Thursday, August 18, 2011

Devan Tertekan, Enggan Terima Hakikat

Tewas sekali lagi kepada Kelantan, buat kali keempat musim ini - kali ini dengan jaringan 1-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar tadi masih boleh diterima pengendali Selangor, K.Devan.

Namun jurulatih yang sama, yang mana kehilangan suaranya ketika Selangor dibelasah 1-5 oleh Kelantan pada aksi semi final Piala FA 13 Mei lalu TIDAK MAHU sama sekali mengakui dan MENAFIKAN sekeras-kerasnya betapa kekalahan hasil jaringan tunggal Azamuddin Akil itu, melebarkan REKOD TANPA MENANG pasukannya ke atas Kelantan, kepada 11 perlawanan.

2009, selepas tewaskan Kelantan menerusi penalti
Devan nyata tidak senang dengan soalan Suara Sukan, yang bertanya apakah dia bimbang dengan KEGAGALAN SELANGOR MENEWASKAN KELANTAN buat kali ke-11 berturut-turut, yang mana seolah-olah memperlekehkan kemampuan pasukan bimbingannya itu, dan BERPENDAPAT STATISTIK ITU TIDAK BENAR.

“apa maksud u 11 perlawanan, tunjukkan saya statistic 11 perlawanan itu, jangan main petik jer kata 11 perlawanan tak pernah menang, yang kita menang Piala FA tu apa? Yang kita menang 3-0 di stadium ini juga pada 2009, zaman Peter Butler tu nak letak mana? Semak dulu fakta sebelum tanya, tahun 2009 kita tak tewas langsung kepada Kelantan, dalam 2010 dan 2011 kita jumpa Kelantan pun tak sampai 10 kali, so macam mana u boleh cakap kita tak pernah tewaskan Kelantan 11 kali?..”. – reaksi MARAH K.Devan.

Kepada K.Devan, pertamanya SS minta maaf, kerana di atas permintaan anda, SS senaraikan statistik 12 perlawanan Selangor menentang Kelantan sejak kali terakhir Selangor menewaskan Kelantan 3-0 di Stadium Shah Alam, di mana kedua-dua Surendran (D &R) menjaringkan gol. 

Jadi Devan, nilai sendirilah sama ada statistik tidak tepat, atau anda enggan menerima hakikat betapa Kelantan lebih gah dari Selangor dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

STATISTIK PERTEMUAN SELANGOR – KELANTAN, 12 pertemuan kesemuanya sejak 2009 – 2011. Selangor di bawah bimbingan K.Devan, manakala Kelantan Peter Butler (2009), B.Sathianathan (2010) dan Datuk M.Karathu (2011).

17/08/2011
Selangor 0 – 1 Kelantan
Shah Alam
Friendly
16/05/2011
Selangor 1 – 1 Kelantan
Kota Bharu
Piala FA Semi Final
13/05/2011
Selangor 1 – 5 Kelantan
Shah Alam
Piala FA Semi Final
26/04/2011
Selangor 0 – 1 Kelantan
Kota Bharu
Liga Super
29/01/2011
Selangor 0 – 2 Kelantan
Shah Alam
Liga Super/Sumbangsih
15/10/2010
Selangor 0 – 3 Kelantan
Kota Bharu
Piala Malaysia (suku akhir)
12/10/2010
Selangor 0 – 0 Kelantan
Shah Alam
Piala Malaysia (suku akhir)
10/07/2010
Selangor 1 – 1 Kelantan
Shah Alam
Liga Super
12/03/2010
Selangor 0 – 0 Kelantan
Kota Bharu
Liga Super
25/04/2009
Selangor 1 – 1 Kelantan
Bukit Jalil
Piala FA (Final)
11/04/2009
Selangor 1 – 1 Kelantan
Bukit Jalil
Liga Super
28/02/2009
SELANGOR 3 – 0 KELANTAN
Shah Alam
Liga Super

Andai ditolak sekalipun perlawanan sebentar tadi, jumlahnya tetap menunjukkan 10 perlawanan, justeru apakah Devan masih mahu berdalih selepas melihat statistic ini, atau akur betapa sudah dua tahun lebih pasukannya tidak merasai nikmat kemenangan ke atas Kelantan – jawapannya, Devan tidak peduli semua rekod lampau tersebut.

