Wednesday, January 4, 2012

Countdown : Top 5 Artikel 2011

Sejak ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2011, Suara Sukan telah menghasilkan lebih 300 artikel berkaitan sukan tempatan, majoritinya ulasan mengenai bolasepak - setiap artikel adalah nukilan sendiri, hakmilik sepenuhnya Suara Sukan tanpa copy paste dari mana-mana laman web, blog atau media lain. Terima kasih penulis ucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini, insyaAllah tahun ini SS akan hadir dengan pelbagai hadiah tanda penghargaan kepada pembaca bertuah, sepertimana juga tahun lalu. Teruskan menyokong. 

5. Dituduh Main Tino, Jual Game, Kuatkan Lagi Semangat Saya


"Biasalah semua pemain tak selalu top form, dan sebagai kapten, saya kecewalah, masa tak menjadi, macam-macam orang tuduh, tidur lewatlah, main tino lah, jual game lah, tapi saya jadikan itu semua sebagai dorongan untuk main lebih baik dan buktikan saya bukan seperti apa mereka cakap. Saya tahu penyokong ni sayang team kelate, sayang kat saya, tapi bila prestasi down janganlah tuduh bukan-bukan, ini akan menjejaskan tanggapan orang terhadap saya, terhadap pasukan, bila menang, tidur pukul 5 ke, tak tidur langsung ke, takde orang nak kisah.."




Seperti biasa, pemain kesayangan atau favourite Rajagobal - Amar Rohidan, yang benar-benar tidak berfungsi (satu ketika hanya berdiri dan melihat bola dikuasai pemain Singapura) kekal beraksi 90 minit permainan, manakala Ismail Faruqi yang berjaya menambat hatinya hanya selepas beraksi 30 minit menentang Liverpool, digantikan Gurusamy (persoalannya, mengapa tidak Baddrol Baktiar atau Shakir Shaari).



Bermula daripada satu transformasi yang diilhamkan presidennya, Tan Sri Annuar Musa, kini 'kegilaan' dan pembangunan bolasepak di kelantan bukan sahaja dilihat sebagai suatu fenomena yang mengagumkan di kalangan peminat bolasepak tempatan, malah berjaya mengangkat nama The Red Warriors sebagai antara lambang kemegahan bolasepak tanah air di mata dunia.




Pergeseran antara Karathu dan Daniel Fadly Abdullah, serta K.Soley (Solihin Kanasian) menyaksikan deretan pemain yang tidak pernah merasai aksi kompetitif serta yang sudah lama tidak beraksi diturunkan dalam perlawanan cukup getir, cukup penting dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, sebentar tadi.




Namun, sayangnya, himpunan pemain berbakat besar sekadar untuk melengkapkan senarai pemain, dan sekadar menjadi pemerhati - Rajagobal gemar menurunkan line-up sama, apabila diganti pun dengan anak emasnya juga. Jadi, mengapa bersusah payah memanggil wajah-wajah baru jika mereka tidak diberi peluang membuktikan kehebatan? Cukuplah sekadar mempunyai 15 pemain, kenapa perlukan 24 pemain?

3 comments:

Nik Zulkhairi said...

keep up the good job. lamo x tubik entri baru ni bos..

hisham trw said...

nak menitis airmata baca kisah piya..sebak n trharu plak... :(

Anonymous said...

slmt kembali bro...
musim bru nk start doh ni....