Tuesday, September 20, 2011

Alasan Rajagobal Tak Boleh Pakai, Sila Rasional Dalam Beri Jawapan


Jurulatih POPULAR skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal mungkin mempunyai alasan mengapa dia menyisihkan khidmat beberapa pemain utama ketika mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat menjelang aksi persahabatan menentang Australia di Canbera, bulan depan.

Ini termasuklah khidmat dua pemain tonggak Selangor, Amirulhadi Zainal dan kapten berpengaruh, Safiq Rahim, yang mana disifatkannya TIDAK BERADA DI TAHAP TERBAIK? Alasan apakah ini? Adakah betul Rajagobal seorang jurulatih yang memilih pemain berdasarkan tahap terbaik seseorang pemain itu? Kalau betul, maka ia pastinya disambut penuh kejutan peminat bolasepak tanah air.

Takkan hanya kerana Safiq direhatkan jurulatih Selangor, K.Devan, dia terus dikatakan tidak berada di tahap terbaik?

Kalau itulah alasan Rajagobal yang serba ‘PANDAI’ menilai potensi pemain, atau jika dalam Football Manager disebut JUDGING PLAYER POTENTIAL, apa pula alasan Rajagobal mengugurkan Shakir Shaari dan S.Chanturu dari Kelantan? Bukankah Shakir layak diangkat antara defensive midfield terbaik Liga Malaysia berbanding pemain kesayangan a.k.a anak emasnya, Amar Rohidan yang nyata tidak mempamer sentuhan konsisten bersama Kedah? Bukankah Chanturu adalah pemain wajib dalam kesebelasan utama Datuk M.Karathu?

Bagaimana pula dengan Ashaari Shamsudin yang menjadi tonggak Terengganu dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini - apakah aksi K.Rubben (UKM) dan Shahrizal Saad (Johor Fc) lebih hebat dan mencuri tumpuan, malah lebih layak untuk diberi tempat dalam pasukan tatkala Ashaari dan Shakir berterusan dinafikan tempat dalam pasukan?

Laporan sebuah akhbar tempatan menyebut tindakan Rajagobal ini menangkis dakwaan bahawa dia mengamalkan sikap pilih kasih dalam pasukan, tetapi pemain yang digugurkan hanyalah pemain yang sebelum ini kerap memanaskan bangku simpanan – Shakir, Ashaari, Rizal Fahmi, Helmi Remeli, dan Azmi Muslim, manakala pemain seperti Asrarudin Putra Omar dan Amar masih terjamin tempat mereka dalam pasukan – justeru adakah betul alasan diberi Rajagobal bahawa beliau memilih pemain berdasarkan prestasi semasa seseorang pemain?

Kenapa tidak peluang yang ada untuk beraksi menentang salah sebuah pasukan terkuat Asia ini, dimanfaatkan Rajagobal untuk menguji pemain yang sebelum ini biasa menjadi pemain simpanan, kenapa memilih untuk mengugurkan mereka tanpa alasan munasabah – alasan diberi Rajagobal nyata tidak boleh diterima pakai dan beliau perlu lebih relevan dalam pemilihan pemain, bukan terus mengamalkan corak pemilihan lapuk seperti sebelum ini.

SS : Tepuk dada tanya selera, jangan persiakan bakat yang ada kerana ego anda wahai King Gobal.

29 comments:

Dunia Baru said...

nok komen pun malas...TAHIK betul la king nih.......

bila la nk tuka nih.....

Anonymous said...

Ramai yang tak tahu kenapa shakir asyik tersisih, begitu juga dengan pemain2 lain dalam national team. Sebab utama adalah ego Rajagopal yang tak mahu pakai 'produk' Sathianathan. Shakir adalah talent player yang digilap bakatnya oleh Sathia. Pemain midfield paling konsisten sepanjang musim bersama TRW, tidak hairan tak dapat tempat. Hanya kerana dia anak didik Sathia. Perkara sama juga berlaku kepada Subramaniam, defend paling kental dan konsisten terutamanya semasa menentang Chelsea yang juga anak didik Sathia. Kental macam mana pun Subra, tak akan dapat tempat sekali lagi untuk skuad kebangsaan. Minta Aiman wat research sedikit pasal ini. Kedua-dua coach ni sama bangsa tp org kelantan kata 'tok blago angin'. Kalau rajagobal pakai shakir atau subra mungkin kredibilitnya tergugat. Its not about performance factor, but its just about personal matters. - sumber info dalaman

Anonymous said...

