Monday, March 19, 2012

Giliran Tunku Ellie Kritik FAM, Beranikah FAM?

Belumpun reda isu membabitkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib hujung bulan ini, badan induk bolasepak tanah air itu terus dikritik hebat, kali ini giliran orang kuat bolasepak wanita, Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad.

Tunku Ellie, yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia, menerusi laporan yang dipetik dari Bernama (baca sini), nyata kecewa dengan sikap endah tak endah FAM terhadap pembangunan bolasepak wanita, meskipun ‘TERTUDUH’ bagi kes pertama, Annuar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita telahpun memulakan langkah pembangunan sejak 2009 dulu, namun tidak mendapat reaksi positif FAM.

Untuk rekod, Tunku Ellie adalah dari kerabat diraja Negeri Sembilan, dan beliau telah berusaha gigih lebih separuh abad untuk membangunkan sukan bolasepak wanita. Beliau yang berusia 67 tahun, merupakan Pengasas Persatuan Bolasepak Wanita Negeri Sembilan pada 1956, sebelum ianya berkembang ke Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur selain penubuhan pasukan bolasepak wanita PDRM.

Oleh kerana telah mengkritik FAM yang kebal dan tidak boleh dikritik, penulis berpendapat Tunku Ellie juga akan menerima SURAT PERTUDUHAN tidak lama lagi dari Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad, dan berkemungkinan besar beliau akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM meskipun kenyataan beliau itu 100% benar, sepertimana berlaku kepada Annuar – tetapi beranikah FAM? JANGAN BERSIKAP DOUBLE STANDARD, kalau salah mana-mana pihak tidak harus terlepas, sejauh mana telusnya FAM? SILA ADIL DAN SAKSAMA, kalau Tunku Ellie tidak bersalah mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM, maka Annuar juga seharusnya tidak.

Kepada FAM, belajarlah terima kritikan, usah cepat melatah kerana apa yang disuarakan mereka ini adalah hakikat sebenar. Jangan kerana keegoan, pembangunan bolasepak tanah air, samada lelaki mahupun wanita habis tertimbus begitu sahaja. Annuar berjaya mentransformasikan bolasepak Kelantan, tetapi tidak diberi peluang untuk melaksanakannya bersama skuad kebangsaan, beliau dicampak ke skuad wanita, namun di situ juga tidak beroleh sokongan. TEPUK DADA TANYA SELERA.

8 comments:

Anonymous said...

dah kenapa penulisan admin konar baring? hari tu ye ye jer tag semua nama wartawan kat fb kononnye nk kawtim.. kah kah kah..

Robin van Aiman said...

berpaksi kepada kebenaran, itu jer jawapan. saya tak pernah menafikan saya ada menghentam TSAM, itu tak bermakna saya benci beliau..

isu beliau perburukkan media, dan isu beliau diheret ke JK tatatertib adalah dua perkara berbeza, harap anda dapat bezakan..

in terms of statemen beliau ttg media, saya masih brdiri teguh mengatakan beliau salah..beliau harus memohon maaf, tetapi isu ini, iaitu kritik FAM, beliau tak salah, dan tak seharusnya dihukum. ini bukan kona baring, tapi tak kona alah ko mana2, saya bukan lalang :) hope u get it

Robin van Aiman said...

berpaksi kepada kebenaran, itu jer jawapan. saya tak pernah menafikan saya ada menghentam TSAM, itu tak bermakna saya benci beliau..

isu beliau perburukkan media, dan isu beliau diheret ke JK tatatertib adalah dua perkara berbeza, harap anda dapat bezakan..

in terms of statemen beliau ttg media, saya masih brdiri teguh mengatakan beliau salah..beliau harus memohon maaf, tetapi isu ini, iaitu kritik FAM, beliau tak salah, dan tak seharusnya dihukum. ini bukan kona baring, tapi tak kona alah ko mana2, saya bukan lalang :) hope u get it

Anonymous said...

bro, judin pun penah kritik Harimau Muda ari2..dia pun patut kena juga...

tolong bt artikel psl judin skali, kawe dah lamo hangin nge judin ni...

kemahkemim...

