Juara Piala FA, Terengganu menempah laluan getir dalam usaha meraih DOUBLE musim ini, apabila berpotensi besar dihadiahkan pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan, seawal aksi suku akhir berbanding ramalan awal yang memisahkan kedua-dua seteru pantai timur ini sehingga aksi final.
Tewasnya anak buah Irfan Bakti kepada Negeri Sembilan semalam dengan jaringan 0-1 hasil gol tunggal Shahurain Abu Samah, bermakna Terengganu berdepan prospek menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku naib juara dan menempah aksi ULANGAN FINAL PIALA FA menentang Kelantan, yang HAMPIR PASTI menamatkan aksi Kumpulan C selaku Juara - melainkan mereka berjaya mengubah kedudukan itu dalam baki 3 perlawanan yang masih tinggal.
Bagi Irfan, beliau jelas kecewa dengan kekalahan di Paroi, apatah lagi turun dengan status pasukan pilihan, pemainnya gagal memanfaatkan kesempatan yang terhidang untuk membawa pulang mata penuh sebaliknya membenarkan lawan menjaringkan gol mudah hasil satu gerak pantas dek kelalaian barisan pertahanan - ditambah pula aksi tidak menjadi penyerang kebangsaan, Abdul Hadi Yahya.
Apapun, Irfan mahu pemainnya segera bangkit memadam kecewa, dan yakin pasukannya akan kembali ke landasan kemenangan apabila turun menentang Sime Darby selepas ini seterusnya menyalakan impian merangkul DOUBLE tidak kira siapa lawan yang menanti.
“to be a champion, you must beat a champion, saya berpegang kepada prinsip itu. tidak semestinya kita kalah, jadi naib juara kumpulan, then jumpa Kelantan tak boleh jadi champion, tahun lepas pun Kelantan naib juara kumpulan A kalau u masih ingat, tapi mereka masih jadi champion tewaskan Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan. Kekalahan ini hanya asam garam, ia menjadikan team saya lebih berwaspada. saya selalu ingatkan player saya fight until last whistle, jangan mengalah, keep on fighting, siapa lawan tak usah fikir, kalau ianya Kelantan sekalipun, kalau tak jumpa di suku akhir, kita tetap akan jumpa di semi atau final, so kita perlu bersedia tewaskan mereka bila-bila masa..”. – Irfan Bakti.
Kekalahan kepada Negeri Sembilan, meletakkan Terengganu di tangga kedua dengan 6 mata hasil kemenangan ke atas Sime Darby (3-0) pada aksi pembuka tirai, diikuti kemenangan 3-2 ke atas PKNS Selangor tiga hari kemudian.
Negeri Sembilan memiliki kelebihan 7 gol berbanding Sang Penyu 5 gol, justeru Sime Darby yang akan bertandang ke Kuala Terengganu pastinya bakal menjadi mangsa amukan tuan rumah Sabtu ini, di mana Terengganu perlu mencari kelebihan jaringan yang selesa untuk menyaingi Negeri Sembilan, andai kedudukan mata antara kedua-dua pasukan pada akhir saingan peringkat kumpulan terikat.
5 comments:
toksoh rusing la.kelate pn kaloh jgok sakni.jd kelate pn duk no2 jgok.hahahahaha
yang HAMPIR PASTI menamatkan aksi Kumpulan C selaku Juara.."
yakin molek demo man..akhirnya membawa padah..haha
hahahahahaha.. kelate naib juara doh kumpulan C. tu pon kalu la.. kalu.. hahaha
no 3 dalam tange,no 2 atau satu insyaalah,,mintak mintaklah layak ke suku tapi kalu main macam lwn felda dgn johorfc napak cemas jugak,,kelate boleh....?
kelate sajo wat kaloh..sbb nk temu ngan N9 kt separuh akhir..wkakakaka.....
Post a Comment