Wednesday, March 14, 2012

Raja Hairan Kenyataan Annuar



Ketua Jurulatih Bolasepak Kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menegaskan skuad bolasepak negara tetap berada di landasan tepat untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lalu, di sebalik pertikaian hebat mengenai kredibiliti pasukannya.

Rajagobal berpendapat prestasi goyah pasukan kebangsaan sejak beberapa perlawanan lalu sebagai tidak membimbangkan, meskipun ketika ini berada di ranking ke-152 dunia – situasi yang juga menyebabkan Malaysia sukar mendapatkan perlawanan kompetitif berstatus A dan sekadar beroleh  perlawanan bertaraf tempatan menentang Selangor, Kelantan, Sabah dan terbaru Sarawak.

“Bukan saya nak bagi alasan, selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Singapura saya tak pernah guna pemain terbaik, dalam konteks itu kita ada menang ada kalah, perlawanan antrabangsa yang kita main tahun lepas adalah menentang Australia, dua perlawanan dengan India, tahun ini Filipina, kesimpulan yang dapat saya buat, kita main baik, saya guna pemain berbeza, yang pertama kali mewakili negara. Bukan senang untuk bentuk keserasian dan kuatkan pasukan, tiba masanya saya akan umumkan pasukan terbaik..”.  

Dan menjawab pertanyaan selama mana eksperimen beliau akan berterusan tatkala Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa sendiri seolah tidak berpuas hati dengan pendekatan yang dilaksanakannya menerusi laporan di Astro Arena dan akhbar Metro hari ini (baca sini), Rajagobal berkata beliau hairan dengan kenyataan Annuar itu.

“Saya tak boleh komen kenyataan orang lain. Itu pendapat masing-masing, cuma saya hairan dengan beliau kenapa keluarkan kenyataan macam itu. Kita tiada banyak pemain yang cedera dan juga bersama skuad olimpik, saya sebolehnya tidak mahu ganggu pemain dalam team Harimau dan sebab itulah saya panggil ramai pemain lain untuk buktikan sesuatu. Jadi adalah normal jika kita tunjuk prestasi kurang baik, jadi jangan cepat datang kepada satu kesimpulan, pengurus pasukan Datuk Subahan adalah paling rapat dengan pasukan. Kalau Annuar tak puas hati, beliau boleh bincang dengan saya atau Subahan. Saya sebagai jurulatih nampak ada peningkatan ditunjukkan..”.

Rajagobal ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang (Outstanding Achievement) dari Pertubuhan Pencapaian Malaysia di Wisma FAM. 

Sementara itu, Annuar ketika dihubungi berkata beliau tidak pernah sekalipun menyentuh soal kejurulatihan di dalam kenyataannya, dan menyalahkan media sebagai sengaja mensensasikan perkara ini. Menurutnya, kenyataan yang dipetik adalah di luar konteks dan andaian dibuat sendiri oleh media.

“saya komen pasukan dalam konteks tahap prestasi, dan bukannya kejurulatihan atau jurulatih itu sendiri, saya NEVER MENTION nama sesiapa, andaian ia dituju pada siapa itu SALAH. Soalan ditanya pada saya apa pandangan saya tentang prestasi pasukan kebangsaan, saya beritahu secara peribadi kita belum boleh berpuas hati, saya kata walaupun kita juara Piala AFF belum bermakna kita dah jadi AFF powerhouse, mutu sebenar kita masih rendah di Asia.”

“Kita tak boleh sepanjang masa beri alasan yang orang sukar nak terima seperti sedang mencuba pasukan, atau skuad untuk 2015 dan sebagainya..yang saya maksudkan kita perlu cari pendekatan memajukan asas pembangunan, BUKAN HAL JURULATIH atau KEJURULATIHAN..”. 

4 comments:

Anonymous said...

dah berapa tahun dah dok buat eksperimen tak jugak menjadi jadi sedangkan rangking makin jatuh. tidakkah kalau kita lawan pasukan negara lain bawah kita . Kalau kalah menjejaskan rangking kita sendiri.hamba rasa ada betul juga apa yg dikatakan oleh TSAM walaupon dia tak sebut nama DKRG

Anonymous said...

salahkah timbalan presiden menegur jurulatih bawahnya. Mana besar jawatan jurulatih dengan jawatan timbalan presiden.kenyataan jurulatih ni macam besar dia pada timbalan presiden.Boleh pulak jurulatih buatkenyataan akhbar, timbalan tak boleh ...ini pelik bin ajaib

Anonymous said...

Aiman... saya nak ubah tajuk perbincangan, saya sempat berada di stadium Perak mlm tadi menyaksikan perlawanan antara Perak vs Kelantan. saya kira tidak kurang daripada 28 das letupan mercun telah di letupkan olih penyokong Perak. Saya harap FAM tidak akan terlepas pandang insiden ini sebagaimana ia tdk terlepas pandang apabila berlaku di KB, bertindaklah dengan adil

Dunia Baru said...

yap....kelate jek yg akan dihukum jika wat kesalahan.....negeri lain, xde hal.....