Belum pun reda isunya bersama pasukan Terengganu, Francis
Forkey Doe nampaknya mencetus huru hara baru, kali ini membawa kepada impak
lebih besar dalam kariernya apabila digugurkan dari skuad kebangsaan Liberia
dek kerana masalah disiplin berpanjangan.
foto :duniasukan.com |
Pemain itu telah diarah meninggalkan kem pasukan kebangsaan dan
pulang ke kelab masing-masing berkuatkuasa serta merta minggu lalu bersama-sama
dua pemain lain, Anthony Laffor dan Dioh Williams selepas melanggar kod etika
pemain yang seharusnya dipatuhi semua pemain (baca sini).
Persatuan Bolasepak Liberia (LFA) dilaporkan telah meminta tiga
pemain itu yang beraksi pada perlawanan menentang Angola pada 10 Jun 2012, memanfaatkan
tiket pulang yang telah disediakan dan kegagalan berbuat demikian akan
menyaksikan tiket kesemua mereka dibatalkan dalam tempoh 24 jam.
Ini MUNGKIN menjawab persoalan Peter Butler, Persatuan
Bolasepak Negeri Terengganu dan para peminat bolasepak tempatan mengenai
kehilangan pemain itu – masalah disiplin, attitude buruk, tidak serius, dan
tidak komited.
Dalam satu kenyataan, LFA menyatakan bahawa mereka tidak
lagi boleh bersabar dengan Forkey Doe yang berterusan menunjukkan kelakuan/attitude
buruk seperti lewat hadir ke sessi latihan selain memboikot kem pasukan
kebangsaan.
Jurulatih Liberia, Kaetu Smith, berkata Forkey Doe dan lima
pemain lain sudahpun dikenakan denda US$1,000 terdahulu pada 4 Jun lalu (tarikh dia sepatutnya melapor diri di kem Terengganu),
sejurus pasukan itu tiba dari Dakar, Senegal, di mana Dioh dan Forkey Doe tiba
di kem pasukan pada jam 12 malam manakala Laffor tidak langsung kelihatan
sebelum melapor diri 3 hari kemudian.
Lebih mengejutkan, Forkey Doe bersama-sama Laffor dan Dioh
turut dikatakan telah bertindak mempertikai keputusan LFA dengan mempersoal
mengapa badan induk itu tidak pernah menyekat bekas pemain seperti George Weah
dan James Debbah.
Kemuncak kepada kesabaran LFA bagaimanapun tidak lagi dapat
dibendung, apabila perilaku buruk berterusan Forkey Doe dan rakannya
menyaksikan Liberia terlepas penerbangan (Ghana-Namibia), seterusnya
menyaksikan LFA menanggung kerugian US$20,000 untuk tambahan satu malam di
Ghana.
Forkey Doe sebelum ini pernah digugurkan dari skuad
kebangsaan pada 2010 sehari sebelum perlawanan pembuka tirai kelayakan Piala
Negara Afrika 2012, oleh jurulatih ketika itu, arwah mendiang Bertalan Bisckei (terima kasih kpd yg menegur :) ), juga
kerana masalah yang sama.
p/s : banyak sangat masalah disiplin pemain ini rupanya, lebih
banyak membawa kerugian berbanding manfaat kepada pasukan. betullah kata Mat Zan. bila ditulis, tahu nak marah, tapi inilah padah apabila persatuan tidak boleh ditegur.
7 comments:
arwah ke mendiang..
arwah tuuu..hehe
nk tny islam ko beskei tu...
knape ngan arwah? arwah kan dlm bhs arab bmaksud roh... lain la kalau allahyarham yg bmaksud semoga dirahmati allah... sekadar pandangan... sbb arwah bunyi arab kot... kna pkai mendiang baru bunyi melayu.. huhu
Kalau pemain masalah disiplin macam nie, gugur je dari pasukan. Buat apa simpan pemain bermasalah..
saja up balik..mana mat gadar telo? hahaha
Arwah ialah nama syaitan yang mengganggu bayi...waullahu taala...
Post a Comment