Saturday, June 16, 2012

Bapa Borek, Anak Rintik


Kelakar apabila Peter Butler, jurulatih yang dua kali melarikan diri dari kem The Red Warriors, malah menghilangkan diri tanpa pengetahuan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Februari lalu, kali ini pening kepala memikirkan anak buahnya pula meniru pe’el sama.

Kehilangan penyerang Liberia, Francis Forkey Doe, untuk tempoh lebih seminggu, nyata dilihat sebagai perkhabaran kurang gembira di kem Terengganu, apatah lagi saingan liga yang berehat hampir sebulan akan bersambung semula esok, 16 Jun, dengan Terengganu menentang pasukan adik, T-Team.

Dan apabila Butler membuka mulut meluahkan rasa kecewa di atas attitude buruk Forkey Doe ini yang turut dilabel sebagai tidak professional dan tidak komited kepada pasukan, teringat pula saya kepada tindakan sama Butler ketika meninggalkan kem TRW begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan ketika dia masih terikat dengan kontrak bersama KAFA.

Memang ketika itu salah di kedua-dua pihak, dan masing-masing tidak mahu mengalah, tidak mahu sesekali ego tercalar, namun tindakan Butler itu juga tidak professional apabila diberi cuti tetapi terus hilang tanpa khabar berita, tiba-tiba dilaporkan berada di KL, dan memohon untuk mengisi jawatan jurulatih di Indonesia.

Jadi, apabila ia berlaku pula di kem Terengganu, dengan Butler sebagai jurulatih dan Forkey Doe sebagai pemain buat hal, ia boleh dilihat sebagai seorang anak mengikut jejak bapanya – bapa borek anak rintik la katakan, atau boleh juga disebut WHAT U GIVE, U GET BACK.

Forkey Doe dilaporkan tidak memaklumkan kepada pengurusan tentang kelewatannya melapor diri di kem Terengganu hingga ketika ini, selepas pulang menyertai skuad kebangsaannya untuk tugasan antarabangsa, tetapi perlakuan Forkey Doe itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

foto :duniasukanonline
Pemain itu, melalui borak-borak kosong antara saya dan bekas jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris tidak lama dulu, sememangnya mempunyai masalah disiplin dan kurang disenangi rakan sepasukan yang lain, malah dia juga dikatakan agak DEMAND dan merasakan dirinya lebih bagus, berstatus bintang berbanding pemain-pemain lain, dan perkara ini juga bukanlah sesuatu yang baru bagi penyokong Sang Penyu sendiri.

Justeru, adalah tidak wajar PBSNT terus berlembut dengan pemain ini, walaupun diakui dia merupakan antara pemain import terbaik setakat ini dalam kancah Liga Malaysia, dikhuatiri dia akan terus besar kepala seterusnya merencatkan keharmonian dalam pasukan. Manakala Butler pula, ingatlah contoh yang baik akan sentiasa menjadi ikutan.

p/s : Jom beramai-ramai penuhkan venue perlawanan malam esok, berikan sokongan tidak berbelah bahgi kepada pasukan kesayangan anda, di sebalik kemeriahan Euro2012.

1 comment:

mdfaizal said...

doe esok ada matgh dgn liberia agaknya. kelayakan africa nation cup lwn namibia.
tu yg belum balik.. dan paham2 jela management kt malaysia ni mcm mana. haha..