Thursday, September 22, 2011

Good Job Guys, Keberanian Kim Swee Tiada Pada …


Rasanya tiada apa yang perlu dihairankan dengan kekalahan skuad Olimpik negara kepada Jepun, malam tadi. Selepas melihat serangan bertali arus Samurai Jepun, dengan statistic akhir SHOTS ON GOAL menunjukkn angka 14-2, keputusan 0-2 adalah pastinya cukup melegakan, dan boleh dianggap satu keputusan yang realistik apatah lagi dengan jurang yang begitu besar antara dua pasukan berbeza status ini. 

Tahniah kepada penjaga gol juga kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, di atas aksi cemerlang serta rakan-rakan kerana memastikan scoreboard tidak menunjukkan sebarang angka luar biasa. 

Sesungguhnya tewas 2-0 kepada Jepun – dengan Ong Kim Swee pantas mengenalpasti kelemahan dan merencana perubahan strategi di separuh masa kedua, wajar diberikan pujian berbanding ketidak-beranian jurulatih skuad senior, Datuk K.Rajagobal melakukan perkara sama ketika tewasnya skuad senior kepada Singapura 4-6 pada aksi kelayakan Piala Dunia. 

Ini bukan sentimen menang dipuji kalah dikeji, Kim Swee walau kalah tetap tidak menjadi sasaran kritikan – terima kasih di atas keberanian beliau membuat keputusan, serta aksi bersemangat tinggi anak buahnya meskipun dilihat mempamer corak permainan defensive. Justeru tidak perlulah ada yang melabel penulis lalang atau tidak patriotic, itu tanggapan karut, atau lebih tepat tanggapan mereka yang baru nak belajar menjadi peminat bola itupun kerana Malaysia menang Sukan Sea dan Piala AFF Suzuki. Kalau tidak, cubalah kira berapa ramai yang datang ke stadium tiap kali skuad negara beraksi.

Menjadi seorang wartawan bukan tugas mudah, perlu berani menyuarakan pendapat. Kritikan yang disuarakan tidak harus sama sekali dipengaruhi sentimen kenegerian, kenegaraan, perkauman, perasaan, emosi mahupun sebarang faktor lain. Kalau menurut Rizal Hashim, menulis berdasarkan fakta. Kalau tidak ia akan membawa kepada pendapat berunsur BIAS, atau berat sebelah.

Atas alasan itulah, penulis meskipun anak jati Kelantan, tidak pernah pula mengagungkan skuad The Red Warriors kecuali apabila menulis tentang apa yang patut umpamanya berkaitan kegilaan bolasepak di Kelantan, kalau kalah terimalah kritikan sepertimana diterima pasukan besar lain seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan mahupun Kedah – tiada unsur pilih kasih. 

Atas alasan itu jugalah penulis mempertikai ‘hilang’nya nama Ashaari Shamsudin dan Safiq Rahim dari senarai pelatih skuad kebangsaan, bukan semata-mata menyebut nama Shakir Shaari atau S.Chanturu.

Atas alasan itulah penulis mempertikai kenapa Rajagobal tidak memanfaat sebaiknya pilihan pemain yang ada masa kelayakan Piala Dunia tempoh hari, di mana Baddrol Bakhtiar dan Ashaari sekadar memanaskan bangku simpanan manakala pemain tidak menyerlah terus menerus mendapat kepercayaan – kerana AKU SEORANG WARTAWAN – harus menulis apa yang benar, mempersoal apa yang tidak kena, AKU MENULIS BUKAN KERANA EMOSI atau PERASAAN, BUKAN KERANA AKU PEMINAT BOLASEPAK, TETAPI KERANA PROFESION.

Siapa yang cakap kalau mengkritik pasukan bolasepak kebangsaan, maknanya anda tidak patriotic? Kolotnya pemikiran. Saya cabar mereka yang berpendapat sedemikian untuk tampil berbahas, kita tengok siapa yang kena. 

Sebagai peminat, anda layak untuk berkata apa sahaja tentang pasukan anda, apa pula kena mengena patriotisme dengan sokongan terhadap pasukan bola. So, adakah ini bermaksud mereka yang tidak meminati sukan, atau lebih tepat tidak minat bola tidak patriotic? Sila jawab wahai cerdik pandai. (SEDIKIT PENAMBAHAN : Janganlah pula kita mengkritik membabi buta tanpa ada asas, biar berpada-pada berasaskan fakta, bukan dipengaruhi rasa amarah)

Daripada 30 juta rakyat Malaysia, tidak sampai 10 juta pun yang tahu pasal sukan, so adakah mereka yang tidak tahu pasal sukan, tidak kenal siapa Lee Chong Wei, Nicol David, Mokhtar Dahari, atau Safee Sali tidak patriotik?

