Saturday, August 13, 2011

Mara Ke Final, ‘Superb’ Chong Wei Di Landasan Tepat Rangkul Kejuaraan Dunia


Jaguh badminton tanah air, Lee Chong Wei semakin hampir untuk menoktahkan kemarau kejuaraan di Kejohanan Dunia, apabila mara ke final kejohanan itu buat kali pertama selepas 6 kali mencuba sejak 2005,  seterusnya menempah tiket beraksi di FINAL KELAPAN musim ini.

Jika tahun lalu, Lee Chong Wei berada di prestasi menakjubkan, tahun ini jaguh badminton dunia itu nyata berada di KEMUNCAK PRESTASI MENAKJUBKAN itu, dan terlalu ampuh untuk disaingi mana-mana pemain, dan pada aksi separuh akhir sebentar tadi, pemain no.1 dunia itu mempamer perwatakan sang juara dengan membenam cabaran pemain no.6 dunia, juga JUARA BERTAHAN dari China, Chen Jin, 21-13, 21-9 dalam masa 43 minit.

Pencapaian terbaik pemain berasal dari Pulau Pinang itu sebelum ini ialah mara ke separuh akhir (2005), manakala cabarannya tersekat di peringkat suku akhir pada 2006, 2009 dan 2010, manakala pada 2007 dia sekadar mara hingga ke pusingan ketiga. Kejohanan Dunia tidak dipertandingkan pada 2008, kerana memberi laluan kepada Sukan Olimpik Beijing.

Dalam laluannya ke final, Chong Wei menundukkan Thanonsak (Thailand, Pusingan Pertama), Park Sung Hwan (Korea, Pusingan Ketiga), Kevin Cordon (Guatemala, Suku Akhir) – kesemuanya dalam masa tidak sampai 30 minit, dan tanpa tewas walaupun satu SET. Kejayaan ini membuktikan Chong Wei bukan sekadar gah pada status pemain no.1 dunia, tetapi berada di KELAS TERSENDIRI yang pastinya sukar dicapai oleh mana-mana pemain terbaik dunia sekalipun. 

Pada aksi final esok, Chong Wei dijangka berdepan musuh ketatnya, ‘The Super’ Lin Dan yang mempunyai rekod menjuarai kejohanan ini 3 kali pada 2006, 2007 dan 2009 ATAU pemain veteran dari Denmark, Peter Gade Christensen – kemenangan pada aksi final akan menyaksikan Chong Wei merangkul kejuaraan ketujuhnya tahun ini selepas BWF Masters Final, Terbuka Malaysia, All England, Terbuka India, Terbuka Malaysia GP Gold, dan Terbuka Indonesia.

6 comments:

Mohd Ridzuan Razali said...

Lee Chong Wei memang berada dalam kelas beliau tersendiri. Namun, apakah persediaan BAM untuk melahirkan penganti yang setanding dengan Lee Chong Wei. Jika dahulu kita selepas persaraan anak-anak Haji Sidek, kita menunggu berbelas tahun untuk kehadiran jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei. Jangan sampai kita ketandusan pemain berkualiti selepas persaraan Lee Chong Wei

Anonymous said...

final pkul berapa ekk ?

Anonymous said...

kaloh sokmo sebab tu ore tuo2 kata kalu nak belajar biala sampai ke negeri CHINA

Anonymous said...

mugo dio pun cina jgk

Dunia Baru said...

hehhehe....adusss..kempunan lagi kitaaa

Anonymous said...

semua kalah.. bola piala dunia kalah dengan kiuli boroi, badminton dengan lin d pulak.. derita tak sudah. bola universiad pun hancus 3 games.