Juara bertahan, Kelantan dijangka tidak berdepan masalah menempah tiket ke suku akhir - diletakkan bersama Johor FC, Felda United dan naib juara Liga Premier, Sarawak dalam Kumpulan C, tatkala seteru Pantai Timur, Terengganu mungkin berdepan sedikit kesukaran apabila diundi bersama finalis musim lalu juga 'pakar' saingan kalah mati, Negeri Sembilan, serta Juara Liga Premier, PKNS Selangor, dan Sime Darby FC dalam Kumpulan B.
Juara musim 2007 dan 2008, Kedah pula diundi bersama Perak, Sabah dan Johor dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan D menemukan juara 32 kali, Selangor, T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM.
Jika kesemua 4 pasukan pilihan berjaya menepati ramalan muncul juara kumpulan masing-masing, maka saingan sebenar Kelantan adalah di peringkat lapan terakhir, di mana mereka dijangka bertemu sama ada NEGERI SEMBILAN atau PKNS Selangor, manakala KEDAH pula menanti di separuh akhir.
Manakala Terengganu, sekali lagi bakal berentap dengan Selangor, justeru aksi final mungkin menemukan :
i) KELANTAN vs TERENGGANU
ii) KELANTAN vs SELANGOR
iii) KEDAH vs TERENGGANU
iv) KEDAH vs SELANGOR
(Suku Akhir) i) A1 vs D2, ii) B1 vs C2, iii) C1 vs B2, iv) D1 vs A2
(Semi) --> i vs iii, ii vs iv
Juara musim 2007 dan 2008, Kedah pula diundi bersama Perak, Sabah dan Johor dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan D menemukan juara 32 kali, Selangor, T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM.
Kumpulan A | Kumpulan B |
Kedah | Terengganu |
Perak | Negeri Sembilan |
Sabah | PKNS |
Johor | Sime Darby |
Kumpulan C | Kumpulan D |
Kelantan | Selangor |
Johor FC | T-Team |
Felda Utd | Kuala Lumpur |
Sarawak | PDRM |
Jika kesemua 4 pasukan pilihan berjaya menepati ramalan muncul juara kumpulan masing-masing, maka saingan sebenar Kelantan adalah di peringkat lapan terakhir, di mana mereka dijangka bertemu sama ada NEGERI SEMBILAN atau PKNS Selangor, manakala KEDAH pula menanti di separuh akhir.
Manakala Terengganu, sekali lagi bakal berentap dengan Selangor, justeru aksi final mungkin menemukan :
i) KELANTAN vs TERENGGANU
ii) KELANTAN vs SELANGOR
iii) KEDAH vs TERENGGANU
iv) KEDAH vs SELANGOR
(Suku Akhir) i) A1 vs D2, ii) B1 vs C2, iii) C1 vs B2, iv) D1 vs A2
(Semi) --> i vs iii, ii vs iv
5 comments:
kawe harap puok kito jangan memandang mudoh sarawak. Kito tidok melawan sarawak musim ni, dan kito sikit habuk tak tahu kemampuan naib juara liga premier ni.
Mungkin kita pernah membelasah felda, tapi kadang kadang felda mampu memberi saingan sengit ketika terdesak. Kito mungkin kata mudoh terhadap johor fc, felda. Tapi jangan mengambil mudoh. kesimpulan, gomo jak diawal.gkg
FINAL PIALA MALAYSIA 2011
SARAWAK LAWAN T-TEAM
saya teka pasukan impian DR & Sime darby final....
Yang nampak mudah bagi kita cuma pada nama tetapi belum cuba belum tahu...
kawe tetap yakin kelate ke final..hehehehe
Post a Comment