“(DENGAN NADA MARAH) tak kisahlah tak pernah menang, keputusan semalam atau hari ini tidak menjamin keputusan di masa depan, menang hari ini belum tentu dia (Kelantan) boleh maintain same performance. Saya nak tanya u boleh jamin ke Kelantan boleh menang Piala Malaysia?? Tak boleh kan? so kenapa saya perlu bimbang dengan Kelantan, they play their game, we play our game.. (START COOL DOWN) apapun saya minta maaf jika saya terkasar bahasa, no heart feeling ok..”.  

Diteliti kata-kata Devan, tampak pasti beliau sebenarnya tertekan untuk memastikan Selangor tidak menamatkan musim ini dengan tangan kosong, justeru Piala Malaysia adalah peluang terbaik buatnya merealisasikan hasrat itu – piala yang kali terakhir dimenangi pada 2005.

14 comments:

Anonymous said...

x blh cakap
x blh cakap

Anonymous said...

xboleh cakap.. xder suara mcm mana mau ckp?(sambil memberi isyarat tgn xder suara) wakakakaka
terbaik bro interbiu kasi panas lagi... kalau boleh suruh wan fakhrul boh berita ni dalam kosmo esok.. wahahaha

Anonymous said...

malang nasib devan ni!!!

joemut two4 said...

haaa kecek bsar sngat,nyo malu muko la wei,hahaha keling tu tokse ngakug tu tokse ngaku

Anonymous said...

maluuuu.....

TOKGAWA said...

Mungkin di kepala devan penuh dgn sampah sarap,apa yang istimewa sngat dgn selangor ni, cakap besar memperlekehkan pehak lawan..kalah 5-1 pon masih tak bolih terima hakikat...tahun depan devan HANYUTTTTT....

Dunia Baru said...

hahahha....first half kelate lg byk menyerang dr second half....

mlm td k.devan pertama kali nye kot pakai bj belang2 purple...wkakaka...rasanye ni la kali pertama deban tk pakai bj biru muda dia tu..heheh..konon2 nk ambik tuah baju belang2...wakka..

tp apakan daya....tewas gak..

p/s: jahak soalan demo bro aiman kt k.devan..haha.,.tertekan dia tu...sure pening palo dia malam td..hahaha....

kasimselamat said...

Devan ingat org lain x buat home work sblum g kerja, dia igt dia sorg jer cerdik..... begitulah kalau kita memandang rendah kepada kemampuan org lain, at last terkena.... terbaikkkkkk bro aiman.

pokjik said...

rilek la sek kito...
jange suko sgt, baru panah bade ni...
kalu buleh kekal PM baru kito arok seluruh malaysia...

DiariAsrul said...

TAHNIAH buat Klate mene pulok smlm..

Nampaknya makin mendalam dendam SEL nak kalahkan KEL ni (dendam persaingan dalam bola je,bukan dendam hasad2,jgn silap phm lak..hehe).. makin lama makin menarik plak, n yang pentingnya semenjak dua menjak ni, mana2 player yang men dgn KEL, mmg TOP tros nama dia.. cayalah..

GKG!!

Anonymous said...

pengurusan sgor dh bg warning kt devan nk x nk tahun ni mesti menang PM. tu yg dia tension tu. devan mcm x leh terima hakikat timnya selalu kalah dgn TRW.

Anonymous said...

Dari dulu lagi aku dok prati cara devan bagi komen lepas satu2 match. Kalau menang dia komen biasa2 je. Kalau kalah dia jadi tak brapa betul sket. Komen tak berapa bernas. Dia akan salahkan player injured, keletihan dan macam2. Komen dia banyak nampak macam nak cover kelemahan sendiri dan pasukan. Lagi satu dia ada sedikit bongkak.

Kalau di Spain ada El Classico, Barca vs Real.

Dia Malaysia kita pun ada El Malaya Classico, Kelantan vs Selangor.

Setuju?

Anonymous said...

devan koya..ore koya gni la.xleh trimo kelemahan diri sdri.baek irfan bkti,tyme kaloh nga kelate 3-0 liga super dlu dio trimo klemahan player dio.siap kritik sarbini lagi tyme 2.

Anonymous said...

Info Undian Piala Malaysia 2011


•Tarikh: 5 Ogos 2011
•Masa: 5.30 petang, Jumaat
•Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
•Live: Astro Arena

Keputusan Undian Piala Malaysia 2011 => KLIK