BIAR LA DR BUAT ACUAN SENDIRI..DIA KAN TAHU APA YG PERLU DI BUAT SEBAGAI COACH..KALAU SERI ATAU MENANG DGN AUSTRALIA NANTI RAMAI LA NANTI ORG DOK PUJI BALIK..KALAU KALAH SENDIRI MAU INGAT LAH DR!!!! BAKAL DI KUTUK N DI KEJI .....

crunchira said...

kalu gining la cara coach..takut mapuh jah bola...xpo... kito tgk..kalu koho teruk, wi petando keno tukar kapal doh..ashaari dio x masuk..kuba la dio nih.. wat mapuh ore...

Anonymous said...

rajagopal BODO!!!

Anonymous said...

jenis taik kucing payah nk ajar..ni bukan ikut emosi ni.ni kwe sebut mmg kenytaan. rajagopal gila pangkat..otok lembu dan mmg gila la dia ni..membunuh masa depan bola malaysia..bakat yg ada skrg hebat2..tp dipersiakan dan diperjudikan oleh sang gopal gila ni..

Anonymous said...

Maaflah penyokong2 Kelantan sume... Tapi ni nak ckap skit.

Korang ingat tak MY vs SG? Sape yg main tak bagus (selain Fakri)? Faruqi bdak T'ganu tu... yang dikatakan memang hebat dalam T'ganu.

Badhri main utk MY pun korang tgok la... memang tak bgus mana pun. Matyo pun dah tak brape bagus dah.

Sbab tu la korang takleh slahkan Rajagobal. Takkan Kelantan main hebat skit sume nak National duty. Korang nk jdi the next Slangor ke?

Kelantan ni memang paling bagus dalam Malaysia. Kenape? Sbab Kelntan tinggi smgat + kerja berpasukan.

Sbab tu kalau nak ambik player (Midfield trutamanya) Kelantan mesti kena ambik yg lain. Klau tak nanti mmang tak serasi... Smangat takkan sama... Sbab tulah dlu Safiq tu main walaupun dia tak hebat. Die punye smangat dah same dgn team.

Shakir tu mmg konfem kalau main kna ktuk gak... pendapat akulah

Neutral ni, tak sokong mane mane.

Anonymous said...

Masalah sekarang bukan sebab Shakir ataupun Safiq, ttp masalah sekarang kredibiliti pemain-pemain yang di panggil oleh Gombal. Malaysia akan berlawan dengan pasukan terkuat Asia, persoalannya adakah Ruben (bkn Robben), Amar Rohidan boleh menyaingi kekuatan pemain seperti Harry Kewek, Emerton.

Anonymous said...

masuk air doh nate gobal ni..dio x tahu nk bezo hok mano baik hok mano buruk..dio duk napok anok emas dio tu jah la..baso taik king sungguh!!

Anonymous said...

pada pandangan ak la..Rajagobal nak cuba sesuatu yg baru setelah kekalahan ngan singapore itu hari,kononya ingin mengambil blik kepercayaan dan keyakinan para pemint bola sepak tanah air thadap drinya,sbb itu beberapa nama pemain regular digugurkan,sperti amirulhadi,safiq..shakir,rizal etc,kononya itu langkah bijak.Apa pun,ak prefer Ong KIm swee yg lebih bijak mmilih pemain.

ibun_jogho said...

Biarkan Amar lekat dlm skuad King. Kalo xde Amar xdelah player yg kita nk kutuk. Sbb player harapan yg plg dinanti2kan utk dikritik tletak pd Amar je skrg ni. Hahaha...

