kena permain dengan si RG tu.Aku yakin sangat kalo ko bermain hari tu confirm menang lagipun ko boleh bantu barisan serangan yang tak menjadik tuh.Ko semamangnya sesuai digandingkan dengan Hadi/Safee.Aku yakin diorang perlukan ko,Ashaari.Sabarlah Ashaari oi!?Dugaan...(geram jugak aku rase!).-your fans...
Ada hikmah disebaliknya wahai Ashaari.Sabarlah ye..........(Peminat setia u..).
Post a Comment