Wednesday, June 13, 2012

Shakir, Amir Perlu Diberi Lebih Peluang


Kalau ada yang menyaksikan perlawanan Euro 2012 tempoh hari antara Sepanyol dan Itali, pasukan juara dunia itu beraksi tanpa genuine striker untuk tempoh 75 minit permainan, dengan Cesc Fabregas dan David Silva mengemudi barisan depan, sebelum masuknya Fernando Torres.

England pula memberi kepercayaan kepada Oxlade Chamberlain beraksi di dalam kesebelasan utama dan dia bermain hampir 80 minit sebelum digantikan Jermain Defoe.

chamberlain, gettyimages
Apa yang cuba disampaikan, adalah tentang keberanian pengendali kedua-dua pasukan mengambil risiko, di mana Vicente Del Bosque mengambil risiko bermain tanpa penyerang pada perlawanan penting, dan ia membuahkan hasil di mana Fabregas menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan itu.

Begitu juga Roy Hodgson, di sebalik memiliki Theo Walcott dan Stewart Downing yang lebih berpengalaman, dia memilih Chamberlain dan pemain Arsenal itu tidak mengecewakan pada penampilan kompetitif pertamanya di pentas antarabangsa.

torres : tersisih menentang Itali
Prestasi pemain-pemain ini dinilai dari semasa ke semasa. Torres umpamanya, tidak perform bersama Chelsea, maka tiadalah tempat buatnya di dalam pasukan meskipun sebelum itu dia adalah pilihan utama untuk menerajui barisan serangan Sepanyol ekoran ketiadaan David Villa.

Manakala kemasukan Chamberlain, bukanlah bermaksud Walcot, Downing atau pemain lain di posisi itu tidak bagus, sebaliknya sekadar memperbanyakkan pilihan.

Bezanya di Malaysia, pemain perform atau tidak, dia akan tetap berada di dalam pasukan, sama ada memang sudah tiada pengganti lain yang berwibawa atau ada alasan lain, hanya jurulatih ‘saya kenal pemain saya’ sahaja yang tahu. Ramai pemain berbakat besar yang sedang meniti kemuncak karier mereka, tidak mendapat peluang untuk membuktikan sesuatu apabila prestasi lampau terus menjadi sandaran, malah pilihan yang sedia ada di dalam pasukan juga tidak dipergunakan sebaiknya.

Saya tidak mahu memetik nama sesiapa nanti dilabel pula sebagai bersifat kenegerian, tetapi pada hemat saya para peminat bolasepak tempatan sendiri boleh menilai siapa pemain di kemuncak prestasi atau kemuncak karier, siapa yang layak dilabel prestasi lampau, siapa yang tempatnya dalam pasukan tidak pernah tergugat, siapa pemain kesayangan, siapa yang tidak pernah diberi peluang, siapa yang sekadar dipanggil untuk memanaskan bangku simpanan, dan siapa yang memang layak memegang tempatnya sebagai pemain utama dalam pasukan – anda peminat bolasepak tahu, tak perlu saya sebut nama-nama mereka.

foto kredit : sinarharian
Perlawanan menentang Singapura semalam umpamanya, memberi peluang kepada barisan kejurulatihan untuk melihat dan menilai kemampuan pemain-pemain yang jarang diberi peluang seperti Shakir Ali dan Azamudin Akil – dan bagi saya, mereka tidak mengecewakan jika mengambil kira kekerapan mereka diberi peluang membarisi kesebelasan utama.

Tanpa beberapa regular player (walaupun sekadar seorang dua), permainan ditunjukkan Malaysia ada perubahan ketara dengan tempo yang lebih pantas dan rentak permainan lebih aggresif, yakin di dalam mengawal bola dan merencana gerakan berbahaya.

Gol Shakir umpamanya, adalah yang kedua buatnya di pentas antarabangsa selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Filipina Februari lalu, membuktikan bahawa pemain ini jarang mengecewakan jika diberi peluang berbanding penyerang yang sekadar gah dengan reputasi lampau selaku penjaring terbanyak Piala AFF – Shakir adalah produk jurulatih magis, Azraai Khor Abdullah.

foto : duniasukanonline
Amiridzwan Taj pula wajar dipuji permainannya, dia membuktikan saya salah apabila mempersoal pemilihannya di dalam pasukan dengan aksi bertenaga dan steady sepanjang permainan sebelum dikeluarkan. Dia menunjukkan kematangan dan ketenangan, peningkatan yang cukup baik. Pemain beginilah yang kita mahukan, buktikan dan tutup mulut pengkritik menerusi aksi di atas padang, bukan melatah sebarangan.

Saya yakin, Shakir Ali mahupun Amiridzwan, atau pemain menonjol lain di Liga Malaysia, jika kerap diberi peluang, mereka mampu menjadi asset berguna kepada pasukan negara, malah berupaya mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak tanah air. Kalau ada pemain yang bagus, jika terus menerus diperap, tak ke mana juga lah jawabnye. 

3 comments:

zaza said...

Klu diberi peluang, smua pemain akan perform, tp klu skadar untuk memanaskan bgku pemain simpanan, baik x payah amik, buang current je!!!! Balik2 pemain favourite coach je yg men....time buat xperimen satu dunia nk diuji. Shakir ngan Azamuddin mmg nampak menonjol kesungguhannya mengejr bola.

aniqbukhary said...

Nice.. entry nie sedikit sebanyak membuka mata semua pihak sama ada dari pihak pengurusan, kejurulatihan mahupun pengkritik-pengkritik di luar sana.. apepon, terbaek buat penulis.. kajian dan pandangan yg bernas..

http://aniqbukhary.blogspot.com/

Anonymous said...

maaf penulis.. wlpn penjaring terbyk aff xmenjaring kan gol ketika menentang singapura tetapi jgn lupa sumbangan beliau melakukan assist utk gol azamudin akil pd perlawanan pertama..

kebanyakan pengkritik hny menilai penyerang dgn jumlah jaringan,bknnya sumbangan beliau yg lain seperti jmlah assist serta merancang permainan.. mohon menilai sepenuhnya ya..