Wednesday, August 3, 2011

FAM Jawab Kenyataan KPBP - Bukan Konspirasi


Susulan kenyataan dikeluarkan Kelab Peminat Bolasepak Perak (KPBP) yang mempertikai tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung lima pemain tonggaknya, termasuk kapten Shahrulnizam Mustapha dan Akmal Rizal baru-baru ini, FAM tampil dengan kenyataan balas, mendakwa segala tindakan yang diambil adalah mengikut peraturan yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang FAM.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan FAM, menyebut tiada pihak yang boleh membuat keputusan tanpa mematuhi lunas peraturan yang sedia ada, justeru FAM tidak mahu insiden ini disalah tafsir mana-mana pihak, dan menyertakan kronologi kes, untuk memberi gambaran sebenar apa yang berlaku sehingga keputusan penggantungan pemain diputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Kronologi :

1)      FAM telah menerima laporan Pengadil pada 21/05/201 mengenai insiden membabitkan pemain-pemain Perak ketika perlawanan Liga Super 2011 antara Perak melawan Sabah. Pemain tersebut ialah Azmeer Yusof, Mohd Syazwan Mohd Roslan, Shahrulnizam Mustafa, Akmal Rizal Rakhli, dan Md Nasril Nourdin.

Setelah diteliti, mereka didapati melakukan 2 kesalahan, iaitu menyerang secara menghampiri dengan agresif iaitu meluru ke arah Kumpulan Pengadil DAN mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan iaitu  kesat, lucah, mencela, mencaci, mengaibkan, menista  kepada Kumpulan Pengadil.

FAM telah menghantar surat Pertuduhan kepada 5 Pemain Perak tersebut, di mana surat pertuduhan telah dikeluarkan pada 23/06/2011 dan difaks kepada PB Perak pada hari yang sama. Surat tersebut telah menyatakan tarikh memberi maklum balas adalah sebelum atau pada jam 12.00 tengahari 30/06/2011 mengikut Perkara 5.1.1 Kod Tatatertib FAM 2010.

2)      Hanya 3 Pemain memberi maklum balas terhadap surat pertuduhan pada 02/07/2011 dengan menghantar Borang B dan minta dibicarakan iaitu Mohd Syazwan Mohd Roslan, Shahrulnizam Mustafa, Azmeer Yusof, manakala 2 pemain lagi tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat pertuduhan iaitu Akmal Rizal Rakhli, dan Mohd Nasril Nourdin.

Pihak sekretariat telah merujuk kepada Kod Tatatertib FAM 2010 Perkara 5.1.2 menyatakan jika tertuduh atau wakil gagal memberi maklum balas maka Jawatankuasa Tatatertib FAM berkuasa menjatuhkan hukuman-hukuman berikut :

i) Ke atas kesalahan asal yang dilakukan oleh Pemain atau Pegawai atau Ahli iaitu seperti surat Pertuduhan, dan,

ii) Kesalahan menghina Jawatankuasa iaitu gagal memberi makluman balas ke atas surat pemakluman Pertuduhan oleh Tertuduh kepada FAM pada tarikh yang ditetapkan.

Akmal, tak jawab pertuduhan
      3)      05/07/2011 : Notis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Kali Kelima Bagi Sesi 2010-2014 telah dikeluarkan menyatakan akan diadakan pada 06/07/2011 jam 2.30 petang. Notis Mesyuarat dikeluarkan adalah mengikut Perkara 5.1.6 (iii, Kod Tatatertib FAM 2010 iaitu selewat-lewatnya 12 jam sebelum tarikh Mesyuarat.

      4)      Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Kali Yang Kelima Bagi Sesi 2010-2014 pada 06/07/2011. SEMUA TERTUDUH TIDAK PERLU DIPANGGIL untuk perbicaraan mengikut Perkara 5.1.2 Kod Tatatertib FAM 2010. Jawatankuasa Tatatertib telah mendapati bahawa semua tertuduh bersalah dan membuat keputusan-keputusan seperti berikut :

i) Bagi Pertuduhan 1, Kesalahan 3.2 Kod Tatatertib FAM 2010, Pesalah-pesalah digantung automatik Empat (4) Perlawanan Liga-M 2011 atau lain-lain Pertandingan setaraf yang dilulus atau diiktiraf oleh FAM di peringkat Kebangsaan, Negeri atau Daerah berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan dan didenda RM2,000.00 setiap seorang.

ii) Bagi Pertuduhan 2, Kesalahan 5.3 Kod Tatatertib FAM 2010, Pesalah-pesalah digantung automatik tiga (3) Perlawanan Liga-M 2011 atau lain-lain Pertandingan setaraf yang dilulus atau diiktiraf oleh FAM di peringkat Kebangsaan, Negeri atau Daerah dan didenda RM2,000.00 setiap seorang.

iii) Bagi Kesalahan ketiga, mengikut Perkara 5.1.2 (ii) Kod Tatatertib FAM 2010 iaitu menghina Jawatankuasa Tatatertib FAM, pesalah-pesalah didenda RM1,000.00 setiap seorang.

