Saturday, September 24, 2011

‘Raja Bola’ Kecewa Misi 33 Lingkup


Beliau boleh diangkat pemain paling berjaya dalam sejarah kegemilangan skuad bolasepak Selangor, menjulang Piala Malaysia sebanyak 8 kali, membantu Selangor mara ke final Kejuaraan Kelab Asia 1967, malah rekod jaringan 9 gol ketika menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia 1960 belum mampu diusik sesiapa hingga ke hari ini.

Kelibat dan kehebatan aksinya di atas padang cukup untuk menghadirkan gerun pertahanan lawan, justeru X-FACTOR itulah yang mengangkat nama Datuk Ghani Minhat, lagenda bolasepak tanah air, untuk dinobatkan selaku RAJA BOLA oleh Persatuan Bolasepak Selangor, seterusnya menyaksikan namanya tercatit dalam HALL OF FAME sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman.  

Hari ini, pada usia 75 tahun, Raja Bola masih setia mengikuti perkembangan bolasepak tanah air, sama ada pasukan kebangsaan mahupun liga domestic, malah sentiasa terlibat dalam aktiviti anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), juga Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) – membuktikan betapa beliau begitu sayangkan bolasepak yang ditinggalkannya sebagai pemain lebih 40 tahun lalu, tempoh yang menyaksikan Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 17 kali.

Rekod pencapaian hebat Selangor di pentas domestic, nyata cukup cemerlang, justeru atas alasan itulah, Ghani cukup kecewa melihat kedudukan/situasi terkini di kem Selangor, yang mana mereka ketika ini bergelut untuk memastikan impian menjulang piala berprestij tanah air itu buat kali ke-33, atau secara ringkas Misi 33, terus bernyala, selain pengunduran mengejut Ketua Jurulatih, K.Devan.

“pasukan yang bagus tidak harus mengeluh dengan tekanan seperti ini, they have to fight! Selangor adalah team champion. Apa itu Misi 33, Misi 33 adalah misi julang piala buat kali ke-33, jadi player kena main dengan semangat luar biasa, kalau u dah lancarkan misi 33, tapi main takde semangat, memanglah kena kutuk. Memang kecewa lah tengok, lingkuplah Misi 33. coach cakap kita tiada player bagus, itu alasan, tapi u kena tengok lah adakah alasan dia betul. Kalau betul kita kena terimalah. kita tiada striker yg bagus, takde tukang assist yg bagus, jadi betullah alasan dia (Devan).”.

“sekarang mereka (Selangor) kena lupakan segala masalah, bangkit menang baki 2 game, boleh layak, lepas layak ke next round barulah moral akan kembali naik. Masa saya jadi coach dulu, kalau dalam situasi macam ni, semangat kita lain, kita gempur habis lawan yang datang,..”. – Datuk Ghani Minhat.

Sebagai bekas pemain dan jurulatih yang pernah membawa kemasyuran kepada Selangor, Ghani tetap optimis peluang untuk Selangor menamatkan musim suram mereka dengan menjulang sekurang-kurangnya satu piala tetap ada, namun menegaskan ianya turut bergantung kepada nasib dan juga keputusan perlawanan lain, apatah lagi Kuala Lumpur yang ketika ini di kedudukan kedua Kumpulan D, meninggalkan mereka dengan beza 4 mata.

Ini bermakna Selangor berdepan misi WAJIB MENANG kedua-dua perlawanan, dan mengharapkan Kuala Lumpur mencicirkan mata menentang T-Team. Keputusan seri antara Kuala Lumpur dan T-Team akan menyaksikan T-Team mara, manakala anak buah Razip Ismail pula hanya perlu seri menentang Selangor pada perlawanan terakhir untuk mara selaku naib juara kumpulan.

Hari ini, Selangor akan turun menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) – tugas getir pertama buat P.Maniam selepas mengambil alih tugas daripada Devan.

2 comments:

baiz said...

selain faktor di sebut di atas...ado duo karo lagi keno maklum...

ober kompiden dgn kecek agah....hehehe

Dunia Baru said...

hahahhaa........direct nangum..hehehe