Thursday, May 24, 2012

Isu Shukri, Pukulan Libas Buat FAM!

Masih ingatkah anda, beberapa bulan lalu, seorang pegawai dari FIFA, Chris Eaton mendakwa ada pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang terlibat di dalam gejala mengatur perlawanan membabitkan saingan Liga Malaysia? FAM tanpa menyiasat lebih lanjut, meminta pegawai itu dan FIFA memohon maaf di atas tuduhan tersebut yang disifatkan tidak berasas.

Hari ini, kecoh memperkatakan seorang pengadil dari Malaysia, Shukri Nor yang mana majikannya adalah FAM, didakwa di sebuah Mahkamah Singapura bersama seorang bekas pemain kebangsaan yang kini bergelar ahli perniagaan, S.S Thana Segar atas tuduhan bersetuju menerima suapan  RM15,000 untuk mengatur perlawanan Liga Super, membabitkan Lions XII menentang Sarawak.

Shukri dan Thana Segar, didakwa melakukan kesalahan itu, di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang pada 19 Mei lalu, namun difahamkan dia ditahan Anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan antara kedua-dua pasukan, yang berkesudahan Lions menang 3-0, dan tempatnya dalam perlawanan itu diambil alih Wan Ahmad Tarmizi.

Shukri, 47 tahun, boleh dikatakan antara pengadil paling berpengalaman di Malaysia dan perkembangan ini nyata cukup memalukan di saat pemain dari Malaysia semakin menjadi sebutan di luar negara. Ini nasib baik kantoi sebelum perlawanan berlangsung, yang tak terkantoi entah berapa banyak lah lagi? sungguh kasihan peminat bolasepak tempatan, hadir ke stadium bersemangat tinggi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan, rupanya keputusan sudah diatur. What a shame!!

Apa yang berlaku, pastinya dilihat sebagai satu lagi tamparan hebat buat FAM, beria-ria menyuruh FIFA meminta maaf kini sudah HAMPIR dapat dibuktikan dan terpercik ke muka sendiri (walaupun kita sebagai rakyat Malaysia akan berharap dakwaan tersebut tidak benar), apakah penjelasan FAM tentang perkara ini, adakah mereka kini dalam situasi menjilat ludah sendiri?

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata FAM akan menunggu keputusan perbicaraan mahkamah Singapura sebelum mengambil tindakan lanjut – katanya ini sebagai menghormati undang-undang negara tersebut.

Manakala dalam satu kenyataan ringkas kepada media, FAM mengucapkan tahniah kepada CPIB di atas tindakan badan itu menahan dan mendakwa pihak yang terlibat dengan gejala bookie. Menurut kenyataan itu lagi, FAM sentiasa memandang berat isu rasuah bolasepak dan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memerangi gejala ini. Cubaan untuk mendapatkan komen orang kuat FAM, Datuk Azuddin Ahmad bagaimanapun tidak berhasil, dilaporkan dia berada di Hungary ketika ini.

Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin dengan bayaran $50,000 sebelum kes itu disebut semula 31 Mei nanti, dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga $100,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya mengikut undang-undang Singapura.

Apa yang akan FAM pula lakukan? Saya masih ingat janji Datuk Astaman ketika saya bertemu beliau dua tahun lepas, ketika beliau dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pengadil, struktur gaji para pengadil adalah perkara pertama yang akan dinilai agar mereka mendapat bayaran setimpal perkhidmatan yang diberi. So, apa jadi?

Kritikan terhadap mutu pengadilan juga perlu diteliti secara serius, bukannya cepat melatah menjatuhkan hukuman, ini komen sikit terus nak menghukum sedangkan kualiti pengadilan itu mungkin juga berkait rapat dengan gejala mengatur perlawanan. Setakat pakai baju tertera logo INTEGRITI dan berikrar beria-ria kononnya TELUS AMANAH, mana cukup? Kenapa tidak selama ini apabila menerima laporan atau aduan, sama ada secara terus atau melalui saluran lain, FAM jalankan siasatan untuk kenal pasti puncanya? 

Sebaliknya FAM hanya sibuk menghukum, inikah yang mereka katakan sebagai bekerjasama memerangi rasuah – iaitu dengan menjatuhkan hukum kepada orang yang menyuarakan rasa tidak puas hati? Tengoklah, Persatuan Bolasepak Singapura telah menjalankan tanggungjawab memerangi rasuah dengan berkesan, setinggi ucapan tahniah buat FAS! FAM harus malu dengan FAS. Tak malu ke ucap tahniah kpd badan induk negara jiran, terang-terang nampak diorang lagi telus dan berintegriti.

6 comments:

Anonymous said...

pengadil itu polis be!

zaza said...

Wah!!! Semangat bro!!! Takir jgn tak takir.... KPI FAM hanya menjatuhkan hukuman sebanyak mungkin, bukannya nak memertabatkan kualiti bolasepak negara. Ini tangkapan rasuah dan mengatur permainan yang sempat dilakukan, yg x dapat dihidu sblum ni ntah dah berapa banyak. Masa semifinal pertama piala FA Kedah & Kelantan ari 2 pn menimbulkan tandatanya msa tambahan yg begitu lama diberikan dimana pengadilnya Shukri Nor jg. Justeru pengadilan yang telus, berintegriti dan bermaruah adalah ditagih demi meraih kepercayaan pemerhati dan penyokong bola sepak negara.

Anonymous said...

aku nk tunggu JUDIN kato gapo???...malu kokram,singapore dpt kesan, FAM wat gapo? make gaji buto ko....

Anonymous said...

SHUKRI NOR TU HANYA IKAN BILIS JE. MAYBE ADA LAGI JERUNG2 BESAR DALAM FAM YANG X DITANGKAP.

Anonymous said...

Muka tak reti malu,bodoh sombong, egoistic, tak boleh di tegur, bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh di ikut... FAM wajib di reform semula dari paling atas hingga ke paling bawah

Unknown said...

Rasuah.. Rasuah.. Rasuah.. Kalau tak dibendung boleh menjadi barah.. Bukan setakat ikan bilis jer sepatutnya jerung-jerung pun harus diambil tindakan jika ada bukti yang benar.