Bagi yang tidak tahu menahu pasal bola, bila tanya pukul berapa game Malaysia vs Jepun, dia tanya kita balik apa tu Cicakman nak lawan Ultraman? So, adakah mereka ni tidak patriotic hanya kerana tidak tahu pasal bola? Kita kritik atau puji, sokongan kita tetap tidak berbelah bahgi, hari ini kita kritik bukannya bermakna esok Malaysia lawan Australia kita boikot, sebab semangat kita tetap satu – SEMANGAT MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!!

GENG ULTRAS pun ada boikot game Malaysia lawan kelab EPL – Arsenal, Liverpool, Chelsea – atas alasan ianya perlawanan sarkas, tapi mereka tetap menyokong bila lawan Taiwan, Singapura, adakah mereka tidak patriotic? Bagi yang suka mengomen, komen jangan ikut emosi, tapi pakai otak.

Takkan hanya kerana Rajagobal sudah membawa Malaysia julang Piala AFF, dia tidak boleh dikritik? Wah hebat sungguh, Perdana Menteri boleh pula dikutuk, dimaki, tapi team bolasepak tak boleh? Bagi yang beli tiket RM50, RM30, RM10, datang tengok game last-last dihadiahkan aksi macam budak sekolah, takkan tak boleh bersuara? Kritik Rajagobal bukannya bermaksud kita minta dia lepaskan jawatan, JASANYA CUKUP BANYAK, tidak dinafikan beliau adalah antara jurulatih terbaik ASIA, tapi kritikan yang dilontar adalah supaya beliau memperbetul apa yang MUNGKIN beliau tidak nampak.

Bagi yang suka mengomen juga, anda tahu apa maksud PENYOKONG LALANG? Apabila team Malaysia kalah kepada Singapura, esoknya dia terus menjadi penyokong Singapura. Apabila Singapura kalah kepada Indonesia, esoknya dia tukar pula sokong Indonesia – itu namanya LALANG. Orang yang suka mengkritik, tapi tetap memberi sokongan kepada pasukannya apabila turun berjuang, namanya PENYOKONG SEJATI. So, awak berada di area mana? LALANG ke PENYOKONG SEJATI? Atau anda jenis tutup muka bila Selangor dibelasah Kelantan 1-5, Kelantan dibelasah Perak 0-4? Ada faham, atau mahu saya translate dalam bahasa lain?

Berbalik kepada cerita pasukan Olimpik, so selepas ini, mereka masih ada perlawanan getir menentang Syria, Bahrain dan Jepun di Bukit Jalil, selain dua lagi perlawanan di tempat lawan, sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat skuad Kim Swee, harap mereka dapat terus memberi saingan hebat.

25 comments:

hz adam said...

adakah saya ingin menilai pengomen2 yg teurs mengkritik itu sebagai bukan lalang? kalau anda seorang reporter,survey dulu keadaan dekat facebook dan group2 fb sume..ade dua jenis..pertamanya, yg mengkritik sambil mempertikai dan yg kedua ialah mengkritik membabi buta! yg boleh di kategorikan mengutuk!

Anonymous said...

karektor OKS sebagai coach tidak sama dgn K.R, OKS lebih positif berbanding K.R, tu yg saya nampak

Anonymous said...

isu makin panas.. hehehe

Dunia Baru said...

hehehe.....ganas komen bro aimang..hehehe.....

kawe g sokmo stadium bro..hehe...wpun time game persahabatan pun pegi jugak..ekekek....

wpun dlm ati dok marah gak ko coach, tp g jugak..ekekek...

Anonymous said...

bui parok lg

Anonymous said...

setuju dgn salah satu komen di atas..OKS nampak lebih berkaliber sbg jurulatih..Wpon KR dah wat balik piala AFF, takde sbb dia tak boleh dikritik..amik kritikan utk improve..bukan emosi apabila dikritik..
tp aku still lagi frust sbb Shakir reserva maso M'sia lwn Spore...argghh!!!!

mr.q said...

biasela tu bro,rmai org msia emo,ckp tnpe bpk..cool,truskn kje ko ngn profsional...

Anonymous said...

Isi artikel ini sy sokong! mantap! tp tajuknya tak kena..hehe..isi ni patut letak nama lain umpama APA MAKSUD PENYOKONG LALANG atau KRITIK JURULATIH ; BOLEH KE TIDAK atau lain2 la,..kalau tgk pd tajuk, nampk mcm penulis nk bandingkan KAREKTER king gopal dgn OKS..jd penulis nmpk mcm dipengruhi emosi..sabar penulis, anda mesti letak tajuk yg ada kaitan dgn isi entry. Tp isinya bagus dan mantaaap. THNIAH!

Nik Zulkhairi said...

entri paling panas abe aiman setakat ini. keep it up bro. menulis berdasarkan fakta, bukan emosi.

p/s: lawan syria ni xdok tiket free ko? ;)

Anonymous said...

