Monday, March 19, 2012

Bicara Kata : Apabila Timbalan Presiden Tidak Boleh Bersuara..

“Saya tak nampak di mana silapnya apabila Tan Sri Annuar bersuara mengkritik prestasi pasukan kebangsaan. Sama ada secara langsung atau tidak, dengan niat atau tidak, beliau sebagai Timbalan Presiden, iaitu orang kedua selepas Presiden dalam hiraki FAM, mempunyai hak untuk bersuara dan menegur apa yang tidak kena. Kalau dia sebagai pemimpin, tapi harus ikut telunjuk orang lain dan tidak boleh bersuara, lebih baik tidak perlu lantik dia sebagai timbalan..”.

Itu antara reaksi bekas pemain kebangsaan tahun 80-an, Kamarulzaman Yusof, mengenai situasi dihadapi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, yang dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib ekoran komennya mengenai prestasi semasa pasukan kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal minggu lalu.

Memang benar kata Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai ‘Kemp’. Apakah sebagai Timbalan Presiden, Annuar tidak mempunyai hak untuk melontarkan pandangannya mengenai  skuad kebangsaan? Kalau begitu, mengapa pula rakan-rakan wartawan menemuramah beliau dan mendapatkan pandangan daripadanya apabila skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan Sea, meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki, malah menjemput beliau ke pelbagai program bual bicara berkenaan skuad kebangsaan?

Apakah mulut pemimpin ini diikat hanya untuk memberi komen positif, dan segala komen negative yang disuarakan hanya akan membawa kepada tindakan tatatertib? Kalau begitu, ramai pula rasanya orang dalam FAM yang akan menerima nasib sama seperti dialami bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Zainudin Raja Omar, dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil tidak lama dahulu – bukan hanya Annuar seorang.

Seharusnya setiap apa yang disuarakan, bukan sahaja oleh Annuar, tetapi semua individu di dalam FAM, dinilai secara terperinci, dan keputusan yang paling baik dicapai untuk menyelesaikan masalah, bukan menambah pula masalah baru. Mengenakan tindakan ke atas salah seorang pemimpin tertinggi di dalam badan induk tidak akan menyelesaikan masalah, pada ketika perkara yang disuarakan pula bukanlah suatu yang tidak betul malah diakui ramai.

Saya yakin majoriti peminat bolasepak tempatan bersetuju dengan kenyataan yang beliau keluarkan. Prestasi bolasepak tanah air bukanlah berada di tahap yang membanggakan, selepas menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010, kita bergelut untuk menewaskan Taiwan di Pusingan Kelayakan Piala Dunia, sebelum tewas kepada Singapura.

Persahabatan antarabangsa, kita gagal mengatur perlawanan berstatus A dan gagal menarik minat setidak-tidaknya pasukan berstatus jagoan Asia, apabila berterusan mempamer prestasi ala budak sekolah, kali terakhir menentang Australia yang ketika itu di ranking ke-19 dunia, kita tewas 0-5.

Saya sendiri pernah banyak kali mengkritik pendekatan Rajagobal, malah mengutuk aksi skuad kebangsaan. (Baca sini, sini, sini dan sini). Bukan sahaja saya, tetapi blogger terkenal, Rizal Hashim juga pernah ‘membantai’ aksi skuad kendalian Rajagobal, melabel mereka main macam tahi (baca sini) - kesemua kritikan ini dapat diterima FAM, tetapi yang peliknya, apabila orang kuat mereka sendiri mempersoal kredibiliti pasukan, ia bingkas menjadi satu kesalahan?

Pendapat saya, isu ini tidak akan timbul sekiranya Annuar sendiri tidak bertindak menafikan kenyataan yang beliau keluarkan itu, dan berterusan melabel media sebagai memutarbelit dan mensensasikan isu ini.

Saya sendiri, sebagai wartawan, pengiat media, tidak menafikan turut terkena tempias dan tidak berpuas hati dengan tindakan Annuar yang seolah-olah mahu mengatakan keluarga media sukan ini ‘bodoh’ melalui status-status FB yang ditulisnya dan TIDAK MENAFIKAN saya ada mengeluarkan beberapa komen yang bersifat menghentam beliau di FB saya. HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM dan tidak perlu ada yang melabel saya sebagai ‘pengkhianat’ atau dalam bahasa orang Kelantan, ‘cah ketin’. Lihat juga bagaimana saya menulis tentang TSAM sebelum ini, (baca sini, sini dan sini) ini tidak termasuk apa yang saya tulis tentang beliau dan KAFA sepanjang 3 tahun lebih di Bernama TV dulu.

