PENANTIAN 46 tahun semakin hampir terlerai buat juara Liga Perdana,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini dipisahkan satu perlawanan daripada
beraksi di pentas keagungan bola sepak tanah air, Piala Malaysia.
ATM mara selepas muncul sebagai juara Zon Selatan untuk bertemu Selangor, juara Zon Utara. ATM tewas 1-0 untuk mengulangi kekecewaan terhadap pasukan sama pada penampilan mereka sebelum ini di pentas akhir, 17 tahun sebelum itu. Kini, ATM yang membuat rombakan besar-besaran musim ini berazam untuk menjadi pasukan ke-15 untuk menjuarai Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan pada 1921.
Tetapi sebelum itu, ATM perlu mengatasi ujian getir berdepan naib juara Liga Super, Lions XII yang akan turun dengan misi membawa Piala Malaysia menyeberangi tambak Johor sejak kali terakhir melakukannya pada 1994.
Kelebihan satu gol tempat lawan yang dibawa hasil ledakan penyerang prolifik, Marlon Alex James seharusnya tidak disia-siakan barisan kendalian B Sathianathan pada pertembungan ‘hidup mati’ 11 Oktober (Khamis ini) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Keyakinan untuk melangkah ke Stadium Shah Alam, gelanggang yang ditentukan pada final tahun ini bersandarkan kekuatan ATM untuk menjaringkan gol dalam semua perlawanan yang dilalui musim ini, tidak kira di tempat sendiri atau lawan.
Kunjungan ke Negeri Sembilan, Kelantan membuahkan 3 gol manakala Kedah, Terengganu menjadi mangsa dua gol di tempat sendiri dengan Stadium Jalan Besar saksi kehebatan Marlon yang kini mengumpul 10 gol untuk bergelar penjaring terbanyak.
Di kubu sendiri, ATM yakin dengan kehebatan penjaga gol, Mohd Farizal Harun yang tangkas mengawal gawang bersama barisan pertahanan yang diketuai Aidil Zafuan Abd Radzak untuk menangkis segala serangan penyerang terbaik Liga Malaysia.
Dua penjaring terbanyak Liga Super, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona dinafikan di gelanggang sendiri dan tempat lawan, dalam laluan rekod bersih tanpa kalah di Selayang. Corak serangan balas pantas yang diamalkan bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan menyaksikan lawan kerap kali terperangkap dengan kelajuan pemain sayap di kiri dan kanan.
Buktinya, kelicikan pemain sayap kiri, Christie Jayaseelan gagal dibendung yang menyaksikannya meledakkan gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Selayang pada timbal balik pertama. Bahagian tengah kemas dikawal Bruno Sebastian Martelotto, pemain yang tidak asing lagi dalam kancah saingan Liga Malaysia berikutan penampilannya sebagai juara Piala Malaysia 2003 bersama MPPJ FC.
Kerajinannya menghambat bola di segenap pelosok padang menjadi pencetus kepada gol ketiga ATM ketika berdepan Negeri Sembilan di Paroi apabila merampas penguasaan daripada pemain tuan rumah sebelum melintangkan bola ke arah Marlon untuk menolak masuk gol ketiga dalam kemenangan 3-1.
Martelotto dianggap sebagai wira yang tidak didendang, membuka pentas buat pemain serangan seperti Christie, Hairuddin Omar, Zaquan Adha Abd Radzak, Marlon untuk menampilkan magis mereka di atas padang. Zaquan akan kembali selepas penggantungan satu perlawanan untuk memberikan lebih banyak pilihan buat Sathia merencanakan strateginya.
Seandainya, kedudukan buntu, Sathia masih menyimpan senjata sulit bagi mengkucar-kacirkan pertahanan barisan bimbingan legenda, V Sundramoorthy – Venice Elphi Danny Kaya.
Jarang diturunkan dalam kempen Piala Malaysia, kelajuan Venice, pemain kelahiran Kuching berusia 28 tahun itu cukup digeruni dengan larian hampir separuh padang mencetuskan huru-hara bagi membuka laluan buat Marlon Alex James menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di tempat sendiri.
Seandainya mara ke final, tiada siapa yang paling gembira selain Venice dan Suhhaimi Ishak, dua pemain bergelar Korporal yang setia menabur bakti di atas padang dan medan perbatasan.
Penjaring ATM dalam Piala Malaysia
Marlon Alex James – 10
Bruno Sebastian Martelotto – 3
Hairuddin Omar – 2
Zaquan Adha Abd Radzak – 1
K Reuben – 1
Christie Jayaseelan – 1
Aidil Zafuan Abd Radzak – 1
Tidak ramai yang masih mengingati kali terakhir ATM melayakkan diri ke
final Piala Malaysia, pada 1966 ketika kejohanan itu dikenali sebagai Piala Malaya.
gambar : christopher raj |

No comments:
Post a Comment