HM sdg meniti di bibir peminat..tu sbb cerita ttg bola hangat ..tidak spt sblm ni..mana ada kelompok peminat tahu game HM..EPL hafal la..yg ta bole terima kekalahan atau asyik na menang je..kena fair..pasukan HM masa kini sdng membangun bkn berjaya lg..tp Insyaallah 2-3 thn mendatang HM akan berdiri sama tinggi walaupun tak setaraf jepun/korea..yg penting peminat da mula kenal pemain HM..

Anonymous said...

sedikit lari topik. huhuhu...

Anonymous said...

entri yg best..kasi hentam 1 kali..haha.
mesti panas ponggong je gopal skang ni asyik kna hentam jek..pasni tgkla cmne lawan aussie..huhu

Orang Malaysia said...

Kemah kemim !

Anonymous said...

good job bro...

Anonymous said...

bro, buat entry yg panas hentam king kong gopal yg tak siuamn tu...memilih pemain ntah apa2..skrg ni skuad malaysia kalau tak der AMAR ROHIDAN mmg tak sah! walaupun prestasi amar tak ke mana pun , kedah out smcm je! knp dipinggirkan shakir shaari yg teranga bermain relax dan bersifat defensive yg sgt kental sekali.,kwlan bola juga kemas. King gopal bodoh

Anonymous said...

klu ryk pn gopal wak pekok jgk....hok tule je yer ambik....abis idea dh gopal tu..tkr2 baru pulok...ambik k devan...huhuhuhuhu

Anonymous said...

Aku pun tersangatlah frust pasal Ashaari masih tidak digunakan lagi oleh si Gopal tu...!!!Haiih...,apa salah Ashaari sampai diperlakukan begini?!Dalam WC pun dia tak digunakan langsung oleh RG dan sekadar dibangku simpanan sahaja!Kalau macam ni sampai bila beliau nak perform skil-skil dia??!!!RG still blind menilai Ashaari sedangkan coach luar negara boleh nilai talent beliau...,rindu aksi beliau!(Hmm...,hampeh..!!)

KL said...

Sabarlah kawan...,aku pun rasa apa yg kau rasa..,Ashaari plg tdk wjr digugurkan!!!!!!

Anonymous said...

King Gopal bro..Asyik dok bangga ng Piala AFF..mmg la kita nafikan pencapaian beliau...tp itu sudah berlalu...yg kedepan ini yg kita nk tgk skrg...paling aku xpuas hati back 4 untuk Harimau Muda masih lg menjadi sndaran King Gopal..dgn Mahali yg slalu bt mistake, hilang bola, aku rase byk lg defend yg lg bagus...

Apapun, gopal ttp gopal..ego dia begitu tinggi..Aku jg stuju ngn kenyataan OKS lbh +ve berbanding King Gopal..Moga next game percaturannya lebih baek.

kemah kemim

shafizu said...

Salam bro aiman,

pertama kali komen. Blog sukan wajib aku kunjung hari-hari. Info panas, pedas dan kontroversi.

Apapun, semua artikel kau aku respek.Fair. Termasuklah yang hentam giler-giler King Raja tu.

Hentam bukan bermakna tidak sayang tapi untuk lihat pasukan kesayangan kita bermain lebih baik. Dan semuanya haruslah bermula daripada jurulatih yang tidak syok sendiri macam King kita tu.

*****
Pelik juga kenapa bro tak kritik ara malaysia main semalam. Maaf cukup menyedihkan. Shot 20-1 kalau tidak silap. Orang tak tengok pun boleh nilai. Baca kat BH semalam. Hampir 100 komen kritik. Jepun ya, berada di kelas berbeza. Kita faham. Tapi kenapa cara passing bola, control bola macam baru belajar main. Itu kan asas. Sepatutnya dengan cerita gah berguru di slovakia, menang beberapa perlawanan di sana, juara sukan sea, kita sepatutnya tak ada masalah kuasai cara asas main bola ni. tapi semalam, aduh. Malas nak cakap. Macam Jepun lawan Khairul Fahmi sorang.

*****
Bro jangan kata pula saya penyokong lalang. Saya tetap sokong skuad negara sampai bila-bila. Biar kalah teruk sekalipun. Kritik sekadar untuk lihat skuad kita pamerkan permainan yang berkualiti dan " lebih jantan" sikit.

Salam ziarah.

Anonymous said...

fahmi mmg terbaik ritu..tp jgn smpi menidakkan peranan player lain.. mereka pun bertukus lumus, so kata jepun lawan apek sorang tu agak xsesuai la..kne bg kredit jgk kat player lain..

Anonymous said...

tabik spring aiman!

Anonymous said...

xsgka rmai org skong ashaari/saha erk...

Dunia Baru said...

memeeee aaaa...

main bagus kita sokong main tok bagus tapi masih kekal kita kritik....baru patriotik namanye...

izat123 said...

eh,manalah kutuk rajagobal.wakakakaka

http://bolatalk.blogspot.com/2011/09/mari-belajar-fakta-dan-sejarah-jepun.html