Artikel ini jugo diolah berdasarkan idea sendiri serta artikel nukilan beberapa rakan wartawan lain seperti Aziman Rosdi, Azlan Muhammad Zain dan Hilmie Hussain dari Harian Metro.
gambar : 360images |
360 images |
Hampir
sepanjang musim, prestasinya dicemuh dan dikritik peminat, dia bergelut untuk
kembali ke prestasi sebenar selepas pulih daripada kecederaan dan pada ketika
dia dilihat sudah kehilangan bisa yang mengangkatnya sebagai Pemain Paling
Bernilai Liga-M musim lalu, Matyo memilih saat yang terbaik untuk memuncak
sekaligus menutup mulut pengkritik yang mempertikai kredibilitinya.
Dua gol
jaringan Matyo bukan sahaja menyaksikannya menemui semula sentuhan jaringan dan
muncul wira TRW, tetapi turut diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan
sekaligus keluar dari bayangan penyerang import, Mahmoud Ghaddar dan Norfarhan
Mohamad.
“Ramai yang mengatakan ketiadaan Ghaddar dan Norfarhan akan
menyukarkan kami. Namun saya bersama rakan sepasukan membuktikan ramalan itu
silap. Saya cuba memberikan aksi terbaik dan ketika perlawanan terikat 2-2,
jurulatih mengarahkan kami bermain seperti biasa dan melancarkan serangan. Bagi
saya kunci kejayaan kami adalah semangat juang tinggi ditunjukkan semua pemain
selain bermain sebagai satu pasukan di atas padang walaupun tanpa Ghaddar dan
Farhan.”
Tambahnya : “Pentas final ini mengembalikan sentuhan jaringan dan
ia adalah sangat penting untuk memberi keyakinan kepada saya bagi menghadapi
Piala AFF bulan depan.”
Indra : Final terbaik saya
Wira Kelantan, Indra Putra berkata aksi final Piala Malaysia 2012 akan selamanya kekal sebagai kenangan terindah dalam hidupnya selepas gol jaringannya pada masa tambahan memisahkan kedua-dua pasukan dan berpendapat gol itulah membangkitkan semangat juang sebenar Kelantan.
"Jaringan yang paling indah, paling manis dalam karier saya, ia cukup berharga buat pasukan. Jaringan itu adalah hasil semangat juang dan kesungguhan pemain Kelantan yang tidak pernah luntur. Kami menunjukkan bahawa kami tidak pernah berputus asa walaupun ATM dua kali bangkit menyamakan kedudukan, faktor itulah yang membantu kami muncul juara. Jika selama ini tuah berpihak kepada Hai-O, kali ini tuah berpihak kepada Indra," katanya yang merupakan pemain sezaman dengan Hairuddin Omar, kapten ATM.
Indra bagaimanapun masih berteka-teki mengenai masa depannya sama ada akan terus menyarung jersi TRW atau berpindah ke pasukan lain.
Piya kapten terbaik Kelantan
sepanjang zaman
Kapten Kelantan, Badri Razi kini menjadi kapten paling berjaya
dalam sejarah bolasepak Kelantan selepas berjaya mengemudi The Red Warriors
meraih treble musim ini.
Selain mara ke suku akhir saingan Piala Konfederasi Bola Sepak
(AFC) pada penampilan pertama, perancang tengah kreatif itu memastikan almari TRW
musim ini lengkap dengan tiga trofi yang menjadi rebutan kancah bola sepak
tempatan dan lebih membanggakan pemain berusia 30 tahun itu, tiga gol yang
dihasilkan Kelantan dalam pentas final Piala Malaysia berpunca daripada
hantarannya.
360 images |
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang
lain kerana mencipta sejarah dengan meraih treble buat kali pertama dalam
sejarah bola sepak Kelantan. Kejayaan yang diraih musim ini adalah sesuatu yang
membanggakan. Semua pemain telah memberikan aksi bertenaga sepanjang perlawanan
termasuk ketika masa tambahan 30 minit bagi memastikan Piala Malaysia kembali ke
Kelantan selepas dimenangi Negeri Sembilan musim lalu.
“Pada 10 minit pertama kami bermain secara berhati-hati
sehinggalah mendapat gol pertama namun kami terlalu yakin sehingga membenarkan
ATM kembali menyamakan kedudukan dua kali. Jadi saya harap pada musim depan
kami akan terus memberikan aksi yang lebih baik,” katanya.
Kejayaan tiga piala musim ini melengkapkan transformasi Kelantan
yang dimulakan Presiden Kafa yang kini menjalani penggantungan, Tan Sri Annuar
Musa bermula dengan gelaran naib juara Piala Malaysia dan FA pada 2009.
No comments:
Post a Comment