iv) Jumlah keseluruhan hukuman terhadap Pesalah-pesalah adalah ”digantung tujuh (7) Perlawanan Liga-M 2011 atau lain-lain Pertandingan setaraf yang dilulus atau diiktiraf oleh FAM di peringkat Kebangsaan, Negeri atau Daerah berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan dan didenda RM5,000.00 setiap seorang. Hukuman yang dikenakan ini tidak boleh dirayu.

v) Pesalah-pesalah hendaklah menjelaskan denda sebanyak RM5,000.00 setiap seorang dalam masa 14 hari daripada tarikh surat ini dikeluarkan atau sebelum jam 12.00 tengahari hari Isnin 8 Ogos 2011. Jika sekiranya Pesalah-pesalah gagal menjelaskan bayaran denda tersebut, maka denda tersebut hendaklah dijelaskan oleh PB Perak dalam masa 7 hari iaitu pada atau sebelum jam 12.00 tengahari Khamis 18 Ogos 2011.

vi) Surat keputusan bagi pemain-pemain Perak dikeluarkan pada 18/07/2011 dan difaks pada 18/07/2011, PB Perak diminta untuk menjelaskan Denda sebelum atau pada jam 12.00 tengahari 08/08/2011.

5)      PB Perak telah membuat rayuan pada 19/07/2011 dengan menyatakan 
i)                    Memohon maaf atas kelewatan member maklum balas terhadap surat pertuduhan.
ii)                   Pasukan Perak kekurangan Pemain apabila 4 Pemain cedera dan 4 Pemain dalam pemerhatian kerana kemerosotan prestasi.
iii)                 Sepanjang karier, Pemain-pemain ini tidak pernah dikenakan tindakan Tatatertib.

Rayuan ini tidak menepati Surat FAM Ruj: FAM/41-5/25(2011) bertarikh 18/07/2011 yang mana keputusan Jawatankuasa Tatatertib ini tidak boleh dirayu.

Rayuan juga tidak menepati Tatacara Rayuan iaitu gagal mengemukakan yuran Rayuan RM500.00 mengikut Perkara 7.6.1 Kod Tatatertib FAM 2010.

Sekretariat telah memproses dokumen ini untuk diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan.

Melalui kronologi yang disertakan, FAM menegaskan tindakan mereka tiada niat untuk mengenakan Perak tetapi tindakan tersebut kerana kecuaian pemain-pemain dan PB Perak mengambil tindakan seperti yang telah diperuntukan dalam Kod Tatatertib FAM 2010.

Kod ini telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Yang Hormat Dato’ Mohd Taufik Bin Tan Sri Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM semasa Taklimat Liga-M  pada 01.01.2011 di Dewan Perdana MSN, oleh demikian ini bukan satu konspirasi FAM kerana tindakan adalah mengikut peraturan. 

KPBP pada Selasa, menerusi akhbar tempatan mendakwa FAM bersifat tidak professional dan mengamalkan pentadbiran kuku besi ekoran insiden penggantungan 5 pemain tonggak mereka, sebanyak tujuh perlawanan berkuatkuasa 18 Julai lalu, gara-gara insiden menyerang pengadil, pada perlawanan antara Perak vs Sabah di Stadium Lumut. (baca sini).

10 comments:

Anonymous said...

biasala.org top2 FAM suma dah bpakat nk drop kan perak kot....

Anonymous said...

kalau isu boo pemain yahudi ..fam minta maaf...kalau isu ini ikut arahan...sohai fam

Anonymous said...

tak boleh dengar daripada pemain ker ?

Anonymous said...

alahai teruknya...mana ada perbicaraan yang mendengar dari sebelah pihak sahaja....kalau betul2 telus nilai sekali mutu kepengadilan pada hari tersebut.

Anonymous said...

Org Peghak tak usah dok melalak lah... yang jaga puak2 pengadil ni pon org peghak juga.. namanya kalu tak silap macam raja zainudiin..hang pi tanya dialah pasai apa asykar2 kamu di tahan.. dulu kamu hina raja Kelate.. org kelante tak kata apa pon... apa jenis penyokong kema nih...hehehe...

Dunia Baru said...

heheheh.....jemmm

rileks...rileksss....


bg FAm tunjuk kuasa dia..hehhee

depa dh lama tak tunjuk kuasa depa sbb TRW dh baik..dulu TRW jah kena denda la..kena itu la...kena ini la...

now penyokong n pemain TRW dh napok baik sikit...so FAm dh xde isu nk "kenakan" kelate..

dia try cari mangsa baru utk penuhkan kantung depa

p/s: kt ats tu pendapat kawe...org lain, leh bui pendapat sendiri..hehehe

Anonymous said...

hah ape lg gang2 yop bakor je laa.haha..bru ada akai

Anonymous said...

jgn wat hal ok sume..nt hangpa kena gantung ngn FAM br tau.
haha

Zambry Nizar said...

Perak tetap hebat walaupun tanpa 5 pemain digantung. Peluang untuk pemain2 muda mengganas. Ayuh perak buktikan kehebatan kpd FAM dan konco2 nya dan bawa pulang piala Malaysia pada tahun ini.

Anonymous said...

tak bulih nk harap kat geng muda sangat.. tengok lagu hm tu.. ceroi nak mampoih, dengan kuli boghoi pun kena kencin.