Adoihai.. Ok, xpe taknak masukan player Kelate. Tp apsal ktepikan Safiq & Ashaari? Nmpaknya prestasi Amar lebih baik bbanding Safiq.. Itu pd pdangan King.

Jgn masukan Rizal, Farisham atau Subra, sbb ni player Kelate. Tp King masih pecayakan Budak Mahuli, Fadli Shas, Muslim? Player yg menyebabkan menyebabkan Apex tpaksa kerja keras umpama dia yg defend & keeper.

Tp xpe, Fadli kan dipanggil utk trening dgn klab Slovakia ari tu. & esok defends olimpik ni skali lg akan beraksi menentang Jepun esok (21 Sept). Kita akan lihat prestasi mrk. Kalo baik, ok. Kalu terbalik, k.o.

King kan king.. King tau siapa player dia.

****20/09/11. K.Devan letak jawatan sbb Selangor x cemerlang dlm Piala Malaysia (PM) 2011. King apa cerita? Ade berani mcm K.D?

saxo said...

menyedihkan bila baca info coach rajagopal x nk ambik pemain asuhan coach yg x ngam dgnnya. ku sangkakan fakri anak emas rajagopal, rupanya amar (atau fakri x tersenarai coz dpt kad merah vs spore)

tang perlawanan msia vs jepun, aku hrp kita boleh bg saingan kpd jepun wpun tau ianya sukar & jepun dlm kelasnya tersendiri. hrp x ada pemain kita dibuang padang mlm sok, kerana kalau ianya berlaku dh tentu menjejaskan perancangan OKS. aku cuma mengharapkan ada kejutan di stdium tosu mlm sok. insyaallah.....

malaysia power said...

yag buat artikel ni yg bajet pandai

KUBAHbesi said...

tak ada yang tak kena dengan pemilihan ni... lagipun ini cuma perlawanan persahabatan, ashaari shamsuddin hebat tapi agak malas untuk mengejar bola di padang, tengok ajelah time beraksi ngan terengganu... rajagobal memang selalu dikiritik,, time sukan sea, ngan piala aff pun same...kita sebenarnya perlu belajar bagaimana untuk bersikap lebih menghargai, kerana takat manalah ilmu kejurulatihan kita kalau nak dibandingkan ngan rajagobal...mengkritik itu boleh, tapi siapa kita untuk menghina...

Anonymous said...

KUBAHbesi: nk tegur ckit..ko kata ashaari ni malas kejar bola..ko silap bro..dia ni arkitek utama dalam pasukan tganu...selain JKT dia antara yg bnyk assist utk bahagian serangan utk jaringkn gol..sekarang dalam Piala malaysia..penyerang utama tganu Abd Hadi tgh off perform..ashaari aka saha ni yg bnyk menyumbang gol2 penting tganu...

psal shakir aku x nk komen lebih2..smua dh tahu pretasi dia kt kelantan...jauh lebih baik dari amar...

Anonymous said...

apepn buatlh yg terbaik...peteh malaysia peteh...bg aku nk puaskan hati 28juta rakyat malaysia ttng selection player negara nih..mmng ssh..

Anonymous said...

bodo beleko hok komen koya panda

Insan Biasa said...

ntahlah, byk betul konyroversi ngan k.raja nih,dia kne wat leklok, tkut jd sme ngan k.devan, walaupun best coach liga-m, letak jwtn jugak akhirnya, tkejut bro...

Anonymous said...

Bodoh la korg!klau hebat sgt jd coach la..klau bkn sbb king raja org xknal la malaysia.spe bwk malaysia mng sukan sea ngn aff..bg la buat pilihan..cuba tgk spain la..coach tau la ape dy buat.hmpa bsing2 soh amik shakir.klau dia xprform?king raja la yg tggung kna ktuk ngn hmpa..xsmetinya prform ngn negeri perform maen negara..pendapat ak la..malaysia tanah tumpah darahku!

Anonymous said...

