Kalau ada yang menyaksikan perlawanan Euro 2012 tempoh hari
antara Sepanyol dan Itali, pasukan juara dunia itu beraksi tanpa genuine striker untuk tempoh 75 minit
permainan, dengan Cesc Fabregas dan David Silva mengemudi barisan depan,
sebelum masuknya Fernando Torres.
England pula memberi kepercayaan kepada Oxlade Chamberlain beraksi
di dalam kesebelasan utama dan dia bermain hampir 80 minit sebelum digantikan
Jermain Defoe.
chamberlain, gettyimages |
Apa yang cuba disampaikan, adalah tentang keberanian
pengendali kedua-dua pasukan mengambil risiko, di mana Vicente Del Bosque
mengambil risiko bermain tanpa penyerang pada perlawanan penting, dan ia
membuahkan hasil di mana Fabregas menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan
itu.
Begitu juga Roy Hodgson, di sebalik memiliki Theo Walcott
dan Stewart Downing yang lebih berpengalaman, dia memilih Chamberlain dan
pemain Arsenal itu tidak mengecewakan pada penampilan kompetitif pertamanya di
pentas antarabangsa.
torres : tersisih menentang Itali |
Prestasi pemain-pemain ini dinilai dari semasa ke semasa.
Torres umpamanya, tidak perform bersama Chelsea, maka tiadalah tempat buatnya
di dalam pasukan meskipun sebelum itu dia adalah pilihan utama untuk menerajui
barisan serangan Sepanyol ekoran ketiadaan David Villa.
Manakala kemasukan Chamberlain, bukanlah bermaksud Walcot,
Downing atau pemain lain di posisi itu tidak bagus, sebaliknya sekadar
memperbanyakkan pilihan.
Bezanya di Malaysia, pemain perform atau tidak, dia akan
tetap berada di dalam pasukan, sama ada memang sudah tiada pengganti lain yang
berwibawa atau ada alasan lain, hanya jurulatih ‘saya kenal pemain saya’ sahaja
yang tahu. Ramai pemain berbakat besar yang sedang meniti kemuncak karier
mereka, tidak mendapat peluang untuk membuktikan sesuatu apabila prestasi
lampau terus menjadi sandaran, malah pilihan yang sedia ada di dalam pasukan
juga tidak dipergunakan sebaiknya.
Saya tidak mahu memetik nama sesiapa nanti dilabel pula
sebagai bersifat kenegerian, tetapi pada hemat saya para peminat bolasepak
tempatan sendiri boleh menilai siapa pemain di kemuncak prestasi atau kemuncak
karier, siapa yang layak dilabel prestasi lampau, siapa yang tempatnya dalam
pasukan tidak pernah tergugat, siapa pemain kesayangan, siapa yang tidak pernah
diberi peluang, siapa yang sekadar dipanggil untuk memanaskan bangku simpanan, dan
siapa yang memang layak memegang tempatnya sebagai pemain utama dalam pasukan –
anda peminat bolasepak tahu, tak perlu saya sebut nama-nama mereka.
foto kredit : sinarharian |
Perlawanan menentang Singapura semalam umpamanya, memberi
peluang kepada barisan kejurulatihan untuk melihat dan menilai kemampuan
pemain-pemain yang jarang diberi peluang seperti Shakir Ali dan Azamudin Akil –
dan bagi saya, mereka tidak mengecewakan jika mengambil kira kekerapan mereka
diberi peluang membarisi kesebelasan utama.
Tanpa beberapa regular player (walaupun sekadar seorang
dua), permainan ditunjukkan Malaysia ada perubahan ketara dengan tempo yang
lebih pantas dan rentak permainan lebih aggresif, yakin di dalam mengawal bola
dan merencana gerakan berbahaya.
Gol Shakir umpamanya, adalah yang kedua buatnya di pentas
antarabangsa selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Filipina Februari
lalu, membuktikan bahawa pemain ini jarang mengecewakan jika diberi peluang berbanding
penyerang yang sekadar gah dengan reputasi lampau selaku penjaring terbanyak
Piala AFF – Shakir adalah produk jurulatih magis, Azraai Khor Abdullah.
foto : duniasukanonline |
Amiridzwan Taj pula wajar dipuji permainannya, dia
membuktikan saya salah apabila mempersoal pemilihannya di dalam pasukan dengan
aksi bertenaga dan steady sepanjang permainan sebelum dikeluarkan. Dia menunjukkan
kematangan dan ketenangan, peningkatan yang cukup baik. Pemain beginilah yang
kita mahukan, buktikan dan tutup mulut pengkritik menerusi aksi di atas padang,
bukan melatah sebarangan.
Saya yakin, Shakir Ali mahupun Amiridzwan, atau pemain menonjol
lain di Liga Malaysia, jika kerap diberi peluang, mereka mampu menjadi asset berguna
kepada pasukan negara, malah berupaya mengembalikan zaman kegemilangan
bolasepak tanah air. Kalau ada pemain yang bagus, jika terus menerus diperap,
tak ke mana juga lah jawabnye.
3 comments:
Klu diberi peluang, smua pemain akan perform, tp klu skadar untuk memanaskan bgku pemain simpanan, baik x payah amik, buang current je!!!! Balik2 pemain favourite coach je yg men....time buat xperimen satu dunia nk diuji. Shakir ngan Azamuddin mmg nampak menonjol kesungguhannya mengejr bola.
Nice.. entry nie sedikit sebanyak membuka mata semua pihak sama ada dari pihak pengurusan, kejurulatihan mahupun pengkritik-pengkritik di luar sana.. apepon, terbaek buat penulis.. kajian dan pandangan yg bernas..
http://aniqbukhary.blogspot.com/
maaf penulis.. wlpn penjaring terbyk aff xmenjaring kan gol ketika menentang singapura tetapi jgn lupa sumbangan beliau melakukan assist utk gol azamudin akil pd perlawanan pertama..
kebanyakan pengkritik hny menilai penyerang dgn jumlah jaringan,bknnya sumbangan beliau yg lain seperti jmlah assist serta merancang permainan.. mohon menilai sepenuhnya ya..
Post a Comment