Selepas
merebut pendahuluan dengan kelebihan tujuh mata dua kali dalam tempoh 15 minit
pertama, India dilihat terlalu unggul apabila menamatkan babak pertama dengan
kedudukan 18-6, di mana 6 mata hadir menerusi penalti.
Namun,
bersambung babak kedua, Guam cuba menjelmakan kebangkitan apabila menambah 3
mata menerusi penalti. Kehilangan dua orang
pemain, Robert Leon Guererro yang dilayangkan kad merah pada minit ke-60 dan
Vinson Calvo akibat kecederaan sedikit menyentap kem Guam, namun ia tidak
menghalang mereka dari terus menekan India apabila menambah 7 lagi mata untuk
ketinggalan tipis 16-18.
Guam
bertahan dengan baik apabila tidak membenarkan India menambah mata di babak
kedua, namun India juga terus bertahan menahan asakan di minit-minit akhit
untuk mengesahkan kemenangan.
Di
sebalik kemenangan yang diraih, jurulatih India Mitsutake Hagimoto tidak begitu
berpuas hati dengan permainan ditunjukkan anak buahnya yang disifatkan kurang
bagus.
“Saya
gembira dengan kemenangan ini, tetapi tidak dengan mutu dan kualiti permainan
pasukan saya. Terlalu banyak melakukan kesilapan mudah, mereka banyak memberi
ruang kepada pemain lawan, terlalu banyak memberi penalti. Kami gagal menambah
mata di babak kedua.
“Sasaran
kami adalah untuk mara ke Divisyen 1, playoff berkemungkinan besar jumpa
Malaysia, tetapi dengan permainan sebegini, ianya sukar, dan kami kena berusaha
lebih keras, perlu perbaiki kesilapan,” ujar Harimoto.
Lain
pula di kem Guam, nada berbeza disuarakan jurulatihnya, Willie Herataka yang
memuji semangat dan kesungguhan ditunjukkan pemainnya yang memberi tentangan
hebat kepada India sehingga wisel penamat dibunyikan.
“Pemain
saya telah memberikan yang terbaik, saya bangga dengan kerja keras mereka,
ianya agak sukar untuk kembali dalam permainan apabila hanya beraksi dengan 13
pemain, tetapi pemain saya tidak memberi India laluan mudah, malah India juga
tertekan dan bermain defensif, kami Cuma kurang bernasib baik.
“Walaupun
kecewa pada akhirnya kami kalah, tetapi saya terima kekalahan ini dan ianya
pengalaman berguna buat mereka kerana di Guam, sukar untuk mereka merasai
pengalaman sebegini,” ujar Willie.
Dalam
perlawanan penentuan tempat ketiga, Indonesia menewaskan Pakistan 13-7 untuk
menamatkan kejohanan di tempat ketiga.
Tidak
banyak aksi menarik dapat disaksikan pada perlawanan ini, dengan Indonesia mendahului
13-0 hingga minit akhir permainan, sebelum Pakistan memecah kebuntuan mata pada
masa kecederaan.
Kapten
Indonesia, Arsalan Zahid berkata : “Kami datang ke kejohanan ini tanpa
ekspetasi tinggi, jadi tiada sebarang tekanan, dan untuk tamat di kedudukan
ketiga, kami anggap ianya pencapaian bagus dan banyak ruang yang boleh kami
perbaiki selepas ini.”
Esok
(Sabtu), akan berlangsung aksi final Divisyen 2, dengan Malaysia akan menentang
musuh tradisi, Thailand (4.30 petang), manakala China dan Iran akan bertemu
pada perlawanan penentuan tempat ketiga dalam aksi sebelumnya. Kesemua
perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, masuk adalah PERCUMA.
No comments:
Post a Comment