Serabut perut kawe ngn demo ni..balik make budu!

harry ghozali said...

ni pndgn dri pihak pnulis.. so hormati laaa... xsmua org punye pikiran y sme.. so kalo xske, xyh komen kt sni... sbrg kmungkinan myb ade brlaku.. kalo slh, sngkalkan... tp bg ak, safiq dan ahaari ptut ade dlm team ni... pe2 pn slmt brjuang skuad gopal...

Anonymous said...

bodo la anonymous September 21, 2011 12:50 PM..kalo nk plih player,kene la pilih y prform dlm league.kene la nilai sseorng player 2 tyme die maen dlm league.kalo x buat mcm 2,buat ap adakn liga malaysia.mansuh jela liga Malysia.k.Raja pilih la mne2 player y die mahu.sbb liga malaysia xde fungsi.kalo player maen bagus mcm mn skali pn,k.Raja xkn plih gak.england pn pilih player y perform dlm league.asley young perform maen man u,tros dpt maen first 11 england.tores x perform,xley maen spain.so,klo perform dalam league,for sure la akn perform maen negara 9ti..jgn la pilih player y die suke je.kene la pilih player y terbaek dlm ngra kte ni tnpa mgira umur atau anak didik sapa2.

Anonymous said...

aku tak kira apa alasan rajagopal, yg penting kalo dia terus ambil amar dan ketepikan shakir, maksudnya gaya permainan malaysia tetap di takuk lama..

No possession football..
Hanya ada discipline football..
Bertahan saje dgn harapan x bocor..
Sekali sekala menyerang dengan harapan pada Kunalan dan Norshahrul utk bawa bola dan pass pada Safee.

mmg raja bawak aff suzuki dan sukan sea, tp apa yg kita nak ialah improvement. juz compare dgn OKS, ramai org puji cara msia main.

Anonymous said...

Tak adil kita nak judge tanpa tgok result dlu. Kalau msia mnang dgn austalia to korang gak nnti yg puji.

So, kita tunggu dan lihat,

Anonymous said...

Aku frust sangatlah beb cos Ashaari digugurkan ketika fight dengan Australia nanti!!Dah lah dalam WC pun dia tak dimasukkan oleh RG langsung!?Frust woo..,lama tak tengok aksi-aksi beliau.Aku hairan apsal si Gopal tu still blind menilai talent beliau and sedangkan coach luar negara mampu menilai talentnya!Lagipun,Ashaari juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam skuad HM...,aiii...,sabar je lah.......huhu..

Kuala Lumpur said...

Tak fhm aku dgn tektikal rg ni..?!!!Smkn pelik..apa-apa pun,kita tgk saje apa yg akan berlaku seterusnya.....

Anonymous said...

awok2 ganu.. Ngan awok2 kelate.. Muhasabah diri blako.. Aku pikir satu jer.. Yg mana kata ashari,shakir, mudah2 gak pemain kelantan dgn ganu ni x best .. Tu bermakna mereka penyokong perak,n9, dan slangor.. Aku berani kerat kuku la.. Haha.. Negeri dorang dah basi dalam bab2 msL NI,. tu yg emo semacam jer.. Wakakakakah!atu jer.. Yg mana kata ashari,shakir, mudah2 gak pemain kelantan dgn ganu ni x best .. Tu bermakna mereka penyokong perak,n9, dan slangor.. Aku berani kerat kuku la.. Haha.. Negeri dorang dah basi dalam bab2 msL NI,. tu yg emo semacam jer.. Wakakakakah!

Anonymous said...

ulang teks la plak.. Hehe

Anonymous said...

bodo nye korang semuA nie! DRP AMIK BDAK2 SEMENANJUNG BAGUIH LAGI HANG CARIK DEKAT SARAWAK N SABAH! BANYAK LG TALENT YG BOLE DICUNGKIL. TU, JOSEPH KALLANG TU KAN BAGUIH JUGAK! ASAL XDPT PRFORM TUK NEGARA? RACIST LA WEI!!!