Berikut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia tentang tiadanya tindakan diambil berhubung kes pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia pada aksi Piala FA, 25 Januari lalu.
Kenyataan ini
dibuat berdasarkan gesaan daripada salah satu akhbar arus perdana yang
menyatakan “FAM pilih kasih” kerana gagal mengambil tindakan terhadap insiden
“pergaduhan” pemain Selangor dan ATM selepas tamat perlawanan Piala FA pada 25 Januari 2013 yang lalu.
Hamidin. Foto : sinar |
Akhbar berkenaan juga menyatakan bahawa Dato’ Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan,
FAM (JKPT) dan Setiausaha Agung PB.Selangor
telah campur tangan bagi menyelesaikan
isu ini diluar pengetahuan JK.Tatatertib FAM.
Perkara ini
semua adalah tidak benar atau tidak tepat dan berikut adalah penjelasan
daripada FAM:
1. Insiden ini adalah di bawah bidang
kuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, di mana Jawatankuasa-Jawatankuasa FAM yang
lain seperti JKPT tidak boleh
mempengaruhi apa-apa keputusan yang akan, sedang atau sudah diambil oleh Jawatankuasa
tersebut. Ini adalah selaras dengan
kedudukan Jawatankuasa tersebut sebagi badan bebas di bawah Statut FAM.
2. Pendakwaan terhadap kesalahan yang
dilakukan semasa perlawanan boleh dibuat dalam masa dua (2) tahun daripada tarikh kejadian iaitu
mengikut Perkara 6.1.1 Kod Tatatetib FAM yang mana ia adalah selari dengan Article
42.1 AFC Diciplinary Code dan Article 42.1 FIFA Disciplinary Code (2011).
Walaubagaimana pun FAM tidak pernah mengambil masa sehingga dua tahun untuk
membuat pendakwaan.
3. Pihak Sekretariat telah meneliti laporan
yang telah dibuat oleh “Match Commissioner’ (Wakil FAM dalam Perlawanan
tersebut) yang dengan jelas menyebut supaya rujukan lanjut
hendaklah dibuat melalui rakaman video. FAM juga ada menerima laporan daripada
Pengadil dan Penolong Pengadil tetapi tidak menyebut mengenai insiden tersebut
kerana Pegawai berkenaan telah pun meninggalkan padang permainan sebelum
kejadian berlaku.
FAM telah menerima rakaman video yang diperolehi dari
Persatuan Bolasepak Selangor tetapi tidak menunjukkan dengan jelas kejadian
tersebut, kerana rakaman hanya higga tamat perlawanan sahaja dan tiada kejadian
selepas tamat perlawanan. Oleh yang
demikian Sekretariat sedang berusaha
untuk mendapatkan rakaman dari sumber lain, iaitu daripada stesen
lain-lain TV dan ini mestilah mengambil
masa.
4. Setelah rakaman tersebut di
perolehi, ia akan dibentang ke Mesyuarat JK.Tatatertib untuk membincang dan
meneliti klip video tersebut sebelum pertuduhan dibuat. Ini bertujuan supaya
FAM tidak membuat pertuduhan yang salah atau tidak tepat. Jika tiada klip video
tersebut, kes ini akan juga dirujuk kepada Mesyuarat JK.Tatatertib pada 20
Februari 2013 untuk diteliti sebelum pertuduhan dibuat.