Thursday, August 11, 2011

‘Anak Harimau’ Mantapkan Barisan Pertahanan Terengganu


Faizal, ketika diraikan PBSNT selepas menang Piala AFF
Jika juara bertahan, Kelantan memperkukuhkan skuad mereka dengan menajamkan jentera serangan, cabaran Juara Piala FA, Terengganu dalam saingan Piala Malaysia musim ini diperkuatkan dengan kehadiran pemain pertahanan Harimau Muda, Faizal Mohamad.

Faizal yang sebelum ini tersisih daripada skuad Ong Kim Swee ke Slovakia kerana dalam proses pemulihan kecederaan, adalah satu-satunya pemain yang dipinjam skuad Terengganu.

Anak jati Terengganu kelahiran Marang ini, jelas dilihat calon sesuai oleh PBSNT untuk mengukuhkan lagi pertahanan pasukann yang turut dibarisi pemain berpengalaman seperti Mazuki Yusoff, Mazlizam Mohd, Helmi Remeli, dan Ronny Harun.

Terengganu bakal kehilangan khidmat pertahanan kiri Zubir Azmi yang bersama skuad Olimpik, namun jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sebelum ini menyifatkan Ronny akan dapat menampung kekosongan itu.

Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, Terengganu diundi bersama finalis musim lalu, Negeri Sembilan, Juara Liga Premier, PKNS Selangor dan Sime Darby  FC dan andai Terengganu dapat mengekalkan rentak permainan dan semangat tinggi yang ditunjukkan dalam saingan Liga Super, tidak mustahil mereka akan menjulang kejuaraan berganda musim ini.

8 comments:

joemut two4 said...

ambik lah anok rima ko,anok singo ko,anok gajoh ko.kelate tok takt,inssyaallh piala mlysia kekal di bumi kelate,

crunchira said...

inilah semangat yg kita nak...semangat anak trg sendiri...!!

Hamba Allah said...

InsyaAllah,Piala Malaysia milik Terengganu tahun ini.Semoga perjuangan Terengganu diredhai Allah SWT...AMIN...

Anonymous said...

Terengganu...,kita jangan pandang rendah pihak lawan walaupun kita juara Piala FA.Yang penting,kita main dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.Bawalah semangat perjuangan Terengganu ketika menentang lawan Piala FA yang lepas.Semangat inilah yang kita mahukan.

khairul said...

ayuh anok marang...org kelaut kerah2...buktikan..keeper izham tarmizi org marang jugok ke..

TFC said...

Izham memang orang Marang.C'mon skuad Terengganu!U're can do it!!!We'll always pray and support you all!!

Anonymous said...

Alhamdulillah,Faizal main untuk Trg rupanya.Buat yang terbaik ya...

Anonymous said...

Berjuanglah sehingga ke wisel penamat...!!!Kami sentiasa dibelakang anda.