Sunday, June 24, 2012

Penyokong Susut, Warriors Dikritik - Salah Faham Atau Prestasi Hambar?

Di sebalik aksi hambar sejak beberapa perlawanan lalu, Kelantan semakin hampir untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini menjadi milik mereka – ketinggalan hanya 3 mata di belakang pendahulu Singapore Lion XII dengan kelebihan 4 perlawanan dalam tangan, dan 6 perlawanan untuk diharungi.

Malah, Kelantan juga melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan domestik kepada 19 perlawanan dan 20 perlawanan secara keseluruhan jika turut diambil kira saingan Piala AFC.

Gambar : Gawang.my
Kelantan kini hanya memerlukan 10 mata sahaja daripada maksimum 18 yang boleh mereka kutip untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pertama kali musim lalu, namun ianya pasti tugas yang bukan mudah untuk anak buah Bojan Hodak apatah lagi lawan yang menanti selepas ini bukan calang-calang.

Menariknya, empat perlawanan Kelantan yang berikutnya adalah menentang empat pasukan pencabar terdekat mereka. Perlawanan menentang Terengganu (6), Selangor (4), Negeri Sembilan (5) dan Perak (3) yang hadir secara berturut-turut dalam tempoh 12 hari pastinya layak dilabel HIGH INTENSITY GAME buat Kelantan jika mengambil kira reputasi pasukan lawan mereka itu sendiri.

Selain Kelantan, peluang untuk mengejar takhta liga mahupun tempat kedua sudah tertutup buat kesemua pasukan, justeru empat pasukan lawan ini pastinya mahu memanfaatkan baki perlawanan yang tinggal untuk menamatkan musim di kedudukan yang lebih baik, setidak-tidaknya di tempat ketiga dan pastinya tidak mahu memberi laluan mudah kepada TRW.

Kelantan pula, selepas dikritik hebat ekoran prestasi hambar sejak permainan liga bersambung 16 Jun lalu, perlu memperbaiki prestasi jika tidak mahu para peminat terus memilih untuk menjauhkan diri dari stadium, tatkala Presiden, Tan Sri Annuar Musa cuba meyakinkan bahawa sambutan kurang menggalakkan pada perlawanan menentang Sabah tempoh hari adalah disebabkan salah faham bahawa game disiarkan LIVE, bukannya didorong prestasi hambar.

Persoalannya sebelum ini, walaupun game disiarkan LIVE, cuaca hujan lebat, lawan pasukan lemah seperti KL SPA sekalipun, penyokong tetap memenuhi stadium memberi sorakan semangat kepada wira kesayangan mereka, takkan kali ini disebabkan salah faham dengan RTM, stadium lengang tanpa peminat? Rasanya sudah terjawab kat situ, dan ini antara komen-komen yang sempat dipetik dari kelab penyokong mahupun laman FB TSAM sendiri.

“Penyokong tak ramai bukan sebab ingatkan ada live, tetapi yang saya dengar ramai yang frust sebab tengok 2 game lepas (KL & kedah), Kelantan main macam tanak main aje kata mereka, wat rugi,” – Zulkarnain Has.

 “Setakat ini hanya dua perlawanan sahaja membabitkan Kelantan yang menghiburkan, lawan Singapore Lion 3-0, dan Terengganu 2-1, selebihnya hambar dan membosankan, termasuklah aksi final,” – Faris Bahruddin.

“Punca kemerosotan harus segera dicari dan diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah, harus diingat penyokong Kelantan bukan seperti penykong team lain, kita akan bangkit mengkritik jika ada kelemahan dalam team,” – Sopy Dmelo.

“kita bayar harga tiket mahal untuk tengok perlawanan bermutu dan berkualiti, kalau main macam tanak main, main sekadar fikir takpelah janji menang, baik tak perlu tagih sokongan peminat,” – Amir Rizki TRW

“saya tengok 3 game berturut turut tak sedap, rasa macam habiskan duit jer. Sebelum ni tak timbul perasaan ni, gi bukit jalil pun sanggup berhabis..main macam cheese sakit hati jer tengok,” – Wan Yuzuraidi.

