Dia adalah penjaring terbanyak Kelantan bagi kedua-dua
saingan berstatus piala, tetapi nasib tampak tidak menyebelahi winger comes
forward kesayangan The Red Warriors, Norfarhan Mohd yang akan sekali lagi
terlepas aksi final pada musim 2012, kali ini Piala Malaysia apabila layangan
kad kuning ketika kemenangan 2-0 ke atas Selangor di Stadium Shah Alam
menyaksikannya akan menjalani penggantungan automatic satu perlawanan.
farhan terkilan lagi. foto kredit : BERNAMA |
Norfarhan yang beraksi cemerlang meledak 5 gol di Piala
Malaysia, nyata cukup kecewa dengan situasi tersebut yang disifatkannya sebagai
satu daripada kekecewaan terbesar dalam kariernya.
“Memang saya kecewa sangat-sangat, cukup terkilan, ini kali
kedua saya terlepas final, saya sudah memberikan yang terbaik kepada pasukan
tetapi bila tiba time final jer mesti tak boleh main, tapi saya gembira kerana
walau apapun kita sudah membuktikan kita tidak bermimpi di siang hari, Ghaddar
menjaringkan gol yang cantik, manakala kemasukan Badri menambah derita
Selangor. Walaupun saya tak dapat bermain nanti, saya percaya kawan-kawan akan
memberikan komitmen lebih 100% untuk memastikan Kelantan muncul juara treble musim
ini,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.
Farhan sebelum ini terlepas beraksi dalam aksi final Piala FA pada Mei, apabila Bojan Hodak lebih berminat menggandingkan Norsharul Idlan yang baru pulih ketika itu denga Ghaddar di barisan depan, meskipun rekod jaringan Farhan ketika itu cukup baik. Pada perlawanan itu yanga mana Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0, dia sepatutnya dimasukkan ketika saingan berbaki 15 minit untuk berakhir tetapi kecederaan Daudsu Jamaludin menyaksikan Farhan berputih mata untuk diturunkan.
Farhan sebelum ini terlepas beraksi dalam aksi final Piala FA pada Mei, apabila Bojan Hodak lebih berminat menggandingkan Norsharul Idlan yang baru pulih ketika itu denga Ghaddar di barisan depan, meskipun rekod jaringan Farhan ketika itu cukup baik. Pada perlawanan itu yanga mana Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0, dia sepatutnya dimasukkan ketika saingan berbaki 15 minit untuk berakhir tetapi kecederaan Daudsu Jamaludin menyaksikan Farhan berputih mata untuk diturunkan.
Turut akan terlepas aksi final, wira Piala FA, Mohd Ghaddar
yang turut dilayangkan kad kuning.
Ghaddar turut terlepas final. foto kredit : BERNAMA |
Pada perlawanan separuh akhir kedua itu, Selangor turun
dengan misi mencatat kemenangan 2 gol tanpa balas atau kemenangan dengan
defisit dua gol bagi menghidupkan Misi33 mereka, tetapi sekadar menyaksikan
misi itu berkubur di tangan pahlawan merah.
Kedua-dua pasukan tidak begitu menyerlah di babak pertama, dengan
layangan badan Khairul Fahmi Che Mat untuk menyelamatkan percubaan jarak jauh
Amri Yahyah dilihat satu-satunya percubaan pada 45 minit pertama – tempo permainan
sedikit berubah di babak kedua namun baik Selangor mahupun Kelantan gagal untuk
mencari sentuhan penyudah sehinggalah minit ke-85 apabila hasil satu gerakan
yang boleh disifatkan sebagai TAMAK dan pentingkan diri sendiri, Ghaddar yang
menerima bola membawa masuk ke dalam kawasan penalti sebelum memperdaya
pertahanan Selangor, kemudiannya melambungkan bola melepasi Norazlan Razali
yang sudahpun terpaku.
Badri Razi melengkapkan kemenangan mutlak pelawat, apabila
sepakan percuma dari luar kawasan penalti – jaringan yang mengingatkan kita
kepada gol hampir sama ketika menewaskan Selangor 2-0 dalam Piala Sumbangsih
musim lalu – menerjah jaring pada masa kecederaan, sekaligus mematikan
langkahan Selangor.
Bagi Bojan Hodak : “Kami menunjukkan karakter yang baik
sepanjang perlawanan, satu lagi kemenangan dalam laluan mengejar treble, dan
belum boleh bergembira selagi misi itu tidak tercapai, apapun saya kagum dengan
determinasi pemain, kita hanya perlukan seri untuk layak, malah hingga 5 minit
terakhir saya nampak kita akan pulang dengan keputusan seri, tapi mereka
menyudahkannya dengan kemenangan. “
No comments:
Post a Comment