Percaya said...

ha betul!!...buat skali ngn judin ni...die kritik xpe...org len xleh..

ore kapong said...

baru btl mcm ni ambo setuju benar..hok xkena kita takir,hok betul kita tegakkan.xsir jenis ada 'yes sir' n 'baik tuan'd.
isu ni ambo pun berasa lama dh dk perati,TSAM masa mula2 dilantik jd Pengerusi Bola Wanita berusaha bersungguh2 nk naikkan team ni dengan rombakan persatuan yg lama n digabungkan dgn hok baru dan dgn mewujudkan beberapa karnival utk pilih pemain.tp,2la TSAM tidak diberikan sokongan yg padu dlm FAM utk menaikkan team wanita ni,melainkan TSAM lebih dikerah utk mencari penaja dlm MSL sahaja..molek juga Engku bingkas keluarkan kenyataan ini harapkan FAM sedar peranannya bukan setakat jaga team DKR sahaja..admin,cuba korek tentang team FUTSAL pulak macam xberapa kedengaran jah skrang ni,pengerusinya sapa ek sebelum Dtk Hamidin ok ja uruskan team ni..baru2 ni terbaca dlm paper team futsal pakai jersi lama bt bertanding,sedih btul tp sy lupa akhbar mana..negara kita ada banyak gelanggang futsal n meriah setiap malam ada perlawanan tp pasukan negara?senyap seduuu..

Anonymous said...

Berkatalah apa yang benar, benda yang benar itu nescaya datangnya dari ALLAH

Anonymous said...

Dear Admin Aiman,

Sy cuba nk faham mengenai peranan wartawan kpd masyarakat. Aiman kata Aiman marah bila dikatakan wartawan putar belit dsb (rujuk kpd komen Aiman di atas).
Sy pemerhati shj dlm kes TSAM vs FAM/media (sesetengah jer) ni. Sy cuba utk bersikap seneutral mgkin, dgn itu sy cuba nk faham dari point of view wartawan & vice versa. Sy rasa dlm isu TSAM ni, media sgt memainkan peranan, kerana apa yg ditonjolkan media akn menjadi faktor atau penjana kpd pemikiran rakyat amnya. Sikit sebyk tulisan wartawan akn mencorakkan pemikiran rakyat.
Kenyataan TSAM tu kalau x disensasikan oleh media, ia takkan jd besar mcm ni. Cuba kalau media besar2kan kesilapan yg dilakukan Dato' Azudin (typing eror dlm kes Tganu, komen terhdp H.Muda)dan buat extra folo up ttg impak kesalahanya terhdp pentadbiran FAM dsb, rasanya ia akan mendpt perhatian rakyat jg & seterusnya menjadi besar bila ada pelbagai respon dari pelbagai pihak just like TSAM's case.
Sy bkn nk pertikai Aiman, cuma sy nk cuba memahami senario yg berlaku skrg dan pandangan dari sisi seorg wartawan. Appreciate sgt. Perbincangan yg +ve yg diharap mampu menjana pemikiran yg lebih baik dari pelbagai pihak.
Antara cth lain yg sy anggap media tak mainkan peranan dgn baik: td sy baca Arena 801 post Kelantan dah out saingan AFC. Apa pandangan Aiman? Sy rasa selain drp fakta x betul, ini jg akan mengundang kemarahan peminat Kelantan, dah la skrg Kelantan FA tgh hot psl isu TSAM.. ada pulak yg menambah2 lg. Alangkah baiknya jika wartawan sama2 mententeramkan keadaan.
Sy sbg peminat TRW mmg kecewa dgn sebhgn org media. Provokasi akn buatkan fan TRW meroyan, dan impaknya: menjejaskan image kita di mata umum. INI SGT TIDAK SIHAT :(.
Aiman,apa yg sy nyatakan di atas adalah dr sudut pandang rakyat biasa, mgkin dr sudut pandang wartawan..ada kelainannya. No hard feeling k;)
Harap sgt ada wartawan yg mampu menjernihkan suasana.