Tuesday, June 19, 2012

Punca Sebenar Forkey Doe Hilang Terjawab?

Belum pun reda isunya bersama pasukan Terengganu, Francis Forkey Doe nampaknya mencetus huru hara baru, kali ini membawa kepada impak lebih besar dalam kariernya apabila digugurkan dari skuad kebangsaan Liberia dek kerana masalah disiplin berpanjangan.

foto :duniasukan.com
Pemain itu telah diarah meninggalkan kem pasukan kebangsaan dan pulang ke kelab masing-masing berkuatkuasa serta merta minggu lalu bersama-sama dua pemain lain, Anthony Laffor dan Dioh Williams selepas melanggar kod etika pemain yang seharusnya dipatuhi semua pemain (baca sini).

Persatuan Bolasepak Liberia (LFA) dilaporkan telah meminta tiga pemain itu yang beraksi pada perlawanan menentang Angola pada 10 Jun 2012, memanfaatkan tiket pulang yang telah disediakan dan kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan tiket kesemua mereka dibatalkan dalam tempoh 24 jam.

Ini MUNGKIN menjawab persoalan Peter Butler, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dan para peminat bolasepak tempatan mengenai kehilangan pemain itu – masalah disiplin, attitude buruk, tidak serius, dan tidak komited.

Dalam satu kenyataan, LFA menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh bersabar dengan Forkey Doe yang berterusan menunjukkan kelakuan/attitude buruk seperti lewat hadir ke sessi latihan selain memboikot kem pasukan kebangsaan.

Jurulatih Liberia, Kaetu Smith, berkata Forkey Doe dan lima pemain lain sudahpun dikenakan denda US$1,000 terdahulu pada 4 Jun lalu (tarikh dia sepatutnya melapor diri di kem Terengganu), sejurus pasukan itu tiba dari Dakar, Senegal, di mana Dioh dan Forkey Doe tiba di kem pasukan pada jam 12 malam manakala Laffor tidak langsung kelihatan sebelum melapor diri 3 hari kemudian.

Lebih mengejutkan, Forkey Doe bersama-sama Laffor dan Dioh turut dikatakan telah bertindak mempertikai keputusan LFA dengan mempersoal mengapa badan induk itu tidak pernah menyekat bekas pemain seperti George Weah dan James Debbah.

Kemuncak kepada kesabaran LFA bagaimanapun tidak lagi dapat dibendung, apabila perilaku buruk berterusan Forkey Doe dan rakannya menyaksikan Liberia terlepas penerbangan (Ghana-Namibia), seterusnya menyaksikan LFA menanggung kerugian US$20,000 untuk tambahan satu malam di Ghana.

Forkey Doe sebelum ini pernah digugurkan dari skuad kebangsaan pada 2010 sehari sebelum perlawanan pembuka tirai kelayakan Piala Negara Afrika 2012, oleh jurulatih ketika itu, arwah mendiang Bertalan Bisckei (terima kasih kpd yg menegur :) ), juga kerana masalah yang sama.   

p/s : banyak sangat masalah disiplin pemain ini rupanya, lebih banyak membawa kerugian berbanding manfaat kepada pasukan. betullah kata Mat Zan. bila ditulis, tahu nak marah, tapi inilah padah apabila persatuan tidak boleh ditegur.

7 comments:

Anonymous said...

arwah ke mendiang..

Anonymous said...

arwah tuuu..hehe

Anonymous said...

nk tny islam ko beskei tu...

Insan Biasa said...

knape ngan arwah? arwah kan dlm bhs arab bmaksud roh... lain la kalau allahyarham yg bmaksud semoga dirahmati allah... sekadar pandangan... sbb arwah bunyi arab kot... kna pkai mendiang baru bunyi melayu.. huhu

Bual Sukan said...

Kalau pemain masalah disiplin macam nie, gugur je dari pasukan. Buat apa simpan pemain bermasalah..

teloq gada said...

saja up balik..mana mat gadar telo? hahaha

Anonymous said...

Arwah ialah nama syaitan yang mengganggu bayi...waullahu taala...