Atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,
Persatuan Bolasepak Malaysia memutuskan Stadium Shah Alam akan menjadi
gelanggang final Piala Malaysia tahun ini yang akan berlangsung pada 20 Oktober
depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Amin
berkata : “Sepertimana biasa Stadium Nasional adalah venue final kerana ia
adalah gelanggang neutral bagi kesemua pasukan, tetapi setelah kita pantau dan
lihat keadaan stadium, mendapat laporan tentang keadaan rumput, kita telah
membuat pemeriksaan pada hari ini, jawatankuasa telah bersidang dan memutuskan venue
perlawanan akhir adalah Stadium Shah Alam, mengambil kira ia adalah yang kedua
terbesar.
“Keadaan padang tak membenarkan, kita lihat 70% rumput baru
ditanam pada awal September selepas digunakan pada sambutan Hari kemerdekaan,
akarpun masih lembut ia akan ambil sebulan untuk kuat cengkaman, kita juga
yakin rumput tak boleh nak naik sebelum tarikh 20 Oktober, lebih-lebih lagi
keadaan ini tidak selamat untuk para pemain. Padang juga belum rata, kalau
diteruskan di sini hanya akan menjejaskan kualiti permainan,” katanya selepas
memantau keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil diiringi Setiausaha Agung FAM,
Datuk Azuddin Ahmad dan Naib Presiden, Dato’ Affandi Hamzah.
Mengenai harga tiket, Hamidin berkata harganya telah
ditetapkan pada awal musim sebelum Liga Malaysia bermula, dan takkan ada
perubahan terhadap harga yang telah ditetapkan itu.
No comments:
Post a Comment