Wednesday, August 10, 2011

Kelantan Akur Penyerang Tumpul, Tambah Seorang Lagi Pinjaman


Sedar betapa mereka tidak mempunyai penyerang yang memiliki sentuhan tajam di depan gol, selain Norshahrul Idlan Talaha, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan ‘mengimport’ seorang lagi pemain selepas Azamuddin Akil, juga dari Pahang - R.Surendran.

Kelantan nyata terdesak untuk mencari penyerang berkaliber, ekoran kegagalan Ramzul Zahini Adnan, Nizad Ayub, dan Khalid Jamlus mengisi kekosongan ditinggalkan Hairudin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Indra Putra Mahyuddin dengan berkesan, seterusnya gagal membuktikan mereka layak mengambil alih posisi Norshahrul selaku penyerang utama andai pemain itu tersisih.

Untuk rekod, Surendran merupakan bekas pemain kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar pada 2006, dan anggota skuad Perak yang menjuarai Liga Perdana 1 (2003), Piala FA (2004), Piala Sumbangsih (2005 & 2006), selain menjuarai Piala FA (2009), dan Liga Super (2009 & 2010) bersama Selangor.

Musim lalu, penampilannya sedikit terbatas gara-gara kerap dibelenggu kecederaan.

Surendran dijangka melapor diri ke kem latihan TRW hari ini, dan menyertai rakan sepasukan dari Pahang, Azamudin seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih, Datuk M.Karathu apatah lagi barisan serangan Kelantan bakal turut diperkuatkan dengan kehadiran penjaring terbanyak skuad Piala Presiden, Aris Zaidi.

9 comments:

muteeri said...

akan terima nasib sama seperti Khalid Jamlus....

Dunia Baru said...

koho ramai geng2 subra n solehin...

Cesc Aiman said...

...dan juga karathu hahaha

Anonymous said...

Kawe raso baik amik bala konde, sekurang2nyo bala konde ado nostalgia di kalangan peminat..

Azremiey said...

adakah itu percaturan yg berbaloi??? atau mungkin ini adalah sinopsiss utk cerita anak2 muda dlm team presiden yg akan terpinggir....

Dunia Baru said...

suka persoalan yg disuarakan oleh Azremiey...

pendapat : disamping ingin kuatkan team,kena tgk jugak muka2 dr piala presiden anok jati kelate...(ramai kot yg tk setuju..heheh)

joemut two4 said...

buke stakat geng2 subra,solehin n karathu,tp geng2 can two ru skali,hahahaha

Anonymous said...

surendren ni sedak jugok main kalu nk banding dgn striker lain (ijak, ramzul, khalid..)kalu x injured kawe raso dio bulih byk membantu kelate pah ni.. tp kalu injured lg nayo la ko set2 kito..

Anonymous said...

jika matyo,alex dan surendran on form, kelantan patut cuba main triple strikers.. d harap dengan kehadiran 2 player loan dan beberapa player dr skuad presiden, tactical play klntan akn jd lbh kretif dan efisyen. segalanya bergantung pd Dato M Karathu.. muda-mudahan beliau bijak dalam menggunakan peluang dan kesempatan yg ada..

-Salam Ramadhan Al-Mubarak