Tindakan berterusan beliau mempertahankan diri di FB tidak dapat membantu beliau daripada terlepas menerima surat pertuduhan, cuma dalam situasi ini, saya berpendapat apa yang beliau lakukan tidaklah begitu serius sehingga harus dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib. Kalau Timbalan Presiden sudah kehilangan hak untuk bersuara, maka FAM BUKAN LAGI RELEVAN UNTUK DIGELAR BADAN INDUK BOLASEPAK TANAHAIR.

5 comments:

Anonymous said...

KONSPIRASI TERANCANGGGGGG......

Anonymous said...

bereh aiman.. Betul kito sokong xbetul kito takirrr...! Kawe pun bidas pacerohh tsam.. Tp dalam hal ni kawe bersimpati dgn tsam.. . Terasa dia di aniaya.. Tp hok dio kato wartawan bodoh tu kawe x campur la.. Tp kawe mmg anti dgn rizal hashim ni.. Tp kawe tetap sokom demo my prend! *eyiez*

Anonymous said...

kemelut ini timbul mungkin disebabkan oleh seseorang berpengaruh dalam FAM berasa tergugat dgn krebiliti Tan sri Annuar Musa.Ini kerana dalam keluarga FAM, TSAM lah individu yg paling berpengaruh dikalangan peminat bolasepak tempatan terutamanya kesanggupan beliau turun ke bawah mendengar sendiri pendapat,luahan rasa tdk puashati dll terus menerus drpd penyokong bolasepak tempatan..*Sopy Dmelo Drock*

ibun_jogho said...

Whow... Cukup terkesan tatkala TAM "diserang" krn didakwa "menyerang" DKR.

Seorng pegwai tinggi FAM dilarang bersuara. Yg dibenarkan adalah Presiden dan Timbalan, atau lbh tepat lg anaknya.

Walaupun di antara TAM & T.Abdullah (TAAS) sama pangkatnya (maaf skiranya salah), sbg org no 2 FAM, TAM dilihat sbg "besar" di atas kertas shj. Atau yg lbh "besar" slps Pres dan Puteranya adalah S/U, Azuddin..?

TAM hanya berkongsi pandangannya dgn wartawan dan pnyokong mengenai prestasi skuad senior. Tp dsbabkan pandangannya agak negatif (pd tanggapan sesetengah pihak) TAM trus dipancung.

Adakah FAM hanya MAHU mendengar yg baik2 je mengenai pasukan? Yg x elok dharamkan?

Skiranya TAM x mkritik skuad..adakah org lain jg bdiam diri?

*masalah TAM dgn wartawan ramai jg yg x tau. Kwe pun mls ambik tau. hihihi..

*Skuad senior akan lwn Sarawak tanpa seorang kelibat pmain Kelate (maaf skiranya salah info); adakah krn DKR ingin "menyatakan" ssuatu kpd Pres KAFA ini? Atau mungkin krn pmain Kelate dh krg prestasi. Matyo injured; tpaksa dktepikan. Apex? Shaari? Subra? Ops.. agak kenegerian komen ini.

Tp alangkah bagusnya ktika ini skuad DKR lwn blk dgn Kelate. Kelate dijinakan dgn jaringan besar pd plawanan lepas. D saat ini mungkin blh lwn blk krn skuad Kelate akn beraksi dgn pmain asli / utama; tdk spt tmpoh hari yg menyaksikan Matyo, Shakir, Subra, Aziz, Farisham brsama skuad ngra. Shngga ada yg menyatakan prlawanan ini ibarat skuad Kelate A vs Kelate B.. Opsss sori..

mdfaizal said...

bro Aiman, bukan masalah FAM boleh terima/tak kisah pelbagai kritikan yg dilemparkan oleh blogger spt rizal hashim dsb.

Tp sebenarnya FAM iaitu geng2 Sultan Bola dan jeneral2 diktator FAM tak "PERNAH AMBIL TAHU" kritikan2 dekat internet ni.

Sbb tu lah diorg (kecuali TSAM) xde fan page di facebook. Mcm mana nak dekat dgn peminat bola. haha