“Prestasi Kelantan kebelakangan ini agak merudum. Bermula pada aksi final menentang Sime Darby, hinggalah lawan Sabah, pemain lesu, tidak kreatif, speed kurang, hantaran tak tepat, dan banyak buat silly mistake. Kalau terus main macam ni jangan mimpi nak pergi jauh,” – Jesfi Ali.

10 comments:

Amir said...

maaf la kalu hok ambo nk kato ni ado ore nk marah ko guano.
meme kito bayar harga tiket nak tengok player kita main. tapi kena faham la dengan jadual padat game, training lagi. player-player kadang2 tak dapat full rest yg cukup. mungkin faktor ni la permainan TRW agak hambar.

Jangan kata player kita main supo takse main. Player kita nak main, nak menang, buktinya Kelate menang game2 sebelum ni. Ambo percaya player Kelate tetap beri komitmen yg penuh 100% untuk pastikan kita julang sekali lagi Piala Liga Super tahun ni.

Jangan la kita jadi penyokong lalang. Sokong time kita nak sokong, mengata time kita nak mengata. Kita tak tahu guano ore atas padang berjuang nak pastikan kejayaan milik kita bersama.

Kita kena hargai jugak usaha mereka. Kalau takse hargai pun, jangan la mengutuk. Moral player boleh down, pasukan mungkin jatuh.

GOMO KELATE GOMO!!!

Anonymous said...

ejah wajah baru blog ni boh. sesuai dgn blog sukan plg popular di m'sia. :)

Anonymous said...

siarkan klah aartikel pasal skuad harimau muda kita di mnymar skunk...

setuju....ceriakan blog ni lg..hehe

Dunia Baru said...

kawe tetap skong TSAM & Player kelate terutamanya piYa...Jatuh bangun depa tu..kita tetap bersama.....

GoMo.....

-penyokong Lemboh Klang-

p/s: yg nyata..nate RTM nipu...tk boleh dinafikan lagi..sikit sebanyak menyebabkan penyokong tk ramai turun..bukan 100%, tp sikit sebanyak...KOMPOM

zaza said...

Mmang btul ada yg twar ati ngan game TRW skunk yg agak hambar. Tp sbagai penyokong stia truskan sokongan anda. Klu diprhatikan game TRW lebih menarik jk lwn team yg kuat krn mrk akan terikut dgn rentak team lwn dan begitulah sbaliknya klu jmpa team yg lmah mrk akn terikut game yg kurang rncak. Lgpn bnyk faktor yg menyebabkan khambaran persembahan TRW, antaranya game yg padat yg menyebabkan mrk perlu memilih game mana yg perlu all out atau sbaliknya. Sindrom persaan puas hati bila sudah leading jg menyebabkan game strusnya menjadi kurang menarik. Apepn diharap TRW cb perbaiki kelemahan dan truskan rntak kejuaraan yg berkekalan!!!!

tokki said...

rehat dah dekat sebule kata tk cukup rehat lagi ko boh? Nok buleh ke sutir gol tu ..puah dok ngejah..

Anonymous said...

Alasan pemain letih x leh paka boh.Rehat dlu ari tu.Piala AFC pn smbg bln 9 ni jah.Piala FA hbis dh.Kita loni srupo team lain jgk Liga super jah.Bokali bukan sbb x ckup rehat tp terlebih rehat.Stamina jd hlg.Smangat pn kurang.Harap2 lpas ni jadi semula lah sep kitow.

GKG!!

Anonymous said...

takde apa.. jgn dihirau komen penonton.. kami penyokong, akan terus menyokong trw.. ambil kira sama perasaan player boh! mereka jg manusia.. agak2 la bro nk cakap/type apa benda.. no negative thinking bro.. no hard feeling.. trw the best team now and ever.. do u get it?

Anonymous said...

sy suka blog ni..still mcm ni..nak buka senang..laju..cepat..nak baca tak sakit mata..tak serabut...tak payah ejas apa2 dah..mcm ni dah kira ok..terima kasih suarasukan1malaysia

Anonymous said...

pendapat kawe...jadual padat salah satu sbb game jd lain..player kena rotate, kalu dok letih+injured.Tp coach try level best plan the game biar meney (semestinya) + boleh menghiburkan peminat yg dtg ke stadium & tgk live...